.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, April 18, 2010

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Cuba jawab soalan Tajuk 3 ini.
BAHAGIAN B
1.a)Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor?[2]
(b)Jelaskan kesan terhadap aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor apabila wujud campur tangan kerajaan dalam konomi.4]
2.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor ditentukan berdasarkan pendekatan perbelanjaan agregat – penawaran agregat.[6]
3.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pelaburan.[6]
4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda?[2]
(b)Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai pengganda ekonomi dua sektor dihitung.[4]
5.Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.[6]
6.Terangkan kesan terhadap keluk permintaan agregat (AD) atau keluk penawaran agregat (AS) apabila berlaku
(a)Peningkatan pelaburan autonomi.[2]
(b)Peningkatan eksport bersih.[2]
(c)Peningkatan teknologi.[2]
7.(a) Lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat(AS).[6]
8.a)Takrifkan keluk penawaran agregat).[2]
(b)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan swasta terhadap keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS). [4]

Wednesday, April 14, 2010

KEM PERSATUAN EKONOMI PULAU KAPAS

Selamat datang...
kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran ekonomi SMK.Bukit Tunggal ke Kem persatuan ekonomi selama dua hari bertempat di Pulau Kapas Marang..
Semoga pelajar akan dapat manafaat terbaik daripada Kem tersebut. Ambillah peluang semasa kem tersebut berkongsi maklumat mengenai kecemerlangan mata pelajaran ekonomi .Kerana yang mengendalikan Kem tersebut ialah 4 orang pelajar SMKBT yang mendapat A dalam mata pelajaran Ekonomi STPM..anda adalah orang yang bertuah..Gunakan sebaiknya peluang itu nanti.

Tuesday, April 13, 2010

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATN DALAM EKONOMI 2SEKTOR

"Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor
Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.

Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.



Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).
Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).
Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan)."

Saturday, April 10, 2010

Makroekonomi STPM: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

Makroekonomi STPM: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara: "Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)
Konsep Kaedah Perbelanjaan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :
Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)
Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)
Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)
Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)
Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)
Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
YB = YL − BL
Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)

KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB"