.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, October 25, 2009

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2 STPM 2009

BAHAGIAN B
1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan penadapatan perkapita
b.Terangkan kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara [6]
2.a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]
3.Dengan gambarajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan cukai sekaligus ke atas keseimbangan pendapatan Negara [6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikuty analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS) [6]
5.Apakah yang dimasksudkan dengan nilai wang ? Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nialai wang diukur [6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan ?
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal Inflasi[6]
7.Jelaskan faedah yang diperolehi oleh sesebuah Negara kesan daripada perdagangan Antarabangsa [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi [6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara. [6]
10. a.Berikan maksud globalisasi
b.Huraikan kesan positif globalisasi kepada pertumbuhan ekonomi [6]

Saturday, October 24, 2009

Inti Pati Bajet 2010

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI * Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan meneydiakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

* Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

* Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014.

* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara

* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP

Friday, October 23, 2009

RENUNGAN

“Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak
cemerlang pun apa kurangnya”

Kedua-duanya sama susah. Sebagaimana hendak berbuat jenayah, ia sama susah dengan hendak berbuat jasa. Seorang penjenayah terpaksa bersembunyi dengan susahnya tatkala melakukan jenayahnya. Seorang dermawan terpaksa berusaha keras mencari lebihan harta untuk menyalurkan bantuan, itu juga susah. Namun, susah seorang penjenayah mendatangkan bahaya dan bala, sedangkan susah seorang dermawan mendatang pahala dan laba.

Untuk jatuh ke dalam longkang, itu payah. Kena cari longkang dan kena pura-pura tidak berupaya melebarkan langkah. Maka jatuhlah ke dalam longkang. Untuk melompati longkang, itu pun payah. Setelah mencari longkang kena ukur keupayaan sama ada mampu melangkah atau sebaliknya. Kalau mampu teruskan saja, kalau tidak binalah titi. Itu susah tapi berbaloi sebab selamat dan bakal memudahkan ramai orang.

Untuk berjaya atau gagal itu sama susah. Maka pilihlah berjaya sebab berjaya hasilnya lumayan. Ramai orang tidak kuat berusaha kerana menyangka untuk berjaya itu amat susah. Sebenarnya untuk gagal ada kalanya lebih susah.

Ketika perompak merangka strategi rompakannya, mereka bukan setakat mengkaji lokasi, malah mungkin juga psikologi mangsa dan matematik berasaskan logik dan kreatif. Bukan sehari, kadang-kadang hingga berminggu-minggu. Pelbagai kemungkinan dirangka, pelbagai cara dan taktik difikirkan. Mereka juga tentu telah bersusah payah untuk mendapatkan senjata api.

Setiap perbuatan jahat menempa risiko yang amat besar. Kalau pun berjaya, mudahkah hasil rompakan itu dibelanjakan? Hidup dalam ketakutan, tidak lagi mengenal erti merdeka, apakah itu nikmat?

Seorang pahlawan apabila berjaya dalam tugasnya, lalu dia mendapat pujian raja serta diberikan pangkat. Kejayaan pahlawan ini tidak mudah diterima oleh semua orang, terutama pahlawan lain yang sama kedudukan dengannya. Merasakan dirinya terpinggir dia merancang sesuatu apabila tiba masanya nanti.

Masa yang dinanti itu pun tiba. Suatu hari raja memerintahkan kedua-dua pahlawan berkenaan mengetuai pasukan pergi memerangi pemberontak di sempadan. Kesempatan ini diambil oleh pahlawan yang memusuhinya untuk melaksanakan satu rancangan jahat.

Akhirnya, di medan pertempuran, mereka bukan berperang dengan musuh tetapi berperang sesama sendiri. Setelah kedua-duanya tercedera dengan teruk dan akhirnya tertawan barulah mereka sedar, pangkat dan pujian tidak berguna lagi dalam keadaan begitu.

Bukankah baik sekiranya mereka berjuang bersama-sama dan akhirnya kembali membawa kemenangan dan menjulang pujian daripada bersama-sama menanggung penghinaan sebagai tawanan perang.

