.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, November 27, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN EKONOMI 2

SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN SEBAIKNYA...
INGAT DAN TENGOK KEMBALI RINGKASAN NOTA, RINGKASAN SOALAN DAN SKEMA...
FIKIR DAN REVIEW SEMULA APA CIKGU DAH AJAR,ULANGKAJI,LATIHAN,TEKNIK MENJAWAB DAN SEBAGAINYA ...
INGAT DAN CUBA CATAT RINGKAS RANGKA APABILA TENGOK SOALAN PEPERIKSAAN... DITEPINYA
LEPAS TU BARULAH MENJAWAB DENGAN SEBAIKNYA..
CIKGU DOAKAN ANDA ADALAH ORANG YANG TERBAIK UNTUK MENJAWABNYA..

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN...

Tuesday, October 11, 2011

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2

SOALAN RAMALAN SKOR A-C
BAHAGIAN C

1.a.Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ?[2]
b. Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negara Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan Ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah Negara ? [4]
c. Huraikan dua alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar benar tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajikan ekonomi sesebuah Negara. [4]
2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertukar menjadi tiga sektor [10]
3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Peningkatan tariff elektrik [5]
b.Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan.[5]
4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank.[10]
5.a. Mengapakah perdagangan bebas semakin digalakkan pada masa kini.[4]
b.Terangkan mengapa kebanyakan negara mengenakan sekatan perdagangan [6]

Wednesday, October 5, 2011

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2

MODUL KHAS SKOR A-C(RAMALAN 2011)
EKONOMI 2

BAHAGIAN B
1Terangkan matlamat makroekonomi yang ingin dicapai dalam sesebuah negara[6]
2.a.Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b.Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung[6]
3.Huraikan tiga masalah yang dihadapi semasa menghitung pendapatan negara[6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikut analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS)[6]
5.Apakah maksud nilai wang. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai wang diukur.[6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan?[2]
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal stagflasi[4]
7.Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kadar pertukaran boleh ubah ? Dengan
menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana sistem tersebut menentukan kadar
pertukaran sesuatu mata wang bebanding mata wang asing [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi[6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara.[6]
10.Huraikan bagaimana faktor yang berikut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah
Negara
a.Peningkatan stok modaL[2]
b.Peningkatan kualiti buruh[2]
c.Dasar kerajaan.[2]

PERCUBAAN EKONOMI 1 TERENGGANU

BAHAGIAN C
1.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan getah apabila
a.Permintaan terhadap tayar kereta bertambah 100 % [4]
b.Pihak pengurusan FELDA membuka kawasan baru untuk peneroka yang menanam getah[3]
c.Kerajaan menjalankan dasar kouta terhadap getah [3]
2.a.Apakah maksud pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli [2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah, bandingkan keseimbangan jangka panjang pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli [8]
3.a.Terangkan bentuk-bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma bermonopoli dalam memajukan jualan mereka [4]
b.Jelaskan tiga kebaikan dan tiga keburukan iklan yang digunakan oleh pasaran persaingan bermonopoli [6]
4.a.Terangkan matlamat utama perjuangan kesatuan sekerja [4]
b.Huraikan bentuk-bentuk perjuangan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja untuk menuntut upah yang tinggi bagi ahli-ahlinya. [6]

Wednesday, September 21, 2011

RENUNGAN BERSAMA

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya
Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya
... ... ... BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya
NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

Monday, September 19, 2011

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 1 TERENGGANU

BAHAGIAN B
1.Terangkan dua ciri pelaku-pelaku ekonomi dalam sistem ekonomi campuran [6]
2.Dengan memeberikan contoh yang sesuai,terangkan perbezaan antara barang penggenap dan barang pengganti.[6]
3.Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan permintaan gula berkurang.[6]
4.Dengan bantuan gambar rajah, terangkan beban cukai yang ditanggung oleh epngguna dan pengeluar apabila penawaran barang tersebut anjal. [6]
5.a.Apakah maksud keluaran purata dan keluaran sut ? [2]
b.Terangkan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut.[4]
6.Terangkan tiga perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran bermonopoli.[6]
7.a.Apakah maksud kadar bunga nominal dan kadar bunga benar.[2]
b.Berdasarkan contoh berangka,bezakan antara kadar bunga benar dan kadar bunga nominal .[4]
8.Dengan menggunakan gambar rajah,jelaskan bagaimana sesebuah firma menentukan kuantiti buruh yang digunakan untuk memaksimumkan untung.[6]

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Semoga sepanjang ramadan diberkati dan terus diberkati sehingga sekarang..Mohon Maaf segala yang tersilap..maaf zahir batin..

