.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, March 27, 2011

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI 2

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI 2 DI SMKA DURIAN GULING MARANG










Pada 25 Mac 2011 bertempat di bilik kuliah Tingkatan Enam SMKA Durian Guling diadakan seminar Teknik menjawab Ekonomi 2 oleh Penulis.Pelbagai teknik menjawab telah diterangkan dalam ceramah tersebut, diantaranya
1. Memahami kehendak soalan
2. Membahagi masa yang secukupnya mengikut bahagian soalan
3. Membaca dengan teliti soalan dan jawapan objektif, pilih yang terbaik dan tinggal dahulu soalan yang susah
4. Membuat rangka terlebih dahulu untuk soalan esei
5. Jawapan hendaklah bermula dengan fakta dan diikuti dengan huraian dan contoh
6. Bagi yang memerlukan rajah,lukis dengan sebaiknya dan mesti berlebel dan pergerakan rajah
7. Soalan kuantitatif,pelajar perlu meletakkan rumus terlebih dahulu,jalan kira dan jawapan
8. Boleh menjawab soalan lebih daripada yang dihadkan jika mencukupi masa yang diperuntukkan

Sunday, March 20, 2011

INGIN JADI PELAJAR CEMERLANG ?

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang

1.Masa sebelum tidur
Masa berbaring sebelum tidur.Amalkan teknik belajar secara bayangan.menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.Masa terbangun di tengah malam-
Belajar Seperti no.1
3.Masa terbangun tidur Subuh / pagi.
Bayangkan pelajaran semalam
4.Masa ke tandas waktu pagi
Ingatkan perkara yang terlupa.
5.Masa ke tandas waktu malam
Sama seperti no. 4
6.Masa bercermin
Lekatkan nota penting dekat cermin
7.Masa sarapan pagi
Baca selembar dua surat khabar
8.Masa berjalan ke sekolah
Tanya diri = sifir dan formula
9.Masa menunggu bas
Ulangkaji kad nota atau bayangkan
10.Masa di dalam bas atau kereta
Ulangkaji harian / cepat
11.masa berjalan ke sekolah
Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi
12.Masa sampai awal pagi ke sekolah
Ulangkaji harian / cepat
14.Masa rehat
Ke perpustakaan baca ringkas buku-buku
15.Masa sebelum pulang
Lewatkan pulang dan buat kerja rumah
16.Masa berjalan pulang
Tanya diri pasal sifir
17.Masa berada dalam bas
Baca kad nota
18.Masa rehat selepas makan
Baca novel / majalah
19.Masa rehat selepas makan malam
Baca rencana akhbar dan lain-lain
20.Masa menonton tv
Melukis rajah-rajah , peta , tulis formula dan lain-lain

Tuesday, March 8, 2011

SOALAN ULANGKAJI TAJUK PERANAN WANG

PERANAN WANG DALAM EKONOMI BAHAGIAN C

1.a Apakah yang dimaksudkan bank pusat? [2]
b.Huraikan empat fungsi bank pusat. [8]
2.a Apakah yang dimaksudkan Teori Kuantiti Wang?[2]
b.Berdasarkan persamaan pertukaran mengikut analisis Fisher dan menggunakan contoh berangka, jelaskan kesan peningkatan kuantiti wang terhadap tingkat harga umum [8].
3.a. Bagaimanakah jumlah permintaan wang dalam sebuah ekonomi ditentukan?[6]
b.Dengan melukis gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan kenaikan permintaan wang terhadap kadar bunga.[4]
4."Pertambahan penawaran wang boleh mempengaruhi tingkat pendapatan negara”. Berdasarkan analisis Keynes, bincangkan pernyataan ini. [10]
5.Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit.Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku.[10]

Monday, March 7, 2011

SEMINAR EKONOMI STPM


Baru baru ini pada 5 Mac 2011 Penulis bersama pelajar Ekonomi SMK.Bukit Tunggal, serta guru dan pelajar dalam daerah Kuala Terengganu menghadiri Seminar Ekonomi STPM 2011 bertempat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pelbagai maklumat berguna yang didedahkan oleh Pensyarah Fakulti tersebut mengenai Ekonomi STPM..Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanafaat sepenuhnya untuk Pengajaran dan pengajaran guru serta peperiksaan STPM 2011.

Tuesday, March 1, 2011

SOALAN ULANGKAJI PERANAN WANG DALAM EKONOMI

Contoh Soalan peperiksaan bahagian B

1.a.Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? [2]
b.Huraikan kesan peningkatan indeks harga pengguna terhadap nilai wang. [4]
2.Huraikan tiga fungsi wang dalam sesebuah ekonomi. [6]
3.Berdasarkan analisis Keynes, huraikan tujuan permintaan wang di dalam sesebuah ekonomi.[6]
4.Berdasarkan teori kewangan Keynes dan dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana penentuan kadar bunga ditentukan di pasaran. [6]
5.Bezakan konsep berikut:
a.Syarikat kewangan dan bank perdagangan[3]
b.Rizab berkanun dan rizab mudah tunai.[3]
6.“Bank Pusat sahaja berkuasa mengeluarkan wang tetapi bank perdagangan berkuasa mencipta wang”. Terangkan pernyataan ini. [6]
7.a.Apakah yang dimaksudkan dengan perangkap kecairan?.[2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara peningkatan bekalan wang dengan kadar bunga di dalam ekonomi.[4]
8.Seorang pelabur asing mendepositkan wang tunai RM10 juta ke dalam salah sebuah bank perdagangan di Malaysia. Apakah kesannya terhadap bekalan wang?[6]

PERANAN WANG DALAM EKONOMI

Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.Dengan wang kita dapat membeli barang dan perkhidmatan.

Dalam peperiksaan STPM Ekonomi 2, Soalan yang sentiasa ditanya dalam tajuk ini ialah nilai wang dan kuasa beli wang,penawaran wang M1 dan M2,Fungsi bank pusat,Proses perciptaan kredit,teori wang Klasik dan Keynes, tujuan permintaan wang dan penawaran wang.