Dalam hal demikian, kedua-dua pahlawan adalah bersalah. Mendapat pujian dan menerima sanjungan raja itu penting tetapi di medan pertempuran hal itu bukan utama. Yang lebih patut adalah kemenangan dan pulang dengan kemuliaan. Bukankah lagi baik berjaya dalam peperangan daripada gagal dalam peperangan? Siapa yang menjadi pemimpin tidak penting, siapa yang patut dipuji juga tidak penting, siapa yang bakal diarak mengelilingi kota juga tidak penting, yang penting pulang dengan selamat.

Sesungguhnya untuk gagal dan untuk berjaya itu sama susah. Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita membina kecemerlangan dan kegemilangan. Jika mereka berjaya anda turut berjaya, jika mereka gagal anda lebih dulu gagal. Pilihan terletak di tangan anda sendiri.

Wednesday, October 21, 2009

RENUNGLAH...

Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Tuesday, October 20, 2009

MODUL KHAS SKOR A-C/RAMALAN

BAHAGIAN B
1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan penadapatan perkapita
b.Terangkan kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara [6]
2.a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]
3.Dengan gambarajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan cukai sekaligus ke atas keseimbangan pendapatan Negara [6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikuty analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS) [6]
5.Apakah yang dimasksudkan dengan nilai wang ? Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nialai wang diukur [6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan ?
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal Inflasi[6]
7.Jelaskan faedah yang diperolehi oleh sesebuah Negara kesan daripada perdagangan
Antarabangsa [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi [6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara. [6]
10. a.Berikan maksud globalisasi
b.Huraikan kesan positif globalisasi kepada pertumbuhan ekonomi [6]

BAHAGIAN C
1.Terangkan bagaimanakah Negara Malaysia mengira pendapatan Negara ? [10]

2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sector dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertkar menjadi tiga sektor [10]

3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Kejatuhan dalam kadar bunga [5]
b.Kenaikan harga petrol [5]

4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank. [10]

5.Dengan bantuan gambarajah yang sesuai,jelaskan kesan ke atas tingkat kadar bunga, aktiviti pelaburan dan pendapatan Negara,apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengucup [10]

Monday, October 19, 2009

BERITA EKONOMI

PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN (19/10/2009)

Ekonomi dijangka pulih tahun depan


KUALA TERENGGANU: Ekonomi negara dijangka pulih dan mencatat pertumbuhan positif mulai tahun depan dengan menyandarkan kepada angka tunjuk ekonomi global yang dalam arah aliran pemulihan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, berkata pemulihan ekonomi akan membawa kemakmuran kepada negara yang turut diterjemahkan menerusi peningkatan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Dalam suku pertama dan kedua tahun ini, ekonomi negara menguncup seiring dengan situasi global. Bagaimanapun, pengucupan pada suku kedua lebih kecil iaitu 3.9 peratus berbanding enam hingga tujuh peratus pada suku pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kedua di sini, semalam.

Seramai 568 graduan yang mengikuti pengajian tiga tahun di KIST Induk di Bachok menerima diploma masing-masing.

Awang Adek berkata, tidak dinafikan dalam keadaan ekonomi yang lembap, ramai yang berhadapan dengan masalah diberhentikan kerja, namun keadaan itu hanya bersifat sementara.

“Apabila ekonomi pulih, pelaburan bertambah, sudah tentu peluang pekerjaan akan wujud. Mereka yang diberhentikan itu akan diambil semula bekerja," katanya.

Katanya, negara mengalami kekurangan eksport yang agak ketara iaitu kira-kira 20 peratus dan apabila kilang-kilang ini kembali beroperasi tahun depan, majikan akan kembali mengambil pekerja.

Beliau berkata, kerajaan juga banyak mengadakan program latihan dan kemahiran untuk mereka yang diberhentikan kerja.

"Sebenarnya di negara ini kerja memang banyak, cuma ada antara kita yang suka memilih kerja.

“Peluang kerja begitu banyak di sektor perladangan dan restoran tetapi kebanyakannya tidak diminati pekerja kita," katanya.

Tuesday, October 13, 2009

KATA - KATA MUTIARA

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius