.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Friday, November 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM

Penulis mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM dan SPM.Semoga anda semua dapat menjawab dengan baik.Jangan lupa baca dengan teliti dan ingat kembali apa yang cikgu ajar selama ini.Pastikan kita buat yang terbaik.Bagi Ekonomi 2, pelajar hendaklah ulangkaji semua soalan beserta skema yang dibekalkan TOV, OTI, Percubaan negeri negeri, modul serta yang terakhirnya skor AC bahagian B, C dan D yang terdapat dalam blog CGZEKONOMI.

Cikgu doakan semuanya akan dipermudahkan..

SELAMAT MAJU JAYA.....

Tuesday, November 23, 2010

Bersama rakan bergambar ketika Konvokesyen











Kuala Lumpur : Pada 20 November 2010 bertempat di PWTC,Penulis bersama rakan dianugerahkan Master of Education (MeD).Rakan bermula dari kiri ialah Tan Boon Taik,Penulis, Mohd Roslan dan Haji Wan Mazlan dan juga isteri yang sentiasa memberi dorongan.

Sunday, November 7, 2010

EKONOMI2 SKOR AC BAHAGIAN D

SKOR AC BAHAGIAN D

3.Jadual dibawah menunjukkan butiran wang dalam edaran, deposit semasa, separa wang Keluaran Dalam Negara Kasar benar dan Indeks Harga pengguna pada tahun 2005-2008 bagi sebuah negara.

TAHUN WANG DALAM EDARAN(RM) DEPOSIT SEMASA(RM) SEPARA WANG(RM) INDEKS HARGA PENGGUNA
2005 30166 96431 546238 103.4
2006 33501 108135 618665 103.9
2007 36247 132382 664159 105.8
2008 39102 163252 723757 110.3

a. Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan wang M1 ?.[1]
b. i.Hitung bekalan wang M1 pada tahun 2005 hingga 2008. [2]
ii. Hitung pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2006 hingga 2008. [2]
iii. Hitung kadar inflasi pada tahun 2006 hingga 2008 [2]
c. Apakah yang dimaksudkan dengan Teori Kuantiti Wang?. Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang ?. Jelaskan. [3]

4. Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan dalam sistem bank.Andaikan pada mulanya bank tidak mempunyai rizab berlebihan.

ASET (RM Juta) LIABILITI (RM Juta)
Rizab 1500 Deposit semasa 10000
Tunai 1000 Modal 2000
Pinjaman 7500
Pelaburan 2000
Jumlah 12000 Jumlah 12000

a. Hitung nisbah rizab [1]
b. Jika bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun kepada 20 %
i. Hitung rizab lebihan [2]
ii. Tunjukkan perubahan kunci kira-kira bagi bank perdagangan tersebut selepas nisbah rizab dikurangkan. [2]
c. i.Berapakah pertambahan bekalan wang yang diwujudkan oleh bank ini jika semua rizab berlebihan tersebut dipinjamkan [1]
ii.Apakah implikasi penurunan nisbah rizab kepada ekonomi [1]
d. Jika semua rizab berlebihan tersebut dipinjamkan,tunjukkan tiga peringkat proses penciptaan kredit di dalam sistem bank [3]

Wednesday, November 3, 2010

EKONOMI2 SKOR AC BAHAGIAN D

1.Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2005
Sektor 2002(‘000) 2003(‘000) 2004(‘000) 2005(‘000)
Utama 1452.0 1437.7 1487.3 1506.5
Kedua 2974.0 3073.5 2913.8 2893.7
Ketiga 5116.8 5358.6 5578.3 5645.2
Guna tenaga 9542.6 9869.7 9979.5 10045.4
Tenaga buruh 9886.2 10239.6 10346.2 10413.4
Jumlah penduduk 24527 25048 25581 26128

a.Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh ? [1]
b.Hitung kadar pertambahan tenaga buruh bagi tempoh tahun 2003 hingga 2005 [3]
c.Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2002 hingga 2005.Jelaskan sama ada Malaysia mencapai guna tenaga penuh. [3]
d.Terangkan arah aliran kadar pengguran di Malaysia bagi tahun 2002 hingga 2005.Jelaskan jawapan anda. [3]

2.Jadual di bawah menunjukkan data jumlah hasil,perbelanjaan pembangunan dan jumlah perbelanjaan bagi sebuah Negara pada tahun 2005 hingga 2008.

Tahun Jumlah Hasil(RM juta) perbelanjaan pembangunan(RM juta) Jumlah Perbelanjan (RM Juta)
2005 68775 31462 78261
2006 69210 15445 75760
2007 66810 18228 71812
2008 66465 13600 68380

a.Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan mengurus dan belanjwan kerajaan ? [2]
b.Hitungkan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2005 hingga 2008. [2]
c.i. Hitung belanjawan negar tahun 2005 ingga 2008 [2]
ii.Terangkan arah aliran belanjawan tersebut. [2]
d Apakah dasar belanjawan yang dijalankan pleh kerajaan ? Adakah dasar ini Berjaya ? [2]

Monday, November 1, 2010

SOALAN PERCUBAAN

Bahagian B Jawab lima soalan sahaja.

Huraikan tiga masalah yang dihadapi semasa menghitung pendapatan negara. [6 markah]

Tunjukkan secara gambar rajah, kesan cukai tetap dan perbelanjaan kerajaan dalam penentuan keseimbangan ekonomi negara melalui kaedah perbelanjaan agregat-penawaran agregat.[6 markah]

Jelaskan tiga ciri yang perlu ada pada suatu barang jika ia hendak diterima sebagai wang. [6 markah].

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi bank pusat sebagai bank kepada kerajaan. [6 markah].

Huraikan bagaimana dasar fiskal boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi lompang deflasi dengan berkesan. [6 markah].

Dengan berasaskan keadaan dalam dunia sebenar, terangkan kelemahan- kelemahan terus faedah berbanding. [6 markah]

Mengapakah terdapatnya halangan proses penciptaan kredit oleh bank-bank perdagangan? [6 markah]

Dengan menggunakan contoh berangka, bagaimanakah imbangan akaun semasa dapat disediakan? [6 markah)

Tuesday, October 26, 2010

HUTANG NEGARA BERTAMBAH

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen 25 Oktober 2010

Saturday, October 16, 2010

PRESTASI DAN CABARAN EKONOMI

Malaysia telah berjaya pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia berikutan langkah proaktif kerajaan dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah 67 bilion ringgit. Kejayaan langkah ini terbukti dengan:

a) KDNK berkembang kepada 9.5% bagitempoh separuh pertama 2010 berbanding -5% bagi tempoh sama tahun lalu.
b) prestasi ekonomi dunia, turut dijangka pulih pada kadar 4.8% berbanding -0.6% tahun 2009.
c) perdagangan antarabangsa, berkembang 11.4& berbanding -11& pada tahun 2009.

Sementara peringkat domestik penunjuk utama turut mempamerkan pertumbuhan ekonomi kukuh.
a) Indeks Komposit Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober 2010, antara tertinggi sejak Februari 2008.
b) Hasil Eksport bagi tempoh lapan bulan pertama 2010, meningkat sebanyak 22%
c) import 28% khususnya import barangan modal meningkat sebanyak 18%.

kedudukan ringgit semakin kukuh dengan,
a) kadar pertukaran bagi sedolar Amerika mencecah 3.0833 pada 14 Oktober 2010.
b) Rizab Antarabangsa negara kekal kukuh padu, berjumlah 310.8 billion ringgit @ 100.7 billion dolar Amerika pada 30 September 2010.
- mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh & 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.

Dengan perkembangan positif ini,
a) Kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada 7% berbanding 6% sebelumny.
b) peningkatan pengeluaran sektor pembuatan berkembang pada 10.8%, perkhidmatan 6.5%, pembinaan 4.9%
c) perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing 15.2% dan 6.7% serta eksport 11.6%.

BAGI TAHUN 2011

Perdagangan duunia dijangka sederhana sebanyak 4.2% dan 7%
Pertumbuhan ekonomi negara dijangka meningkat, pada kadar 5% - 6%
- Kerajaan berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 6%. Pertumbuhan ini didorong oleh:
* Pelaburan swasta sebanyak 10.2%
* Penggunaan swasta 6.3%
* Eksport 6.7%
* Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan berkembang 6.7%
* perkhidmatan 5.3%

- Pendapatan Per Kapita bertambah 6.1% kepada 28 ribu ringgit
- Pendapatan Per Kapita mengikut kuasa beli Pariti meningkat kepada 16 ribu dolar
Amerika.
* Unjuran ini mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada 2 - 3% dan
* kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5%.

Thursday, October 14, 2010

PRINSIP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM

EKONOMI MERUPAKAN PERKARA YANG TERPENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA & SEBAHAGIAN BIDANG ILMU YANG TERKANDUNG DALAM BIDANG SAINS SOSIAL.


Dalam Laporan Daya Saing Dunia berasaskan kajian institute for Management Development (IMD)di Switzeland menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-10 negara yang terbaik di dunia.(Ulasan dari Timbalan perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin)

Ahli sarjana Islam, Hasanuz Zaman, menggariskan ekonomi sebagai ilmu pengetahuan & penggunaan perintah dan peraturan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam perolehan & penggunaaan sumber alam - untuk memenuhi kepuasan manusia, membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah & kepada masyarakat seluruhnya.

Surtahman Kastin Hasan mengatakan bahawa ekonomi sebagai ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat dalam memperoleh, menggunakan atat menguruskan sumber alam untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan Allah.

Profesor Dr. yusuf Al-Qardhawi menjelaskan bahawa islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukan oleh kesukaran hidup dan perubutan makanan daripada mengenal Allah, menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan kekal abadi.

Abu urwah (2007) membincangkan secara ringkas beberapa asas ekonomi islam iaitu:
a) Allah memberikan kekayaan kepada makhluk-Nya dan Dia pemilik sebenar kepada segala kejadian seperti mana dalam (surah Luqman ayat 20)
.
b) Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperoleh di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang baik, sejahtera dan kekal abadi di akhirat kelak seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama-sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Bukhari)

c) Manusia tidak boleh mengabaikan kehidupan dan bahagiannya di dunia ini dan hendaklah berkerja sekuat-kuatnya untuk mendapatkan kebaikan didunia dengan cara yang paling adil dan dibenarkan oleh undang-undang sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-A'raaf ayat 32)

d) Manusia mestilah berlaku baik dan adil terhadap sesama manusia dan hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat serta membantu orang dalam kesempitan berdasarkan dalam(surah An-Nahl ayat 90).

e) Manusia tidak dibenarkan melakukan kerosakan di atas muka bumi milik Allah.

Thursday, September 30, 2010

MODUL KHAS SKOR A-C EKONOMI 2 STPM

MODUL KHAS SKOR A-C
EKONOMI 2
BAHAGIAN C

1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ?[2]
b. Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negara Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah Negara ? [4]
c. Huraikan dua alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar benar tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajikan ekonomi sesebuah Negara. [4]
2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertukar menjadi tiga sektor[10]
3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Kerajaan mengurangkan subsidi pengeluaran gula[5]
b.Kenaikan harga petrol[5]
4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank.[10]
5.a.Mengapakah perdagangan bebas semakin digalakkan pada masa kini.[4]
b.Terangkan bagaimanakah alasan berikut menyebabkan dasar perlindungan masih diamalkan
i.Menggalakan perkembangan industri muda [3]
ii. Mengatasi masalah deflasi[3]

MODUL KHAS SKOR A-C EKONOMI 2 STPM

MODUL KHAS SKOR A-C
EKONOMI 2

BAHAGIAN B
1.Terangkan matlamat makroekonomi yang ingin dicapai dalam sesebuah negara[6]
2.a.Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b.Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]
3.Dengan gambarajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan cukai sekaligus ke atas keseimbangan pendapatan Negara[6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikut analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS)[6]
5.Dengan menggunakan cotoh berangka, terangkan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum berdasar teori kuantiti wang [6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan ?
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal stagflasi[6]
7.Jelaskan faedah yang diperolehi oleh sesebuah Negara kesan daripada perdagangan
Antarabangsa[6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi[6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara.[6]
10.Huraikan bagaimana faktor yang berikut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah
Negara
a.Peningkatan stok modal[2]
b.Peningkatan kualiti buruh[2]
c.Dasar kerajaan[2]

