.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Wednesday, April 29, 2009

EKONOMI 1: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

BAHAGIAN B

1) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran? dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran dicapai. (6m)
2) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai dan dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah, jelaskan kesan terhada keseimbangan pasaran kereta tempatan jika:
(a) cukai import ke atas kereta dari luar negara dinaikkan (3m)
(b) harga besi dan keluli naik (3m)
3) Takrifkan lebihan permintaan dan lebihan penawaran. Huraikan bagaimana lebihan permintaan dan lebihan penawaran dapat dikaitkan dengan keseimbangan pasaran. (6m)
4) jelaskan kesan penemuan bijih besi yang banyak terhadap:
(a) harga kereta (3m)
(b) harga petrol (3m)
5) Analisis kesan terhadap harga dan kuantiti barang x jika
(a) harga barang pengganti X meningkat (3m)
(b) harga barang penggenap X meningkat (3m)

Tuesday, April 21, 2009

EKONOMI 2:KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Bermula hari ini saya akan membincangkan soalan-soalan yang berkaitan tajuk Keseimbangan Pendapatan Negara,Saya harap pelajar dapat mencuba terlebih dahulu dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui komen atau pun melalui emel.
Selamat mencuba....

BAHAGIAN B
1.a)Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor?[2]
(b)Jelaskan kesan terhadap aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor apabila wujud campur tangan kerajaan dalam konomi.4]
2.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor ditentukan berdasarkan pendekatan perbelanjaanagregat – penawaran agregat.[6]
3.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pelaburan.[6]
4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda?[2]
(b)Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai pengganda ekonomi dua sektor dihitung.[4]
5.Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.[6]
6.Terangkan kesan terhadap keluk permintaan agregat (AD) atau keluk penawaran agregat (AS) apabila berlaku
(a)Peningkatan pelaburan autonomi.[2]
(b)Peningkatan eksport bersih.[2]
(c)Peningkatan teknologi.[2]
7.(a) Lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat(AS).[6]
8.a)Takrifkan keluk penawaran agregat).[2]
(b)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan swasta terhadap keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS). [4]

Saturday, April 18, 2009

EKONOMI 1 :MASALAH ASAS DAN SISTEM EKONOMI

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI PANJANG

1) Dengan bantuan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan kesan-kesan ke atas keluk ini jika
(a) pelaburan asing di Malaysia semakin meningkat
(b) undang-undang buruh dipinda sehingga masa bekerja dikurangkan daripada 8jam kepada 6 jam sehari
(c) sekatan dikenakan terhadap kemasukan tenaga buruh asing ke dalam negara (10m)
2) Apakah yang dimaksudkan degan kos melepas? Bagaimanakah kos melepas mempengaruhi betuk keluk kemungkinan pengeluaran? (10)
3) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran bebas?
4) "Ekonomi hanya akan mencapai tingkat guna tenaga penuh jika ekonomi mengeluarkan barang pada titik-titik sempadan keluk kemungkinan pengeluaran". Buktikan. (10m)

Monday, April 13, 2009

EKONOMI 1 : MASALAH ASAS DAN SISTEM EKONOMI

BAHAGIAN B

1) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi dan barang awam. (6m)
2) dengan memberikan contoh yang sesuai, bezakan barang awam dengan barang persendirian. (6m)
3) jelaskan tiga ciri utama yang membezakan sistem ekonomi pasaran bebas dengan sisitem ekonomi perancangan pusat. (6m)
4) Huraikan bagaimana sistem ekonomi campuran dapat menyelesaikan masalah apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan. (6m)
5) (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? (2m)
(b) Apakah andaian-andaian yang digunakan semasa melukis keluk kemungkinan pengeluaran. (4m)

