.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Thursday, August 20, 2009

JAWAPAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Tiga kebaikan perdagangan antarabangsa yang bebas ialah:
• Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara.
Melalui perdagangan antarabangsa, sesebuah negara dapat mengimport barang yang tidak dikeluarkan dalam negara daripada negara lain. Jadi, rakyat sesebuah negara dapat menikmati lebih banyak jenis barang.

• Meluaskan pasaran.
Perdagangan antarabangsa menggalakkan eksport dan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar- besaran. Ini mewujudkan faedah ekonomi bidangan dan meningkatkan tingkat guna tenaga serta keluaran negara.

• Menikmati faedah pengkhususan.
Perdagangan antarabangsa membolehkan pengkhususan pengeluaran barang dijalankan antara negara. Melalui pengkhususan, tingkat pengeluaran bertambah dan kualiti barang turut meningkat. Selain itu, tingkat penggunaan juga meningkat.

Tuesday, August 18, 2009

skema jawapan

bab 3: KEANJALAN PERMINTAAN
1.( a ) keanjalan permintaan harga(Ed)mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan harga barang tersebut.

( b ) contoh 1:
Apabila harga barang X meningkat sebanyak 20%, kuantiti diminta barang X merosot sebanyak 40%. Maka, nilai keanjalan permintaan harga ialah:
Ed = (-40%/20%) = - 2

contah 2 :
Pada harga RM5, kuantiti diminta barang X ialah 100 unit. Apabila harga naik ke RM6, kuantiti diminta barang X merosot kepada 80 unit. Maka, nilai keanjalan permintaan harga ialah,
Ed= [(80 - 100/100)]/[(6 - 5/5)]
= -1

2.( a ) keanjalan permintaan silang mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan barang lain.
( b ) Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, hubungan antara dua barang ialah barang pengganti. Sebaliknya, apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, hubungan antara dua barang ialah barang penggenap.

Contoh :
Apabila harga barang X naik sebanyak 20%, kuantiti diminta barang Y meningkat sebanyak 40%. Oleh itu,

oleh sebab nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, barang X dan barang Y merupakan barang pengganti.
Contoh :
Apabila harga barang X naik sebanyak 20%, kuantiti diminta barang Y berkurang sebanyak 40%. Oleh itu,

oleh sebab nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, barang X dan barang Y merupakan barang penggenap.
3.( a ) kereta merupakan barang keperluan untuk pengguna. Kereta mempunyai pengganti lain seperti bas, teksi dan LRT. Oleh itu, kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan pengguna beralih kepada kemudahan pengangkutan lain yang lebih murah. Maka, keanjalan permintaan harga bagi kereta adalah anjal.

( b )Minyak petroleum merupakan input atau faktor terpenting dalam sector pengeluaran dan pengangkutan. Minyak petroleum juga tidak mempunyai pengganti hampir. Oleh itu, permintaan terhadap minyak petroleum adalah tidak anjal. Walaupun harga minyak petroleum naik dengan banyak dalam pasaran dunia, kuantiti diminta minyak petroleum akan berkurang sedikit sahaja.

( c )Garam merupakan barang keperluan asas yang penting. Garam tidak mempunyai pengganti hampir. Oleh itu, permintaan terhadap garam adalah tidak anjal sempurna. Walaupun harga garam naik dengan banyak, kuantiti diminta garam tidak berubah atau tetap sama.

4.Tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga :

Bilangan harga barang pengganti
… semakin banyak barang pengganti, maka semakin anjal permintaan barang tersebut
kepentingan sesuatu barang
… jika sesuatu barang itu adalah sangat penting, maka permintaan terhadap barang tersebut bersifat kurang anjal
… contoh permintaan terhadap barang keperluaan seperti air dan elekterik
Jangka masa
… permintaan terhadap sesuatu barang adalah bersifat tidak anjal dalam jangka masa pendek
… hal ini demikian kerana dalam jangka masa pendek permintaan sukar berubah

5.Nilai keanjalan permintaan harga bagi garam adalah sifar atau tidak anjal sempurna kerana walaupun harga garam naik atau turun, kuantiti diminta garam adalah tetap sama. Keadaan ini berlaku kerana garam merupakan barang mesti dan tidak mempunyai pengganti hampir. Selain itu, perbelanjaan membeli garam hanya melibatkan sebahagian kecil daripad pendapatan pengguna.

Berdasarkan rajah di atas, walaupun harga garam naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta garam adalah tetap sama sebanyak Q0. maka, nilai keanjalan permintaan harga bagi garam adalah sifar.
Sebaliknya, nilai keanjalan permintaan harga bagi teh melebihi satu atau anjal kerana apabila harga teh naik atau turun sedikit, kuantiti diminta teh akan berubah dengan kadar yang besar. Keadaan ini berlaku kerana teh merupakan barang yang kurang penting kepada pengguna. Selain itu, teh mempunyai banyak barang pengganti seperti kopi dan minuman koko.

lukis gambar rajah

Berdasarkan rajah di atas, walaupun harga teh naik sedikit P0 ke P1, kuantiti diminta teh merosot dengan banyak daripada Q0 kepada Q1. maka, nilai keanjalan permintaan harga bagi teh adalah lebih daripada satu atau anjal.

6. ( a ) Permintaan terhadap sesuatu barang adalah anjal apabila peratusan perubahan kuantiti
diminta melebihi peratusan perubahan harga barang tersebut. Bagi barang yang mempunyai permintaan anjal, kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan dengan banyak. Kesannya, jumlah perbelanjaan pengguna akan berkurangan.
lukis gambar rajah
Berdasarkan rajah di atas, apabila harga barang ialah P0, kuantiti diminta ialah Q0. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pengguna adalah sebanyak 0P0CQ0. Apabila harga naik ke P1, kuantiti diminta berkurangan kepada Q1. Jumlah perbelanjaan pengguna yang baru adalah sebanyak 0P1AQ1. Oleh sebab keluk permintaan DD adalah anjal, tambahan perbelanjaan pengguna sebanyak P0P1AB akibat kenaikan harga adalah lebih kecil daripada kurangan perbelanjaan pengguna sebanyak Q1BCQ0 akibat pengurangan kuantiti diminta. Maka, kesan bersihnya ialah jumlah perbelanjaan pengguna akan berkurang.

( b ) Permintaan terhadap sesuatu barang adalah tidak anjal apabila peratusan perubahan kuantiti diminta kurang daripada peratusan perubahan harga barang tersebut. Bagi barang yang mempunyai permintaan tidak anjal, kenaikan harga yang banyak akan memyebabkan kuantiti diminta berkurangan sedikit sahaja. Kesannya, jumlah perbelanjaan pengguna akan meningkat.

lukis gambar rajah

Berdasarkan rajah di atas, apabila harga barang ialah P0, kuantiti diminta ialah Q0. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pengguna adalah sebanyak 0P0CQ0. Apabila harga naik ke P1, kuantiti diminta berkurangan kepada Q1. Jumlah perbelanjaan pengguna yang baru adalah sebanyak 0P1AQ1. Oleh sebab keluk permintaan DD adalah tidak anjal, tambahan perbelanjaan pengguna sebanyak P0P1AB akibat kenaikan harga adalah lebih besar daripada kurangan perbelanjaan pengguna sebanyak Q1BCQ0 akibat pengurangan kuantiti diminta. Maka, kesan bersihnya ialah jumlah perbelanjaan pengguna akan meningkat.

7.( a ) Keanjalan permintaan pendapatan (EY) mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan pendapatan pengguna.
( b )Konsep keanjalan permintaan pendapatan digunakan oleh pengeluar untuk memaksimumkan keuntungan. Apabila Negara semakin maju, pendapatan penduduk akan meningkat. Dengan ini, pengguna cenderung menambahkan perbelanjaan terhadap barang mewah pada kadar yang lebih besar seperti kereta mewah dan jam tangan mewah. Oleh itu, pengeluar akan menambahkan penawaran barang mewah dengan banyak untuk memenuhi permintaan dan cita rasa pengguna.

Bagi barang mesti, walaupun pendapatan pengguna meningkat, perbelanjaan terhadap barang mesti akan bertambah pada kadar yang sedikit sahaja. Oleh itu, pengeluar tidak akan menambahkan penawaran barang mesti dengan banyak.

Bagi barang bawahan, apabila pendapatan meningkat, pengguna akan mengurangkan perbelanjaan terhadap barang bawahan. Oleh itu, pengeluar akan mengurangkan penawaran barang bawahan.