Monday, August 22, 2011

RENUNGAN

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Thursday, August 18, 2011

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 2 TERENGGANU

BAHAGIAN C
1.a.Apakah maksud nilai ditambah. [2]
b.Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan konsep tersebut.[5]
c."KDNK Malaysia dihitung dengan menjumlahkan semua nilai tambah yang dihasilkan oleh sektor-sektor ekonomi".Terangkan jenis-jenis kegiatan ekonomi di Malaysia berdasarkan sektor-sektor tersebut.[3]
2.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai sama jumlahnya secara serentak mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara [10]
3.Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat penawaran agregat (AD-AS), huraikan kesan perubahan berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara
a.Bekalan wang dalam negara bertambah [5]
b.Berlaku perkembangan infrastruktur.[5]
4.a.Bagaimanakah kadar pertukaran asing boleh ubah ditentukan ?.[4]
b.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai,terangkan kesan perubahan yang berikut tehadap kadar pertukaran asing.
i.Import negara meningkat.[3]
ii.Kemasukan pelabur asing bertambah.[3]

RENUNGAN

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 2 N.TERENGGANU

BAHAGIAN B

1. Terangkan maksud dasar fiskal dan dasar kewangan, serta huraikan bagaimana dasar tersebut mempengaruhi kestabilan tingkat harga dalam sesebuah negara [6]
2. Huraikan tiga kegunaan data pendapatan negara bagi sesebuah negara [6]
3.a.Apakah maksud kecenderungan mengguna sut ? [2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat-penawaran aggregat (AE-AS),terangkan kesan peningkatan kecenderungan mengguna sut terhadap keseimbangan pendapatan negara. [4]
4.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila pelaburan meningkat dalam ekonomi dua sektor. [6]
5."Teori Kewangan Keynes menggambarkan bahawa keluaran negara dapat ditamabah tanpa berlaku kenaikan harga apabila penawaran wang bertambah".Jelaskan pernytaan ini.[6]
6.Huraikan tiga langkah untuk memperbaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara.[6]
7.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,pengeluaran domestik, dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif.[6]
8.Huraikan bagaimana dasar kerajaan yang berikut mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
a.Perkembangan infrastruktur fizikal.[2]
b.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.[2]
c.Peningkatan taraf pendidikan.[2]

Tuesday, August 2, 2011

MUTIARA KATA

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

SELAMAT MEYAMBUT RAMADAN

Selamat menjalani ibadah puasa dan solat tarawih..
Jangan lupa baca quran...

Berbelanjalah dengan bersederhana dan berhemah dibulan puasa. Belilah yang perlu sahaja jangan beli berlebihan sehingga membazir..

Wednesday, July 6, 2011

Peperiksaan pertengahan tahun

Alhamdulillah.. Syukur ke hadarat Allah SWT kebanyakan pelajar dapat menjawab dengan baik ekonomi kertas 2..Syabas kerana majoriti pelajar dapat c ke atas dalam subjek tersebut..Untuk peperiksaan percubaan ini harap pelajar buat yang terbaik,,amalkan apa yang disuruh dalam strategi menjawab ekonomi tu.. latihan, modul dan soalan tahun lepas..Jangan lupa ye.. soalan objektif tu...

Selamat Maju Jaya

Wednesday, April 20, 2011

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN B EKONOMI 2


KAEDAH MENJAWAB BAHAGIAN B EKONOMI 2 SMK BUKIT TUNGGAL DI HOTEL SUMAI K.TERENGGANU PADA 17 APRIL 2011


1. a. Apakah maksud dasar sebelah penawaran ? [2]
b. Jelaskan dasar-dasar sebelah penawaran yang dapat meningkatkan keseimbangan pendapatan negara [4]
2. Terangkan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut
a.Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Dalam Negara Kasar [2]
b.Keluaran Negara Kasar Harga Faktor dengan Keluaran negara Kasar harga pasar [2]
c.Keluaran Negara Kasar benar dengan Keluaran Negara Kasar Nominal [2]
3. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan kesan peningkatan dalam kecenderungan mengimport sut terhadap keseimbangan pendapatan negara.[6]
4. Dengan menggunakn gambar rajah yang sesuai, terangkan bagaimana keluk permintaan aggregat(AD)diterbitkan.
5.Dengan menggunakan gambar rajah permintaan dan penawaran aggregat(AD-AS)huraikan kesan pertambahan perbelanjaan kerajaan terhadap ekonomi.[6]
6.a.Apakah maksud nilai wang ?[2]
b.Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nilai wang diukur.[4]
7.Huraikan tiga kelemahan Teori kuantiti wang Fisher mengikut pandangan Keynes.[6]
8.Huraikan bagaimana alat dasar kewangan digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran kitaran dalam sesebuah ekonomi.[6]

