.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Wednesday, December 30, 2009

GAGAL TERAP ETIKA NIAGA PUNCA KRISIS EKONOMI

DATE: 29 DEC 2009
MEDIA TITLE: BERITA HARIAN
PAGE NO: 24

Kegagalan menerapkan sepenuhnya amalan etika perniagaan yang baik menjadi antara penyebab kepada pelbagai punca yang membawa kepada krisis ekonomi global yang baru berlalu.Pensyarah di Fakulti Perakäunan Universiti Teknologi Mara UiTM Profesor Dr Syed Noh Syed Ahmad, berkata meskipun dunia sudah menyedari mengenai kesan buruk ke atas ekonomi yang berpunca daripada amalan tidak beretika itu, ia tetap berulang kerana perkara itu tidak diberikan penekanan sewajarnya dalam sesebuah komuniti perniagaan.

"Kegagalan menerapkan etika perniagaan adaiah satu daripada punca kepada krisis
ekonomi global. Mungkin iabukan satu penyebab unik namun ia pasti menjadi punca
utama yang memburukkan lagi krisis ekonomi semasa",katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk "Etika Haluan Seterusnya dari Krisis Ekonomi Global" pada persidangan antarabangsa pertama mengenai kewangan perniagaan dan perakaunan anjuran Universiti Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur semalam.

Syed Noh berkata penerapan nilai etika termasuklah etika perniagaan, harus diajar dari rumah manakala institusi pengajian tinggi dan golongan pendidik pula perlu
memperkukuhkannya.

"Menerapkan nilai etika asas seperti kejujuran, menjaga peribadi, memberi perhatian kepada orang lain, hormat kepada pihak berkuasa, dan kesedaran sivik harus menjadi
keutamaan dalam sesebuah keluarga", katanya.

Saturday, December 19, 2009

EKONOMI MALAYSIA

MATA WANG: 1 Ringgit = 100 sen

Tahun kewangan: Tahun kalendar
Pertubuhan perdagangan: APEC, ASEAN, WTO

Statistik [1]

Posisi KDNK: ke-29

KDNK: AS$397.5 bilion (anggaran 2008)
Pertumbuhan KDNK: 4.6% (2008)
KDNK per kapita: AS$15,700 (anggaran 2008)
KDNK berdasarkan sektor:
pertanian: 9.7%, industri: 44.6%, perkhidmatan: 45.7% (anggaran 2008)
Inflasi: 5.8% (anggaran 2008)
Penduduk di bawah garis kemiskinan: 3.5% (anggaran 2007)
Guna tenaga pekerja: 11.2 juta (anggaran 2008)
Guna tenaga pekerja berdasarkan pekerjaan:
pertanian: (13%), industri: (36%), perkhidmatan: (51%) (anggaran 2005)

Pengangguran: 3.7% (anggaran 2008)

Industri utama:
Semenanjung Malaysia - pemprosesan dan pengeluaran getah dan minyak kelapa sawit, industri pembuatan ringan, elektronik, perlombongan dan peleburan bijih timah, pembalakan dan pemprosesan kayu balak

Sabah - Perladangan kelapa sawit, pelancongan, pengeluaran petroleum, pembalakan

Sarawak - pemprosesan pertanian, pengeluaran dan penapisan petroleum, pembalakan
Rakan dagang [2]

Eksport AS$195.7 bilion (anggaran 2008)
Rakan dagang utama Amerika Syarikat 15.6%, Singapura 14.6%, Jepun 9.1%, China 8.8%, Thailand 5%, Hong Kong 4.6% (2007)
Import AS$156.2 bilion (anggaran 2008)
Rakan dagang utama Jepun 13%, China 12.9%, Singapura 11.5%, Amerika Syarikat 10.8%, Taiwan 5.7%, Thailand 5.3%, Korea Selatan 4.9%, Jerman 4.6%, Indonesia 4.2% (2007)
Kewangan [3]

Hutang 42.7% drp KDNK (anggaran 2008)
Perolehan AS$44.32 bilion (anggaran 2008)
Perbelanjaan AS$55.01 bilion (anggaran 2008)
Bantuan ekonomi AS$31.6 juta (2005)

Wednesday, December 9, 2009

SELAMAT BERCUTI..




Harap semua dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan..Kalau ada yang tidak boleh buat tawakkal je lah..semoga dipermudahkan markah untuk kita..

Thursday, November 19, 2009

RAMALAN EKONOMI 2 BAHAGIAN D

BAHAGIAN D

1.Soalan berkaitan tenaga buruh, pengangguran, guna tenaga, pengiraan kadar pertumbuhan

2.Wang m1 dan m2, kadar pertumbuhan wang

3.Belanjawan kerajaan.Hasil dan perbelanjaan.kirakan

4.Imbangan pembayaran, Imbangan dagangan, akaun perkhidmatan

RAMALAN EKONOMI 2 BAHAGIAN C

BAHAGIAN C
1.Terangkan bagaimanakah Negara Malaysia mengira pendapatan Negara ? [10]

2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sector dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertkar menjadi tiga sektor [10]

3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Kejatuhan dalam kadar bunga [5]
b.Kenaikan harga petrol [5]

4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank. [10]

5.Dengan bantuan gambarajah yang sesuai,jelaskan kesan ke atas tingkat kadar bunga, aktiviti pelaburan dan pendapatan Negara,apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengucup [10]

Tuesday, November 3, 2009

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.


“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)


Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Sunday, November 1, 2009

RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya;

• 250 gm Daya usaha
• 100 gm Kesabaran
• 100 gm Keimanan
• 190 gm Keinsafan
• 150 gm Pengorbanan
• 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
• 8 sudu the rasa tanggungjawab
• 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

SELAMAT BERGRADUASI PELAJAR TINGKATAN ENAM SMKBT 2009






MAJLIS GRADUASI SMKBT 2009 DI HOTEL FELDA RESIDENCE,KUALA TERENGGANU


Sunday, October 25, 2009

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2 STPM 2009

BAHAGIAN B
1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan penadapatan perkapita
b.Terangkan kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara [6]
2.a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]
3.Dengan gambarajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan cukai sekaligus ke atas keseimbangan pendapatan Negara [6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikuty analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS) [6]
5.Apakah yang dimasksudkan dengan nilai wang ? Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nialai wang diukur [6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan ?
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal Inflasi[6]
7.Jelaskan faedah yang diperolehi oleh sesebuah Negara kesan daripada perdagangan Antarabangsa [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi [6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara. [6]
10. a.Berikan maksud globalisasi
b.Huraikan kesan positif globalisasi kepada pertumbuhan ekonomi [6]

Saturday, October 24, 2009

Inti Pati Bajet 2010

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI * Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan meneydiakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

* Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

* Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014.

* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara

* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP

Friday, October 23, 2009

RENUNGAN

“Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak
cemerlang pun apa kurangnya”

Kedua-duanya sama susah. Sebagaimana hendak berbuat jenayah, ia sama susah dengan hendak berbuat jasa. Seorang penjenayah terpaksa bersembunyi dengan susahnya tatkala melakukan jenayahnya. Seorang dermawan terpaksa berusaha keras mencari lebihan harta untuk menyalurkan bantuan, itu juga susah. Namun, susah seorang penjenayah mendatangkan bahaya dan bala, sedangkan susah seorang dermawan mendatang pahala dan laba.

Untuk jatuh ke dalam longkang, itu payah. Kena cari longkang dan kena pura-pura tidak berupaya melebarkan langkah. Maka jatuhlah ke dalam longkang. Untuk melompati longkang, itu pun payah. Setelah mencari longkang kena ukur keupayaan sama ada mampu melangkah atau sebaliknya. Kalau mampu teruskan saja, kalau tidak binalah titi. Itu susah tapi berbaloi sebab selamat dan bakal memudahkan ramai orang.

Untuk berjaya atau gagal itu sama susah. Maka pilihlah berjaya sebab berjaya hasilnya lumayan. Ramai orang tidak kuat berusaha kerana menyangka untuk berjaya itu amat susah. Sebenarnya untuk gagal ada kalanya lebih susah.