Sunday, August 22, 2010

SOALAN ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN

SOALAN ULANGKAJI

1.Terangkan tiga matlamat makroekonomi [6]
2.Terangkan tiga dasar makroekonomi [6]
3.Dengan bantuan jadual terangkan nilai ditambah [6]
4.Terangkan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kerajaan [6]
5.Terangkan tujuan permintaan wang mengikut teori keynes [6]
6.Dengan menggunakan AD-AS, terangkan kesan kemelesetan ekonomi berlaku [6]
7.Terangkan bagaimana sesebuah negara dapat menikmati faedah berbanding [6]
8.Terangkan bagaimanakah dasar devaluasi dilaksanakan [6]
9.Dengan bantuan jadual terangkan proses perciptaan kredit [10]
10.Terangkan faktor yang mempengaruhi perdagangan angtarabangsa dan sebab dasar perlindungan dilksanakan [10]

Thursday, August 19, 2010

KDNK BERKEMBANG

EKONOMI MALAYSIA BERTAMBAH BAIK

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dipacu oleh permintaan domestik dan luaran yang kukuh. Ia bagaimanapun sedikit berkurangan berbanding pertumbuhan 10.1 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

Dengan perkembangan itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi enam bulan pertama tahun ini dicatatkan pada kadar 9.5 peratus.

Katanya, permintaan domestik pula berkembang pada kadar 9 peratus berbanding hanya 5.3 peartus pada suku pertama.

Menurut Zeti, pencapaian itu mencerminkan ekonomi Malaysia dalam landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan tinggi melebihi 6.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini.

Kesan krisis kewangan global 2008-2009 menyaksikan ekonomi Malaysia menguncup sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebelum pulih dengan catatan pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2009.

Sunday, August 15, 2010

WACANA ILMU














Bertempat di Hotel Seri Malaysia Marang,pada 12-14 Ogos 2010,SMK.Belara telah mengadakan wacana ilmu pelajar Pra Universiti.
Tidak ketinggalan juga slot mata pelajaran ekonomi turut diadakan pada 14 Ogos 2010. Mata pelajaran ekonomi 2 disampaikan oleh penulis sendiri dan mata pelajaran ekonomi 1 disampaikan oleh En.Jamsari daripada SMK.Bukit Besar.
Dalam ceramah ekonomi 2,penulis banyak menekankan kepada strategi dan teknik menjawab ekonomi 2 dan fokus kepada tajuk perdagangan angtrabangsa.

Tuesday, August 3, 2010

Lebihan dagangan Jun berjumlah RM6.04 bilion

Berita harian 03/08/2010


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM6.04 bilion pada Jun 2010, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-152 bulan berturut-turut sejak November 1997.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah eksport pada Jun 2010 ialah RM52.83 bilion, mencatatkan kenaikan 17.2 peratus berbanding Jun 2009 sementara import mengembang 30.1 peratus kepada RM46.79 bilion.

Jumlah perdagangan mengukuh 22.9 peratus kepada RM99.62 bilion daripada setahun yang lalu.

Untuk tempoh enam bulan daripada Januari hingga Jun 2010, jumlah dagangan meningkat 28.9 peratus kepada RM569.31 bilion, dengan eksport menambah kepada RM315.83 bilion sementara import naik 32.5 peratus kepada RM253.48 bilion, menyaksikan lebihan perdagangan berjumlah RM62.36 bilion.

Berbanding dengan Mei 2010, eksport pada Jun 2010 meningkat 1.1 peratus sementara import meningkat enam peratus dan jumlah dagangan lebih tinggi sebanyak 3.3 peratus.

Mustapa berkata, jumlah dagangan pada suku kedua 2010 ialah RM290.82 bilion, peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding suku pertama 2010.

Eksport dalam suku kedua 2010 turun 1.0 peratus kepada RM157.13 bilion daripada suku pertama 2010 sementara import mengembang 11.6 peratus kepada RM133.70 bilion.
Beliau berkata, peningkatan dalam eksport adalah daripada pelbagai barangan, terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair (LNG), kimia dan bahan kimia, barangan optik dan saintifik, minyak kelapa sawit, barangan perkilangan logam, petroleum mentah, getah mentah dan keluaran getah.

Eksport ke Asean untuk bulan kajian berjumlah sehingga RM12.97 bilion, naik tujuh peratus daripada setahun yang lepas dan menguasai 24.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Jun.

Eksport terutamanya ialah produk E&E, barangan perkilangan logam, barangan optik dan saintifik serta jentera, perkakasan dan peralatan menyumbang kepada peningkatan ini.

Jumlah import mengukuh 30.1 peratus kepada RM46.79 bilion tahun-atas-tahun terutamanya disebabkan oleh peningkatan import barang pengantara dan modal, kata menteri itu.

Tiga kategori utama mengikut penggunaan akhir ialah barang pengantara yang bernilai RM32.63 bilion atau 69.7 peratus daripada jumlah import, barang modal pada RM6.42 bilion atau 13.7 peratus daripada jumlah import dan barang penggunaan RM3.04 bilion atau 6.5 peratus daripada jumlah import.

ASEAN menguasai RM13.05 bilion atau 27.9 peratus daripada jumlah import Malaysia pada Jun 2010. - BERNAMA

SOALAN ULANGKAJI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

SOALAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara yang lain.[6]
2.Terangkan tiga langkah kerajaan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah defisit dalam imbangan perdagangan dan masalah kadar pengangguran yang tinggi yang berlaku secara serentak.[6]
3.Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara mengamalkan dasar perlindungan. [6]
4.Jelaskan kesan terhadap nilai Ringgit Malaysia (RM) jika
a.Singapura menurunkan tarif atas barang keluaran Malaysia,[2]
b.Malaysia menggalakkan kemasukan pelaburan firma asing,[2]
c.Amerika Syarikat mengalami kemelsetan ekonomi[2]
5.
a.“Imbangan pembayaran defisit boleh disebabkan oleh akauan semasa atau akaun modal.’Terangkan. [6]
b. Huraikan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit. [4]
6.Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa.[10]

Monday, July 19, 2010

STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM





STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB EKONOMI STPM


Bertempat di Hotel Apartment Sumai Kuala Terengganu, SMK.Bukit Tungggal telah mengadakan Kem Strategi dan Teknik menjawab mata pelajaran STPM 2010.
Bagi mata pelajaran Ekonomi strategi dan teknik menjawab Ekonomi telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mokhtar (Guru Cemerlang Ekonomi) daripada SMK.Panji Alam.Dalam ceramah, beliau mengingatkan palajar supaya menganalisis soalan peperiksaan STPM tahun-tahun lepas. Ini kerana menurut beliau,soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan sentiasa mempunyai kesamaan atau hampir sama bentuk soalan yang dikemukakan pada tahun sebelumnya.
Beliau juga mengingatkan pelajar juga,supaya sentiasa membuat soalan latihan yang diberi oleh guru dan latih tubi berterusan berdasarkan soalan tahun lepas.Bagi pelajar yang telah mengikuti kem kem mata pelajaran sebelum ini,sama ada dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri, pelajar hendaklah sentiasa mengulang semula modul atau latihan yang diberikan secara berterusan.
Jika pelajar sentiasa mengamalkan ini semua, sudah tentu senang bagi seseorang pelajar untuk mendapat cemerlang dalam mata pelajaran Ekonomi iaitu A.

Saturday, July 17, 2010

KEM TUTORIAL STPM PPD KUALA TERENGGANU

KEM TUTORIAL EKONOMI

Bermula 15 hingga 17 Julai 2010,Kem Tutorial STPM PPD Kuala Terengganu telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Teknik Lapatangan Kuala Terengganu..
Bagi matapelajaran Ekonomi 4 orang fasilatator telah menyumbang tenaga dan ilmunya bagi membantu pelajar sekolah menengah Kuala Terengganu untuk mempertingkatkan pencapaian dalam peperiksaan nanti.Fasilatator Ekonomi diketuai oleh Tn.Hj.Wan Mokhtar(SMK.Panji Alam),En.Mohd Jamsari(SMK.Bt.Besar),En.Mohamad Ridhuan(SMK.Ibrahim Fikri)dan En.Zakaria Sulong (SMK.Bukit Tunggal).
Sekalung tahniah dan syabas kem tutorial bagi mata pelajaran ekonomi dapat diadakan dengan jayanya dengan kesungguhan fasilatator dan kerjasama pelajar yang baik.

KEM STRATEGI & TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS SPM



PADA 17 Julai 2010, Satu kem strategi dan teknik menjawab ekonomi telah diadakan di bilik mesyuarat SMKBT yang disampaikan oleh penceramah En. Roslan bin Ismail. merupakan ketua pemeriksaan kertas ekonomi asas peringkat Negeri Terengganu.

Semoga pelajar mendapat manfaat dan berjaya dalam peperiksaan yang akan ditempuhi.

Friday, July 16, 2010

KENAIKAN HARGA GULA, DIESEL DAN PETROL

kabinet telah memutuskan bahawa:
a) harga gula akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram,
b) harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter
c) gas memasak LPG (10 sen sekilogram.
d) harga petrol akan diapungkan secara terkawal

Ini bermakna harga gula di pasaran akan dijual RM1.90 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter

keputusan tersebut dibuat bagi merasionalisasikan subsidi kerajaan.

b.harian (16/7/2010)

Apa komen anda..dan apakah kesan kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat

Wednesday, July 14, 2010

4 CABARAN UNTUK PACU EKONOMI

4 cabaran untuk pacu ekonomi ialah:
i)merealisasikan matlamat model baru ekonomi (MEB)
- negara perlu memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM115 bilion setahun untuk memastikan pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi enam peratus sepanjang lima tahun pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
- Perlu mengambil tindakan proaktif untuk merangsang semua pihak.
- mewujudkan iklim pelaburan yang berdaya saing di peringkat global

ii)mengurus sasaran makro
- mengurangkan defisit negara daripada tujuh peratus kepada 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

iii)menangani masalah dalam sturuktur ekonomi
- cara untuk merasionalkan subsidi tanpa menyusah dan terlalu membebankan rakyat.
- cara untuk mendapatkan asas hasil daripada pendapatan hasil yang tidak begitu meluas.

iv) menerapkan nilai-nilai positif dalam pengurusan kewangan negara.
- berbelanja secara berhemah.
- menentukan sistem pemeolehan yang lebih kompetitif dan telus.
- mengelakkan pembaziran di semua peringkat pentadbiran


ekoran daripada kemelesatan ekonomi negara menghadapi masalah pengangguran mencecah 10%.


DDipetik daripada Berita Harian, 14 july 2010.

Tuesday, May 25, 2010

LATIHAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1.Terangkan perbezaan diantara KNK dengan KDNK, KNKhf dengan KNKhp dan KNK benar dengan KNK nominal
2.Terangkan dasar makro ekonomi.
3. Terangkan bagaimanakah terbentuknya keluk permintaan aggregat
4. Dengan batuan gambarajah AD-AS,Terangkan kesan pertambahan perbelanjaan kerajaan
5. Terangkan kritikan Keynes terhadap teori kuantiti wang Fisher.
6.Dengan menggunakan AE-AS terangkan apabila kadar bunga meningkat dan apabila kadar cukai turun
7.Dengan bantuan gambarajah terangkan kesan pertambahan bekalan wang terhadap kadar bunga,pelaburan dan pendapatan Negara
8. Terangkan bagaimana langkah kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran dalam sesebuah ekonomi

Sunday, April 18, 2010

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Cuba jawab soalan Tajuk 3 ini.
BAHAGIAN B
1.a)Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor?[2]
(b)Jelaskan kesan terhadap aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor apabila wujud campur tangan kerajaan dalam konomi.4]
2.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor ditentukan berdasarkan pendekatan perbelanjaan agregat – penawaran agregat.[6]
3.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pelaburan.[6]
4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda?[2]
(b)Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai pengganda ekonomi dua sektor dihitung.[4]
5.Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.[6]
6.Terangkan kesan terhadap keluk permintaan agregat (AD) atau keluk penawaran agregat (AS) apabila berlaku
(a)Peningkatan pelaburan autonomi.[2]
(b)Peningkatan eksport bersih.[2]
(c)Peningkatan teknologi.[2]
7.(a) Lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat(AS).[6]
8.a)Takrifkan keluk penawaran agregat).[2]
(b)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan swasta terhadap keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS). [4]