Sunday, March 27, 2011

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI 2

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB EKONOMI 2 DI SMKA DURIAN GULING MARANG










Pada 25 Mac 2011 bertempat di bilik kuliah Tingkatan Enam SMKA Durian Guling diadakan seminar Teknik menjawab Ekonomi 2 oleh Penulis.Pelbagai teknik menjawab telah diterangkan dalam ceramah tersebut, diantaranya
1. Memahami kehendak soalan
2. Membahagi masa yang secukupnya mengikut bahagian soalan
3. Membaca dengan teliti soalan dan jawapan objektif, pilih yang terbaik dan tinggal dahulu soalan yang susah
4. Membuat rangka terlebih dahulu untuk soalan esei
5. Jawapan hendaklah bermula dengan fakta dan diikuti dengan huraian dan contoh
6. Bagi yang memerlukan rajah,lukis dengan sebaiknya dan mesti berlebel dan pergerakan rajah
7. Soalan kuantitatif,pelajar perlu meletakkan rumus terlebih dahulu,jalan kira dan jawapan
8. Boleh menjawab soalan lebih daripada yang dihadkan jika mencukupi masa yang diperuntukkan

Sunday, March 20, 2011

INGIN JADI PELAJAR CEMERLANG ?

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang

1.Masa sebelum tidur
Masa berbaring sebelum tidur.Amalkan teknik belajar secara bayangan.menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.Masa terbangun di tengah malam-
Belajar Seperti no.1
3.Masa terbangun tidur Subuh / pagi.
Bayangkan pelajaran semalam
4.Masa ke tandas waktu pagi
Ingatkan perkara yang terlupa.
5.Masa ke tandas waktu malam
Sama seperti no. 4
6.Masa bercermin
Lekatkan nota penting dekat cermin
7.Masa sarapan pagi
Baca selembar dua surat khabar
8.Masa berjalan ke sekolah
Tanya diri = sifir dan formula
9.Masa menunggu bas
Ulangkaji kad nota atau bayangkan
10.Masa di dalam bas atau kereta
Ulangkaji harian / cepat
11.masa berjalan ke sekolah
Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi
12.Masa sampai awal pagi ke sekolah
Ulangkaji harian / cepat
14.Masa rehat
Ke perpustakaan baca ringkas buku-buku
15.Masa sebelum pulang
Lewatkan pulang dan buat kerja rumah
16.Masa berjalan pulang
Tanya diri pasal sifir
17.Masa berada dalam bas
Baca kad nota
18.Masa rehat selepas makan
Baca novel / majalah
19.Masa rehat selepas makan malam
Baca rencana akhbar dan lain-lain
20.Masa menonton tv
Melukis rajah-rajah , peta , tulis formula dan lain-lain

Tuesday, March 8, 2011

SOALAN ULANGKAJI TAJUK PERANAN WANG

PERANAN WANG DALAM EKONOMI BAHAGIAN C

1.a Apakah yang dimaksudkan bank pusat? [2]
b.Huraikan empat fungsi bank pusat. [8]
2.a Apakah yang dimaksudkan Teori Kuantiti Wang?[2]
b.Berdasarkan persamaan pertukaran mengikut analisis Fisher dan menggunakan contoh berangka, jelaskan kesan peningkatan kuantiti wang terhadap tingkat harga umum [8].
3.a. Bagaimanakah jumlah permintaan wang dalam sebuah ekonomi ditentukan?[6]
b.Dengan melukis gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan kenaikan permintaan wang terhadap kadar bunga.[4]
4."Pertambahan penawaran wang boleh mempengaruhi tingkat pendapatan negara”. Berdasarkan analisis Keynes, bincangkan pernyataan ini. [10]
5.Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit.Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku.[10]

Monday, March 7, 2011

SEMINAR EKONOMI STPM


Baru baru ini pada 5 Mac 2011 Penulis bersama pelajar Ekonomi SMK.Bukit Tunggal, serta guru dan pelajar dalam daerah Kuala Terengganu menghadiri Seminar Ekonomi STPM 2011 bertempat di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pelbagai maklumat berguna yang didedahkan oleh Pensyarah Fakulti tersebut mengenai Ekonomi STPM..Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanafaat sepenuhnya untuk Pengajaran dan pengajaran guru serta peperiksaan STPM 2011.

Tuesday, March 1, 2011

SOALAN ULANGKAJI PERANAN WANG DALAM EKONOMI

Contoh Soalan peperiksaan bahagian B

1.a.Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? [2]
b.Huraikan kesan peningkatan indeks harga pengguna terhadap nilai wang. [4]
2.Huraikan tiga fungsi wang dalam sesebuah ekonomi. [6]
3.Berdasarkan analisis Keynes, huraikan tujuan permintaan wang di dalam sesebuah ekonomi.[6]
4.Berdasarkan teori kewangan Keynes dan dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana penentuan kadar bunga ditentukan di pasaran. [6]
5.Bezakan konsep berikut:
a.Syarikat kewangan dan bank perdagangan[3]
b.Rizab berkanun dan rizab mudah tunai.[3]
6.“Bank Pusat sahaja berkuasa mengeluarkan wang tetapi bank perdagangan berkuasa mencipta wang”. Terangkan pernyataan ini. [6]
7.a.Apakah yang dimaksudkan dengan perangkap kecairan?.[2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara peningkatan bekalan wang dengan kadar bunga di dalam ekonomi.[4]
8.Seorang pelabur asing mendepositkan wang tunai RM10 juta ke dalam salah sebuah bank perdagangan di Malaysia. Apakah kesannya terhadap bekalan wang?[6]

PERANAN WANG DALAM EKONOMI

Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.Dengan wang kita dapat membeli barang dan perkhidmatan.

Dalam peperiksaan STPM Ekonomi 2, Soalan yang sentiasa ditanya dalam tajuk ini ialah nilai wang dan kuasa beli wang,penawaran wang M1 dan M2,Fungsi bank pusat,Proses perciptaan kredit,teori wang Klasik dan Keynes, tujuan permintaan wang dan penawaran wang.

Monday, February 21, 2011

NASIHAT

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh mengubah ke arah kebaikan

Sunday, February 20, 2011

INFLASI DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA BERTAMBAH BAIK DAN DIIKUTI KENAIKAN KADAR INFLASI

Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun 2010, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu. Berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2010, diikuti pertumbuhan 8.9 peratus dan 10.1 peratus, masing-masing pada suku kedua dan pertama.

Ia diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur melalui perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat sebanyak 2% pada asas tahunan pada suku keempat (S3 10: 1.9%) dan dijangka kadar inflasi terus meningkat sehingga 3 % tahun 2011 disebabkan harga bahan api, komoditi serta makanan terus meningkat.

Sunday, February 13, 2011

SOALAN EKONOMI 2

BAHAGIAN C
1. a.Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negeri Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah negara ? [4]
b.Huraikan tiga alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Negara Kasar benar tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajkakn ekonomi sesebuah negara.[6]
2.Bincangkan sejauh mana kadar bunga mempengaruhi tingkat pelaburan sesebuah negara.[10]
3.a Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan aggregat dalam ekonomi tiga sektor.[2]
b.Nyatakan komponen-komponen suntikan dan bocoran dalam ekonomi tiga sektor.[2]
c.Dengan bantuan gambarajah suntikan -bocoran, jelaskan bagaimana pertambahan perberlanjaan kerajaan dapat mengubah tingkat perdapatan negara ekonomi tiga sektor.[6]
4.a.Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan Keynes.[4]
b.Berdasar Teori Kewangan Keynes, terangkan bagaimana kadar bung ditentukan.[6]

SOALAN EKONOMI 2

BAHAGIAN B
1.Jelaskan bagaimana dasar sebelah permintaan mempengaruhi kestabilan ekonomi sesebuah negara.[6]
2.Jelaskan sama ada aktiviti yang berikut diambil kira dalam perhitungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Malaysia.
a. Seorang suri rumah mengupah warga Indonesia sebagai pembantu rumah.[2]
b.Seorang bapa memberi sejumlah wang kepada anaknya yang berumur 12 tahun kerana mencuci keretanya.[2]
c.Seorang rakyat Malaysia bekerja di Arab Saudi sebagai jurutera bangunan.[2]
3.a.Apakah maksud pendapatan faktor bersih luar negeri? [2]
b.Terangkan perbezaan di antara
i.Harga faktor dan harga pasar.[2]
ii.Keluaran Negara Kasar Benar dan Keluaran Negara Kasar nominal.[2]
4.Terangkan bagaimana faktor yang berikut menjadi masalah dalam penghitungan pendapatan negara.
a. Pengumpulan maklumat.[2]
b. Pengiraan dua kali.[2]
c. Susut nilai.[2]
5.Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan ciri-ciri utama fungsi penggunaan. [6]
6.Dengan menggunakan gambarajah, terangkan bagaimana proses pengganda pelaburan berlaku dalam ekonomi dua sektor.[6]
7.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat-penawaran aggregat(AE-AS), huraikan kesan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila kerajaan memberi galakan dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti keluaran.[6]
8.Jelaskan bagaimana penurunan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi dalam sesebuah negara.[6]

Tuesday, February 8, 2011

SUATU WAKTU UNTUK BERFIKIR

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk rajin, itu adalah inspirasi untuk kejayaan.