jawapan

1)Barang percuma
– barang yang tidak terhad dari segi penawarannya.
-tidak mempunyai kos lepas dan boleh didapati secara percuma.
-contoh: cahaya matahari, air hujan (bukan air shj), dn udara.
Barang ekonomi
-barang secara relative adalah tidak mencukupi disebabkan kekurangan sumber ekonomi.
-penawaran yang terhad – mempunyai kos lepas dan mempunyai harga.
-contoh: barang pengguna, barang pengeluar, dan barang perantaraan.
2)Barang awam
-barang yang ditawarkan kpd semua pengguna tanpa mengambl kira sama ada mereka membayar atau tidak membayar untuk menggunakannya.
-tidak disediakan oleh sektor swasta – tidak dapat cari keuntungan daripadanya.
-disediakan oleh kerajaan – untuk kepentigan rakyat.
-contoh: perkhidmatan pertahanan seperti tentera dan polis.
3)Barang persendirian
-barang yang dimiliki oleh pihak tertentu dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya.
-barang yang ditawarkan kepada seseorang individu dan individu lain tidak dapat menikmatinya
-ditawarkan oleh sektor swasta
-contoh: kereta dan rumah.

3)Sistem ekonomi psaran bebas - tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam segala kegiatan ekonomi
Sistem ekonomi perancangan pusat – melibatkan campur tangan kerajaan dalam segala kegiatan ekonomi.

Tiga ciri utama yang membezakan system ekonomi pasaran bebas dengan system ekonomi perancangan pusat ialah:

Ciri – ciri
Sistem ekonomi pasaran bebas
Keputusan ekonomi- ditentukan oleh individu melalui mekanisme harga
Pemilikan faktor pengeluaran- dimiliki oleh individu
Matlamat- matlamat utama pengeluar adlah untuk memaksimumkan keuntungan

Sistem ekonomi perancangan pusat
keputusan ekonomi - ditentukan oleh kerajaan
pemilikan faktor pengeluaran - dimiliki oleh kerajaan
matlamat - matlamat utama kerajaan adalah untuk meningkatkan kebajikan rakyat

4)sistem ekonomi campuran - ialah sistem ekonomi yang melibatkan penyertaan bersama sektor kerajaan dan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi
Masalah apa an berapa yang hendak dikeluarkan deselesaikan melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.
-pengeluar atau firma akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan mengikut kehendak pengguna.
-jumlah keluaran yang dihasilkan oleh firma ditentukan melalui mekanisme harga.
-pihak kerajaan akan mengeluarkan barang yang tidak mampu dikeluarkan oleh sektor swasta.
-kerajaan juga mengeluarkan barang yang tidak mencukupi dalam pasaran untuk menjamin kebajikan masyarakat.

5)(a) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kuantiti maksimum dua jenis barang yang dapat dikeluarkan dengan sumber ekonomi yang terhad dengan andaiantingkat teknologi tidak berubah.
(b) – Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. Oleh itu, semua sumber ekonomi dalam ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya.
- ekonomi mengeluarkan dua jenis barang sahaja, misalnya barang X dan barang Y.
- sumber ekonomi adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti. Oleh itu, sumber ekonomi tidak boleh ditambah.
- tingkat teknologi adalah tetap atau tidak berubah.

Saturday, April 11, 2009

Perakaunan Pendapatan Negara Bahagian C

Soalan bahagian C
1.Bagaimanakah Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran dikira mengikut kaedah perbelanjaan?[10]
2.Huraikan masalah yang timbul dalam menghitung pendapatan negara.[10]
3.Peningkatan Keluaran Negara Kasar sesebuah negara bagi tempoh masa tertentu menggambarkan peningkatan taraf hidup rakyatnya. Bincangkan kenyataan ini. [10]
4.(a) Terangkan maksud konsep berikut:
I.Keluaran Negara Bersih kos faktor
II.Pendapatan Persendirian
III.Pendapatan Boleh guna [6]
(b) Tunjukkan hubungan antara konsep dalam (a)[4]

Wednesday, April 1, 2009

Perakaunan Pendapatan Negara

1 April - Bermula minggu ini saya akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan tajuk Perakauanan Pendapatan negara. Saya mengharapkan pelajar-pelajar dapat menyelesaikan soalan yang dikemukakan dan minggu hadapan akan dikemukakan pula cadangan skema pemarkahan. SELAMAT MENCUBA .....

