.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, August 22, 2010

SOALAN ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN

SOALAN ULANGKAJI

1.Terangkan tiga matlamat makroekonomi [6]
2.Terangkan tiga dasar makroekonomi [6]
3.Dengan bantuan jadual terangkan nilai ditambah [6]
4.Terangkan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kerajaan [6]
5.Terangkan tujuan permintaan wang mengikut teori keynes [6]
6.Dengan menggunakan AD-AS, terangkan kesan kemelesetan ekonomi berlaku [6]
7.Terangkan bagaimana sesebuah negara dapat menikmati faedah berbanding [6]
8.Terangkan bagaimanakah dasar devaluasi dilaksanakan [6]
9.Dengan bantuan jadual terangkan proses perciptaan kredit [10]
10.Terangkan faktor yang mempengaruhi perdagangan angtarabangsa dan sebab dasar perlindungan dilksanakan [10]

Thursday, August 19, 2010

KDNK BERKEMBANG

EKONOMI MALAYSIA BERTAMBAH BAIK

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dipacu oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Ia bagaimanapun sedikit berkurangan berbanding pertumbuhan 10.1 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

Dengan perkembangan itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi enam bulan pertama tahun ini dicatatkan pada kadar 9.5 peratus.

Katanya, permintaan domestik pula berkembang pada kadar 9 peratus berbanding hanya 5.3 peartus pada suku pertama.

Menurut Zeti, pencapaian itu mencerminkan ekonomi Malaysia dalam landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan tinggi melebihi 6.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini.

Kesan krisis kewangan global 2008-2009 menyaksikan ekonomi Malaysia menguncup sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebelum pulih dengan catatan pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2009.

Sunday, August 15, 2010

WACANA ILMU














Bertempat di Hotel Seri Malaysia Marang,pada 12-14 Ogos 2010,SMK.Belara telah mengadakan wacana ilmu pelajar Pra Universiti.
Tidak ketinggalan juga slot mata pelajaran ekonomi turut diadakan pada 14 Ogos 2010. Mata pelajaran ekonomi 2 disampaikan oleh penulis sendiri dan mata pelajaran ekonomi 1 disampaikan oleh En.Jamsari daripada SMK.Bukit Besar.
Dalam ceramah ekonomi 2,penulis banyak menekankan kepada strategi dan teknik menjawab ekonomi 2 dan fokus kepada tajuk perdagangan angtrabangsa.

Tuesday, August 3, 2010

Lebihan dagangan Jun berjumlah RM6.04 bilion

Berita harian 03/08/2010


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM6.04 bilion pada Jun 2010, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-152 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah eksport pada Jun 2010 ialah RM52.83 bilion, mencatatkan kenaikan 17.2 peratus berbanding Jun 2009 sementara import mengembang 30.1 peratus kepada RM46.79 bilion.

Jumlah perdagangan mengukuh 22.9 peratus kepada RM99.62 bilion daripada setahun yang lalu.

Untuk tempoh enam bulan daripada Januari hingga Jun 2010, jumlah dagangan meningkat 28.9 peratus kepada RM569.31 bilion, dengan eksport menambah kepada RM315.83 bilion sementara import naik 32.5 peratus kepada RM253.48 bilion, menyaksikan lebihan perdagangan berjumlah RM62.36 bilion.

Berbanding dengan Mei 2010, eksport pada Jun 2010 meningkat 1.1 peratus sementara import meningkat enam peratus dan jumlah dagangan lebih tinggi sebanyak 3.3 peratus.

Mustapa berkata, jumlah dagangan pada suku kedua 2010 ialah RM290.82 bilion, peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding suku pertama 2010.

Eksport dalam suku kedua 2010 turun 1.0 peratus kepada RM157.13 bilion daripada suku pertama 2010 sementara import mengembang 11.6 peratus kepada RM133.70 bilion.
Beliau berkata, peningkatan dalam eksport adalah daripada pelbagai barangan, terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair (LNG), kimia dan bahan kimia, barangan optik dan saintifik, minyak kelapa sawit, barangan perkilangan logam, petroleum mentah, getah mentah dan keluaran getah.

Eksport ke Asean untuk bulan kajian berjumlah sehingga RM12.97 bilion, naik tujuh peratus daripada setahun yang lepas dan menguasai 24.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Jun.

Eksport terutamanya ialah produk E&E, barangan perkilangan logam, barangan optik dan saintifik serta jentera, perkakasan dan peralatan menyumbang kepada peningkatan ini.

Jumlah import mengukuh 30.1 peratus kepada RM46.79 bilion tahun-atas-tahun terutamanya disebabkan oleh peningkatan import barang pengantara dan modal, kata menteri itu.

Tiga kategori utama mengikut penggunaan akhir ialah barang pengantara yang bernilai RM32.63 bilion atau 69.7 peratus daripada jumlah import, barang modal pada RM6.42 bilion atau 13.7 peratus daripada jumlah import dan barang penggunaan RM3.04 bilion atau 6.5 peratus daripada jumlah import.

ASEAN menguasai RM13.05 bilion atau 27.9 peratus daripada jumlah import Malaysia pada Jun 2010. - BERNAMA

SOALAN ULANGKAJI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

SOALAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara yang lain.[6]
2.Terangkan tiga langkah kerajaan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah defisit dalam imbangan perdagangan dan masalah kadar pengangguran yang tinggi yang berlaku secara serentak.[6]
3.Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara mengamalkan dasar perlindungan. [6]
4.Jelaskan kesan terhadap nilai Ringgit Malaysia (RM) jika
a.Singapura menurunkan tarif atas barang keluaran Malaysia,[2]
b.Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing,[2]
c.Amerika Syarikat mengalami kemelsetan ekonomi[2]
5.
a.“Imbangan pembayaran defisit boleh disebabkan oleh akauan semasa atau akaun modal.’Terangkan. [6]
b. Huraikan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit. [4]
6.Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa.[10]