Monday, February 7, 2011

PELABURAN ASING MENINGKAT

EKONOMI MALAYSIA AKAN TERUS BERKEMBANG

Negara Malaysia muncul sebagai negara paling tinggi merekodkan kemasukan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan negara Asia pada tahun 2010 iaitu dengan jumlah kenaikan sebanyak 409.7 peratus. Menurut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kenaikan jumlah FDI ke Malaysia telah meningkat kepada RM21.35 bilion pada 2010 berbanding dengan RM4.25 bilion pada 2009.

Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD bertajuk Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyatakan, Malaysia adalah antara negara yang paling memberangsangkan dari segi peningkatan FDI di kalangan 153 negara yang telah dibuat kajian. Untuk perbandingan dengan lain-lain negara ASEAN, pertumbuhan aliran masuk FDI 2010 ke Indonesia pada kadar 162.7 peratus, Singapura 122.7 peratus manakala Thailand hanya 14.2 peratus.

Sunday, February 6, 2011

EKONOMI 2 BAHAGIAN C TAJUK 3

BAHAGIAN C KESEIMBANGAN PENDAPATAN EKONOMI


1.(a)Apakah yang dimaksudkan aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor?[2]
(b)Terangkan komponen suntikan dan bocoran dalam sistem ekonomi tiga sektor.[8]

2.Dengan menggunakan gambar rajah berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS), jelaskan kesan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila berlaku
(a)Perubahan perbelanjaan agregat. [5]
(b)Perubahan kos pengeluaran [5]

3.Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan berikut terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan:
(a)Kenaikan perbelanjaan kerajaan [5]
(b)Kenaikan kadar cukai [5]

4.Dengan menggunakan jadual dan gambar rajah yang sesuai, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor.[10]

KAJIAN TENTANG SIKAP PELAJAR EKONOMI


SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN EKONOMI TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam dengan menggunakan analisis min . Satu set soalan soal selidik digunakan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan enam , seramai 230 orang terlibat dalam kajian ini di enam buah sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu.

Soal selidik ini mengandungi 45 soalan yang terbahagi kepada dua iaitu lima soalan bertumpu kepada latar belakang pelajar dan 40 soalan yang terdiri daripada sikap pelajar terhadap pembelajaran, sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi, sikap pelajar terhadap pengajaran guru, sikap pelajar terhadap guru dan sikap pelajar terhadap rakan sebaya. Kaedah analisis min, peratus dan frekuensi digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menerangkan sikap-sikap pelajar yang berbeza terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam. Analisis min dapat menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar.

Dapatan penyelidikan mendapati sikap pelajar terhadap pengajaran guru merupakan faktor yang utama, diikuti oleh sikap palajar terhadap guru merupakan faktor yang ke dua dalam menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi. Guru memainkan peranan yang penting terhadap perubahan sikap pelajar ke arah yang lebih positif, manakala sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke tiga, sikap pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke empat dan faktor yang ke lima ialah pengaruh rakan sebaya bagi menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi .

Catatan..Kajian ini untuk Tesis Master of Educations

Wednesday, January 12, 2011

RENUNGAN UNTUK MINGGU INI

BAGI MENCAPAI KEJAYAAN, SAYA PERLU MENUNJUKKAN SAYA LEBIH RAJIN DARIPADA ORANG LAIN

Tuesday, January 11, 2011

SOALAN LATIHAN BAHAGIAN B EKONOMI 2

BAHAGIAN B

1. Terangkan tiga pemboleh ubah makroekonomi yang utama [6]

2. Huraikan tiga dasar makro yang sering kerajaan gunakan untuk mengatasi masalah makroekonomi ? [6]

3. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan Negara dicapai dalam ekonomi dua sector. [6]

4. Dengan menggunakan gambarajah terangkan bagaimana memperolehi suatu keluk permintaan aggregat ? [6]

5. Terangkan tiga masalah yang sering dihadapi semasa mengira pendapatan Negara.[6]

Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Bermula tahun 2011 diharapkan semua pelajar bersedia untuk memberi komitmen yang lebih baik untuk menimba ilmu sebanyaknya dalam pelajaran.Bagi blog CGZEKONOMI insyaAllah maklumat terkini berkaitan dengan mata pelajaran Ekonomi akan diperkemaskan sebaiknya.Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas..

"Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan".