.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Monday, February 21, 2011

NASIHAT

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh mengubah ke arah kebaikan

Sunday, February 20, 2011

INFLASI DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA BERTAMBAH BAIK DAN DIIKUTI KENAIKAN KADAR INFLASI

Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun 2010, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu. Berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2010, diikuti pertumbuhan 8.9 peratus dan 10.1 peratus, masing-masing pada suku kedua dan pertama.

Ia diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur melalui perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat sebanyak 2% pada asas tahunan pada suku keempat (S3 10: 1.9%) dan dijangka kadar inflasi terus meningkat sehingga 3 % tahun 2011 disebabkan harga bahan api, komoditi serta makanan terus meningkat.

Sunday, February 13, 2011

SOALAN EKONOMI 2

BAHAGIAN C
1. a.Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negeri Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah negara ? [4]
b.Huraikan tiga alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Negara Kasar benar tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajkakn ekonomi sesebuah negara.[6]
2.Bincangkan sejauh mana kadar bunga mempengaruhi tingkat pelaburan sesebuah negara.[10]
3.a Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan aggregat dalam ekonomi tiga sektor.[2]
b.Nyatakan komponen-komponen suntikan dan bocoran dalam ekonomi tiga sektor.[2]
c.Dengan bantuan gambarajah suntikan -bocoran, jelaskan bagaimana pertambahan perberlanjaan kerajaan dapat mengubah tingkat perdapatan negara ekonomi tiga sektor.[6]
4.a.Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan Keynes.[4]
b.Berdasar Teori Kewangan Keynes, terangkan bagaimana kadar bung ditentukan.[6]

SOALAN EKONOMI 2

BAHAGIAN B
1.Jelaskan bagaimana dasar sebelah permintaan mempengaruhi kestabilan ekonomi sesebuah negara.[6]
2.Jelaskan sama ada aktiviti yang berikut diambil kira dalam perhitungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Malaysia.
a. Seorang suri rumah mengupah warga Indonesia sebagai pembantu rumah.[2]
b.Seorang bapa memberi sejumlah wang kepada anaknya yang berumur 12 tahun kerana mencuci keretanya.[2]
c.Seorang rakyat Malaysia bekerja di Arab Saudi sebagai jurutera bangunan.[2]
3.a.Apakah maksud pendapatan faktor bersih luar negeri? [2]
b.Terangkan perbezaan di antara
i.Harga faktor dan harga pasar.[2]
ii.Keluaran Negara Kasar Benar dan Keluaran Negara Kasar nominal.[2]
4.Terangkan bagaimana faktor yang berikut menjadi masalah dalam penghitungan pendapatan negara.
a. Pengumpulan maklumat.[2]
b. Pengiraan dua kali.[2]
c. Susut nilai.[2]
5.Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan ciri-ciri utama fungsi penggunaan. [6]
6.Dengan menggunakan gambarajah, terangkan bagaimana proses pengganda pelaburan berlaku dalam ekonomi dua sektor.[6]
7.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat-penawaran aggregat(AE-AS), huraikan kesan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila kerajaan memberi galakan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti keluaran.[6]
8.Jelaskan bagaimana penurunan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi dalam sesebuah negara.[6]

Tuesday, February 8, 2011

SUATU WAKTU UNTUK BERFIKIR

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk rajin, itu adalah inspirasi untuk kejayaan.

Monday, February 7, 2011

PELABURAN ASING MENINGKAT

EKONOMI MALAYSIA AKAN TERUS BERKEMBANG

Negara Malaysia muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.

Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD bertajuk Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyatakan, Malaysia adalah antara negara yang paling memberangsangkan dari segi peningkatan FDI di kalangan 153 negara yang telah dibuat kajian. Untuk perbandingan dengan lain-lain negara ASEAN, pertumbuhan aliran masuk FDI 2010 ke Indonesia pada kadar 162.7 peratus, Singapura 122.7 peratus manakala Thailand hanya 14.2 peratus.

Sunday, February 6, 2011

EKONOMI 2 BAHAGIAN C TAJUK 3

BAHAGIAN C KESEIMBANGAN PENDAPATAN EKONOMI


1.(a)Apakah yang dimaksudkan aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor?[2]
(b)Terangkan komponen suntikan dan bocoran dalam sistem ekonomi tiga sektor.[8]

2.Dengan menggunakan gambar rajah berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS), jelaskan kesan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila berlaku
(a)Perubahan perbelanjaan agregat. [5]
(b)Perubahan kos pengeluaran [5]

3.Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan berikut terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan:
(a)Kenaikan perbelanjaan kerajaan [5]
(b)Kenaikan kadar cukai [5]

4.Dengan menggunakan jadual dan gambar rajah yang sesuai, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor.[10]

KAJIAN TENTANG SIKAP PELAJAR EKONOMI


SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN EKONOMI TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam dengan menggunakan analisis min . Satu set soalan soal selidik digunakan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan enam , seramai 230 orang terlibat dalam kajian ini di enam buah sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu.

Soal selidik ini mengandungi 45 soalan yang terbahagi kepada dua iaitu lima soalan bertumpu kepada latar belakang pelajar dan 40 soalan yang terdiri daripada sikap pelajar terhadap pembelajaran, sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi, sikap pelajar terhadap pengajaran guru, sikap pelajar terhadap guru dan sikap pelajar terhadap rakan sebaya. Kaedah analisis min, peratus dan frekuensi digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menerangkan sikap-sikap pelajar yang berbeza terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam. Analisis min dapat menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar.

Dapatan penyelidikan mendapati sikap pelajar terhadap pengajaran guru merupakan faktor yang utama, diikuti oleh sikap palajar terhadap guru merupakan faktor yang ke dua dalam menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi. Guru memainkan peranan yang penting terhadap perubahan sikap pelajar ke arah yang lebih positif, manakala sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke tiga, sikap pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke empat dan faktor yang ke lima ialah pengaruh rakan sebaya bagi menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi .

Catatan..Kajian ini untuk Tesis Master of Educations