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan negara? [2]
(b) Dengan menberikan contoh, jelaskan perbezaan maksud antara Keluaran Negara Bersih pada harga pasar dengan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. [4]
2.Dengan menggunakan contoh, jelaskan perbezaan maksud Keluaran Dalam Negara Kasar, Keluaran Negara Kasar, dan Keluaran Negara Bersih. [6]
3.Dengan menggunakan contoh sesuai, huraikan bagaimana konsep nilai ditambah digunakan dalam menghitung pendapatan negara. [6]
4.Huraikan bagaimana Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasar dihitung di Malaysia berdasarkan kaedah perbelanjaan [6]
5.Huraikan tiga kelemahan untuk menggunakan data pendapatan negara bagi membandingkan pendapatan antara negara. [6]
6.Huraikan tiga keadaan yang menyebabkan pendapatan per kapita gagal berfungsi sebagai alat yang baik untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara negara. [6]
7.Apakah maklumat–maklumat penting yang dapat diperoleh daripada data Pendapatan Negara? [6]
8.Huraikan tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara. [6]

CADANGAN SKEMA
1.a)Pendapatan negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun
(b)Keluaran Negara Bersih pada harga pasar ialah Keluaran Negara Bersih yang dihitung mengikut nilai harga pasarannya.
•Keluaran Negara Bersih pada harga pasar = Keluaran Negara pada kos faktor + cukai tak langsung – subsidi.
•Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialah Keluaran Negara Bersih yang dihitung mengikut nilai wang yang dibayar ke atas faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkannya.
•Keluaran Negara Bersih pada kos faktor = Keluaran Negara pada harga pasar + subsidi – cukai tak langsung.
2.
•Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam satu tahun. Sebagai contoh, KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai wang bagi keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tanpa mengambil kira nilai keluaran dihasilkan faktor rakyat tempatan di luar negara.
•Keluaran Negara kasar (KNK) ialah jumlah nilai barang akhir dam perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pemgeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam satu tahun. Sebagai contoh, KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai wang bagi keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau luar negara.
•Keluaran Negara Bersih (KNB) ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai. Sebagai contoh, nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.
3.
•Berdasarkan konsep nilai ditambah, nilai pendapatan negara dihitung berasaskan penjumlahan nilai ditambah bagi setiap peringkat pengeluaran semua barang atau perkhidmatan yang terhasil pada tahun tersebut.
•Sebagai contoh, diandaikan proses pengeluaran kertas melibatkan dua peringkat pengeluaran iaitu penghasilan kayu dan pemprosesan kertas. Andaikan harga kayu ialah RM100, harga kertas diproses ialah RM300.
•Berdasarkan contoh, nilai ditambah pengeluaran kayu = harga keluaran kayu
- harga barang perantaraan = RM100 – RM0 = RM100, dan nilai ditambah pengeluaran kertas = harga keluaran kertas – harga barang perantaraan iaitu kayu = RM300 – RM100 = RM200.
•Oleh itu, berdasarkan konsep nilai ditambah, jumlah nilai ditambah yang wujud dalam industri pengeluaran kertas yang akan dicampur ke dalam pendapatan negara ialah penjumlahan nilai ditambah bagi setiap peringkat pengeluaran kertas iaitu pengeluaran kayu dan pengeluaran kertas iaitu RM!00 + RM200 = RM300.


4.
•Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga pasar dihitung di Malaysia dengan kaedah perbelanjaan dengan menjumlahkan nilai perbelanjaan seluruh masyarakat ke atas barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan negara ini dalam tahun tertentu.
•Berdasarkan kaedah perbelanjaan, KDNK pada harga pasar Malaysia dihitung dengan mencampur beberapa kategori perbelanjaan masyarakat yang dipecahkan kepada beberapa kategori perbelanjaan seperti perbelanjaan penggunaan swasta, perbelanjaan penggunaan awam, pelaburan kasar awam dan swasta dan perubahan stok/inventori.
•Selain itu, nilai eksport barang dan perkhidmatan akan ditambah dan nilai import barang dan perkhidmatan akan ditolak untuk menghitung KDNK pada harga pasar.
•Oleh itu:
KDNK pada harga pasar = perbelanjaan penggunaan swasta + perbelanjaan penggunaan awam + pelaburan awam + pelaburan swasta + perubahan stok/ inventori + eksport barang dan perkhidmatan – Import barang dan perkhidmatan

