.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Monday, July 19, 2010

STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM





STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM


Bertempat di Hotel Apartment Sumai Kuala Terengganu, SMK.Bukit Tungggal telah mengadakan Kem Strategi dan Teknik menjawab mata pelajaran STPM 2010.
Bagi mata pelajaran Ekonomi strategi dan teknik menjawab Ekonomi telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mokhtar (Guru Cemerlang Ekonomi) daripada SMK.Panji Alam.Dalam ceramah, beliau mengingatkan palajar supaya menganalisis soalan peperiksaan STPM tahun-tahun lepas. Ini kerana menurut beliau,soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan sentiasa mempunyai kesamaan atau hampir sama bentuk soalan yang dikemukakan pada tahun sebelumnya.
Beliau juga mengingatkan pelajar juga,supaya sentiasa membuat soalan latihan yang diberi oleh guru dan latih tubi berterusan berdasarkan soalan tahun lepas.Bagi pelajar yang telah mengikuti kem kem mata pelajaran sebelum ini,sama ada dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri, pelajar hendaklah sentiasa mengulang semula modul atau latihan yang diberikan secara berterusan.
Jika pelajar sentiasa mengamalkan ini semua, sudah tentu senang bagi seseorang pelajar untuk mendapat cemerlang dalam mata pelajaran Ekonomi iaitu A.

Saturday, July 17, 2010

KEM TUTORIAL STPM PPD KUALA TERENGGANU

KEM TUTORIAL EKONOMI

Bermula 15 hingga 17 Julai 2010,Kem Tutorial STPM PPD Kuala Terengganu telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Teknik Lapatangan Kuala Terengganu..
Bagi matapelajaran Ekonomi 4 orang fasilatator telah menyumbang tenaga dan ilmunya bagi membantu pelajar sekolah menengah Kuala Terengganu untuk mempertingkatkan pencapaian dalam peperiksaan nanti.Fasilatator Ekonomi diketuai oleh Tn.Hj.Wan Mokhtar(SMK.Panji Alam),En.Mohd Jamsari(SMK.Bt.Besar),En.Mohamad Ridhuan(SMK.Ibrahim Fikri)dan En.Zakaria Sulong (SMK.Bukit Tunggal).
Sekalung tahniah dan syabas kem tutorial bagi mata pelajaran ekonomi dapat diadakan dengan jayanya dengan kesungguhan fasilatator dan kerjasama pelajar yang baik.

KEM STRATEGI & TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS SPM



PADA 17 Julai 2010, Satu kem strategi dan teknik menjawab ekonomi telah diadakan di bilik mesyuarat SMKBT yang disampaikan oleh penceramah En. Roslan bin Ismail. merupakan ketua pemeriksaan kertas ekonomi asas peringkat Negeri Terengganu.

Semoga pelajar mendapat manfaat dan berjaya dalam peperiksaan yang akan ditempuhi.

Friday, July 16, 2010

KENAIKAN HARGA GULA, DIESEL DAN PETROL

kabinet telah memutuskan bahawa:
a) harga gula akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram,
b) harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter
c) gas memasak LPG (10 sen sekilogram.
d) harga petrol akan diapungkan secara terkawal

Ini bermakna harga gula di pasaran akan dijual RM1.90 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter

keputusan tersebut dibuat bagi merasionalisasikan subsidi kerajaan.

b.harian (16/7/2010)

Apa komen anda..dan apakah kesan kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat

Wednesday, July 14, 2010

4 CABARAN UNTUK PACU EKONOMI

4 cabaran untuk pacu ekonomi ialah:
i)merealisasikan matlamat model baru ekonomi (MEB)
- negara perlu memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM115 bilion setahun untuk memastikan pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi enam peratus sepanjang lima tahun pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
- Perlu mengambil tindakan proaktif untuk merangsang semua pihak.
- mewujudkan iklim pelaburan yang berdaya saing di peringkat global

ii)mengurus sasaran makro
- mengurangkan defisit negara daripada tujuh peratus kepada 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

iii)menangani masalah dalam sturuktur ekonomi
- cara untuk merasionalkan subsidi tanpa menyusah dan terlalu membebankan rakyat.
- cara untuk mendapatkan asas hasil daripada pendapatan hasil yang tidak begitu meluas.

iv) menerapkan nilai-nilai positif dalam pengurusan kewangan negara.
- berbelanja secara berhemah.
- menentukan sistem pemeolehan yang lebih kompetitif dan telus.
- mengelakkan pembaziran di semua peringkat pentadbiran


ekoran daripada kemelesatan ekonomi negara menghadapi masalah pengangguran mencecah 10%.


DDipetik daripada Berita Harian, 14 july 2010.