Ketika perompak merangka strategi rompakannya, mereka bukan setakat mengkaji lokasi, malah mungkin juga psikologi mangsa dan matematik berasaskan logik dan kreatif. Bukan sehari, kadang-kadang hingga berminggu-minggu. Pelbagai kemungkinan dirangka, pelbagai cara dan taktik difikirkan. Mereka juga tentu telah bersusah payah untuk mendapatkan senjata api.

Setiap perbuatan jahat menempa risiko yang amat besar. Kalau pun berjaya, mudahkah hasil rompakan itu dibelanjakan? Hidup dalam ketakutan, tidak lagi mengenal erti merdeka, apakah itu nikmat?

Seorang pahlawan apabila berjaya dalam tugasnya, lalu dia mendapat pujian raja serta diberikan pangkat. Kejayaan pahlawan ini tidak mudah diterima oleh semua orang, terutama pahlawan lain yang sama kedudukan dengannya. Merasakan dirinya terpinggir dia merancang sesuatu apabila tiba masanya nanti.

Masa yang dinanti itu pun tiba. Suatu hari raja memerintahkan kedua-dua pahlawan berkenaan mengetuai pasukan pergi memerangi pemberontak di sempadan. Kesempatan ini diambil oleh pahlawan yang memusuhinya untuk melaksanakan satu rancangan jahat.

Akhirnya, di medan pertempuran, mereka bukan berperang dengan musuh tetapi berperang sesama sendiri. Setelah kedua-duanya tercedera dengan teruk dan akhirnya tertawan barulah mereka sedar, pangkat dan pujian tidak berguna lagi dalam keadaan begitu.

Bukankah baik sekiranya mereka berjuang bersama-sama dan akhirnya kembali membawa kemenangan dan menjulang pujian daripada bersama-sama menanggung penghinaan sebagai tawanan perang.

Dalam hal demikian, kedua-dua pahlawan adalah bersalah. Mendapat pujian dan menerima sanjungan raja itu penting tetapi di medan pertempuran hal itu bukan utama. Yang lebih patut adalah kemenangan dan pulang dengan kemuliaan. Bukankah lagi baik berjaya dalam peperangan daripada gagal dalam peperangan? Siapa yang menjadi pemimpin tidak penting, siapa yang patut dipuji juga tidak penting, siapa yang bakal diarak mengelilingi kota juga tidak penting, yang penting pulang dengan selamat.

Sesungguhnya untuk gagal dan untuk berjaya itu sama susah. Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita membina kecemerlangan dan kegemilangan. Jika mereka berjaya anda turut berjaya, jika mereka gagal anda lebih dulu gagal. Pilihan terletak di tangan anda sendiri.

Wednesday, October 21, 2009

RENUNGLAH...

Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Tuesday, October 20, 2009

MODUL KHAS SKOR A-C/RAMALAN

BAHAGIAN B
1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan penadapatan perkapita
b.Terangkan kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara [6]
2.a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung [6]
3.Dengan gambarajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan cukai sekaligus ke atas keseimbangan pendapatan Negara [6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikuty analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS) [6]
5.Apakah yang dimasksudkan dengan nilai wang ? Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nialai wang diukur [6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan ?
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal Inflasi[6]
7.Jelaskan faedah yang diperolehi oleh sesebuah Negara kesan daripada perdagangan
Antarabangsa [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi [6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara. [6]
10. a.Berikan maksud globalisasi
b.Huraikan kesan positif globalisasi kepada pertumbuhan ekonomi [6]

BAHAGIAN C
1.Terangkan bagaimanakah Negara Malaysia mengira pendapatan Negara ? [10]

2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sector dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertkar menjadi tiga sektor [10]

3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Kejatuhan dalam kadar bunga [5]
b.Kenaikan harga petrol [5]

4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank. [10]

5.Dengan bantuan gambarajah yang sesuai,jelaskan kesan ke atas tingkat kadar bunga, aktiviti pelaburan dan pendapatan Negara,apabila kerajaan melaksanakan dasar kewangan mengucup [10]

Monday, October 19, 2009

BERITA EKONOMI

PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN (19/10/2009)

Ekonomi dijangka pulih tahun depan


KUALA TERENGGANU: Ekonomi negara dijangka pulih dan mencatat pertumbuhan positif mulai tahun depan dengan menyandarkan kepada angka tunjuk ekonomi global yang dalam arah aliran pemulihan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, berkata pemulihan ekonomi akan membawa kemakmuran kepada negara yang turut diterjemahkan menerusi peningkatan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Dalam suku pertama dan kedua tahun ini, ekonomi negara menguncup seiring dengan situasi global. Bagaimanapun, pengucupan pada suku kedua lebih kecil iaitu 3.9 peratus berbanding enam hingga tujuh peratus pada suku pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kedua di sini, semalam.