Wednesday, April 14, 2010

KEM PERSATUAN EKONOMI PULAU KAPAS

Selamat datang...
kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran ekonomi SMK.Bukit Tunggal ke Kem persatuan ekonomi selama dua hari bertempat di Pulau Kapas Marang..
Semoga pelajar akan dapat manafaat terbaik daripada Kem tersebut. Ambillah peluang semasa kem tersebut berkongsi maklumat mengenai kecemerlangan mata pelajaran ekonomi .Kerana yang mengendalikan Kem tersebut ialah 4 orang pelajar SMKBT yang mendapat A dalam mata pelajaran Ekonomi STPM..anda adalah orang yang bertuah..Gunakan sebaiknya peluang itu nanti.

Tuesday, April 13, 2010

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATN DALAM EKONOMI 2SEKTOR

"Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor
Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.

Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.



Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).
Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).
Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan)."

Saturday, April 10, 2010

Makroekonomi STPM: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

Makroekonomi STPM: Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara: "Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)
Konsep Kaedah Perbelanjaan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :
Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)
Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)
Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)
Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)
Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)
Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import
Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
YB = YL − BL
Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)

KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB"

Thursday, March 25, 2010

PENDAPATAN NEGARA

BAHAGIAN B
1.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan negara?[2]
(b)Dengan menberikan contoh, jelaskan perbezaan maksud antara Keluaran Negara Bersih pada harga pasar dengan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor.[4]
2.Dengan menggunakan contoh, jelaskan perbezaan maksud Keluaran Dalam Negara Kasar, Keluaran Negara Kasar, dan Keluaran Negara Bersih.[6]
3.Dengan menggunakan contoh sesuai, huraikan bagaimana konsep nilai ditambah digunakan dalam menghitung pendapatan negara. [6]
4.Huraikan bagaimana Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasar dihitung di Malaysia berdasarkan kaedah perbelanjaan[6]
5.Huraikan tiga kelemahan untuk menggunakan data pendapatan negara bagi membandingkan pendapatan antara negara.[6]
6.Huraikan tiga keadaan yang menyebabkan pendapatan per kapita gagal berfungsi sebagai alat yang baik untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara negara. [6]
7.Apakah maklumat–maklumat penting yang dapat diperoleh daripada data Pendapatan Negara?[6]
8.Huraikan tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara.[6]

Saturday, March 13, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

• Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

• Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

• Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

• Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

• Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

Thursday, February 25, 2010



TAHNIAH !!!
KEPADA NURUL FATIHAH DAN ALWANI
kerana memperolehi A dalam ekonomi STPM
kelulusan ekonomi pun naik kepada 81.5%

Cikgu bangga dengan kejayaan mu..

Monday, January 18, 2010

FORMAT DAN KAEDAH MENJAWAB EKONOMI STPM

FORMAT PEPERIKSAAN STPM

BAHAGIAN A
30 SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA
BAHAGIAN B – ESEI RINGKAS
LAPAN SOALAN – JAWAB 5 SOALAN
BAHAGIAN C – ESEI PANJANG
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN
BAHAGIAN D – KUANTITATIF
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN

Bahagian A (Objektif)
30 Soalan–jawab semua
Masa 1jam : 1 soalan = 2 minit

Bahagian B (Esei ringkas)
8 soalan pilih 5 sahaja
Masa 1 jam : 1 soalan = 10 minit

Bahagian C (Esei Panjang)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Bahagian D (Kuantitatif)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Panduan menjawab bahagian A

• Pastikan jawapan yang dipilih.
• Jangan buang masa dengan soalan sukar.
• Beralih kepada soalan mudah.
• Jika ada dua pilihan, ` cuba dan teka`
• ingat: masa hanya 2 minit satu soalan.