5.Tiga kelemahan penggunaan data pendapatan negara bagi membanding pendapatan antara negara ialah:
•Terdapat perbezaan konsep penghitungan pendapatan negara.
Sesebuah negara mungkin menggunakan konsep penghitungan pendapatan negara yang berbeza dengan yang diamalkan negara lain. Contohnya sesetengah negara mengambil kira sesuatu item ke dalam pendapatan negara manakala negara lain tidak, dengan itu perbandingan pendapatan negara menjadi kurang tepat.
•Perbezaan kadar inflasi antara negara.
Sesebuah negara mungkin mengalami peningkatan kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding negara lain, dengan itu negara tersebut mengalami peningkatan pendapatan negara nominal yang lebih tinggi daripada negara lain yang mengalami kadar inflasi yang rendah walaupun pendapatan negara benarnya tidak berubah.
•Perbezaan jumlah penduduk.
Sesebuah negara mungkin mengalami perubahan jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding negara lain, dengan itu peningkatan nilai pendapatan negara tersebut tidak semestinya menunjukkan
pendapatan per kapita yang lebih tinggi berbanding negara lain yang kurang jumlah penduduknya.
6.Tiga keadaan yang menyebabkan pendapatan per kapita gagal berfungsi sebagai alat yang baik untuk
membandingkan taraf hidup rakyat antara negara ialah:
•Pendapatan per kapita tidak menggambarkan kesetaraan pendapatan antara penduduk.
Kesetaraan pendapatan antara penduduk sesebuah negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi tidak semestinya menunjukkan kesemua penduduk mengalami peningkatan taraf hidup.
•Pendapatan per kapita tidak mengalami kira perbezaan masa lapang.
Masa lapang penduduk antara negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara dengan pendapatan per kapita penduduk yang tinggi tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat jika masa lapang kurang.
•Pendapatan per kapita tidak mengambil kira perbezaan kualiti barang dan perkhidmatan.Kualiti barang dan perkhidmatan yang dinikmati oleh rakyat di sesebuah negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara dengan pendapatan per kapita penduduk yang tinggi tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat jika penduduk menggunakan barang atau perkhidmatan yang lebih rendah mutumya.
7.Maklumat penting yang dapat diperoleh daripada data Pendapatan Negara adalah seperti berikut:
•Pertumbuhan ekonomi
Daripada data Pendapatan Negara, kadar pertumbuhan ekonomi, iaitu kadar perubahan keluaran negara dari tahun ke tahun dapat dihitung.
Kadar pertumbuhan ekonomi
PN benar 1 – PN benar 0
= X 100
PN benar0
di mana,
PN benar1 = Pendapatan Negara benar tahun semasa
PN benar0 = Pendapatan Negara benar tahun sebelumnya

•Tingkat taraf hidup atau kebajikan masyarakat
Tingkat taraf hidup mengukur jumlah nilai barangan yang dapat dinikmati oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara. Maka, kadar pertunbuhan taraf hidup atau kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat merujuk kepada kadar perubahan tingkat taraf hidup rakyat sesebuah negara dari tahun ke tahun.

Kadar pertumbuhan kabajikan masyarakat

•Peranan atau sumbangan pelbagai sektor
Data Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran mengukur nilai keluaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi dalam sesebuah negara. Berdasarkan data Pendapatan Negara tersebut, sumbangan pelbagai sektor terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dapat dihitung.

Sumbangan sektor

Nilai keluaran sektor
X 100
Jumlah nilai keluaran
negara

Semakin tinggi peratusan sumbangan sesuatu sektor, semakin penting peranan sektor tersebut dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

8. Tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara adalah seperti berikut:
•Perbezaan dalam tingkat harga umum
Kenaikan KNK boleh disebabkan kanaikan dalam tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK lebih tinggi daripada negara lain. Jadi, untuk membandingkan taraf hidup antara negara dengan lebih tepat, KNK benar perlu digunakan.
•Perbezaan dalam saiz penduduk
Jika kenaikan KNK diikuti oleh kenaikan saiz penduduk maka taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak semestinya meningkat. Oleh sebab itu, ukuran perbandingan taraf hidup antara negara yang lebih tepat ialah KNK benar per kapita.
•Perbezaan dalam komposisi KNK
Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Jadi, untuk menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup sesebuah negara, komposisi KNK harus terdiri daripada aktiviti yang manfaatkan rakyat negara seperti perbelanjaan pembangunan