Panduan menjawab bahagian B

• Pilih 5 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 10 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..hanya 6 markah sahaja …fikirkan banyak mana isi
perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah

Panduan menjawab bahagian C

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah. [10 M]
• Fikirkan banyak mana isi perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah,Tetapi boleh membuat untuk menunjukkan
kemantangan menghasilkan idea ekonomi

Panduan menjawab bahagian D

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..[10 markah]
• Perlu tunjukkan rumus dan contoh kira.
• Unit-unit kiraan (RM, unit, orang, kg) mesti diberi.
• Rajah dilukis mengikut kehendak soalan. Labelkan paksi

Monday, January 4, 2010

EKONOMI DIJANGKA KEMBALI POSITIF, KATA DELOITTE

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ini dan suku seterusnya dijangka kembali positif tahun atas tahun, menurut laporan penyelidikan oleh Deloitte.

Dengan rangsangan fiskal dan kewangan yang berterusan dan eksport yang akan semakin baik, pemulihan diunjurkan lebih kukuh daripada jangkaan, kata firma itu dalam laporan "Unjuran Ekonomi Asia Pasifik" yang dikeluarkan Rabu.

Laporan tentang Malaysia berkata dalam jangka panjang, prestasi dijangka bergantung kepada kemampuan ekonomi membuat perubahan struktur yang diperlukan.

"Malaysia, yang bercita-cita menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, jelas menuju ke arah pemulihan," katanya.

"Untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dijangka memerlukan kadar pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus, sungguhpun anggaran ini berubah mengikut tahun," kata laporan itu.

"Bagaimanapun, ekonomi dijangka mengecut di antara dua dan tiga peratus tahun ini dan akan menunjukkan pertumbuhan melebihi empat peratus tahun depan," katanya.

Sungguhpun pertumbuhan suku atas suku telah menunjukkan pemulihan yang pesat, ekonomi masih berada pada paras yang lebih rendah berbanding tahun lepas, kata laporan itu.

"Bagaimanapun, terdapat petunjuk bahawa pemulihan akan terus mengukuh pada suku ini kerana pada Oktober, eksport telah meningkat tahun atas tahun buat pertama kalinya tahun ini," katanya.

"Peningkatan 1.6 peratus didorong pemulihan pada kebanyakan pasaran eksport sunggunpun kebanyakannya dari negara-negara Asean dan China," katanya.

Laporan itu berkata, pada bulan-bulan akan datang, minyak mentah dan gas cecair asli akan mendapat faedah daripada pengukuhan harga dan minyak sawit akan meningkat sejajar dengan harga minyak mentah.

"Permintaan bagi minyak sawit dijangka kekal kukuh dan harga-harga yang meningkat akan menjana lebih pendapatan bagi pengeksport," katanya.

Menurut laporan itu, harga makanan yang meningkat pada Oktober dan harga tenaga akan lebih kukuh dengan ekonomi global yang kian pulih, yang akan membawa kepada inflasi ringan tahun depan.

"Pada jangka masa panjang, bagaimanapun, prestasi ekonomi negara bergantung kepada kemampuan ekonomi membuat perubahan struktur yang diperlukan," katanya.

"Ciri utama adalah kebolehan untuk menarik pelaburan asing swasta, terutamanya pada sektor perkhidmatan," katanya.

Beberapa langkah yang diumumkan baru-baru ini, seperti penghapusan peraturan untuk menawarkan pegangan ekuiti kepada Bumiputera dalam banyak subsektor, telah direka ke arah ini, kata laporan itu.

"Malaysia juga meninjau peluang untuk menarik pelaburan dari China dan Singapura, selain mengukuhkan hubungan dagangan dengan negara-negara ini," katanya.

Deloitte menawarkan perkhidmatan audit, cukai, rundingan dan nasihat kewangan.

Sunday, January 3, 2010

SOALAN ULANGKAJI TOPIK 1

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar Negaranakan penawaran dan kadar bunga unruk menstabilkan infalasi dan kemelesatan ekonomi

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI



InsyaAllah....Tahun ini blog cgzekonomi akan menjadi lebih mantap dan bermakna kepada semua pelajar yang mengambil STPM 2010..Oleh itu saya mengharapkan semua pelajar dapat mengikuti perkembangan dari semasa kesemasa.

Tanamkan azam yang bersungguh-sungguh untuk mempastikan mata pelajaran ekonomi itu menjadi senang dan dapat skor dalam pepriksaan..Semoga anda berjaya...