Seramai 568 graduan yang mengikuti pengajian tiga tahun di KIST Induk di Bachok menerima diploma masing-masing.

Awang Adek berkata, tidak dinafikan dalam keadaan ekonomi yang lembap, ramai yang berhadapan dengan masalah diberhentikan kerja, namun keadaan itu hanya bersifat sementara.

“Apabila ekonomi pulih, pelaburan bertambah, sudah tentu peluang pekerjaan akan wujud. Mereka yang diberhentikan itu akan diambil semula bekerja," katanya.

Katanya, negara mengalami kekurangan eksport yang agak ketara iaitu kira-kira 20 peratus dan apabila kilang-kilang ini kembali beroperasi tahun depan, majikan akan kembali mengambil pekerja.

Beliau berkata, kerajaan juga banyak mengadakan program latihan dan kemahiran untuk mereka yang diberhentikan kerja.

"Sebenarnya di negara ini kerja memang banyak, cuma ada antara kita yang suka memilih kerja.

“Peluang kerja begitu banyak di sektor perladangan dan restoran tetapi kebanyakannya tidak diminati pekerja kita," katanya.

Tuesday, October 13, 2009

KATA - KATA MUTIARA

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Wednesday, September 30, 2009

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM 2009

EKONOMI 2

TERENGGANU.
BAHAGIAN B
1. Huraikan mengapa matlamat guna tenaga penuh dan kestabilan harga ingin dicapai dalam makroekonomi.[6]
2.a.Apakah yang dimasudkan dengan pendapatan per kapita ?[2]
b.Huraikan dua kegunaan pendapatan per kapita.[4]
3.a.Nyatakan sektor ekonomi yang terdapat dalam model ekonomi dua sektor.[1]
b."Pningkatan kecenderungan menabung sut akan menyebabkan keluaran negara pada keseimbangan meningkat".Dengan memberikan gambar rajah suntikan- bocoran,terangkan penyataan tersebut.[5]
4.Berdasarkan teori Keynes,jelaskan bagaimana kadar bunga ditentukan.[6]
5."Peningkatan perbelanjaan agregat pada tingkat gunatenaga penuh akan menyebabkan lompang inflasi" Jelaskan penyataan ini.[6]
6.Huraikan tiga alasan mengapa Malaysia perlu berdagang dengan Amerika Syarikat
7.a.Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan pembayaran.[2]
b.Huraikan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit.[4]
8.a.Apakah maksud globalisi ?[2]
b.Terangkan dua faedah yang dapat dinikmati oleh sesebuah negara daripda globalisasi[4]

KELANTAN..

1.a.Apakah maksud pendapatan per kapita? Bagaimana ia dihitung?[2]
b.Terangkan kegunaan pendapatan perkapita kepada sesbuah negara[4]
2.Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan ciri-ciri utama fungsi penggunaan.[6]
3.Melalui kaedah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS),terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi 3 sektor dicapai.[6]
4.a.Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang ?[2]
b.Dengan menggunkan contoh berangka, jelaskan hubungan di antara nilai wang dengan tingkat harga umum.[4]
5.Jelaskan peranan bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan[6]
6.a.Apakah masalah yang dihadapi oleh negara di atas(inflasi).mengapakah anda berpendapat sedemikian ?
b.Jelaskan langkah-langkah Dasar fiskal yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut
7.Jelaskan faedah-faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara kesan daripada perdagangan antarabangsa.[6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep terlebih nilai matawang bagi sesbuah negara [2]
b.Jelaskan kesan terlebih nilai suatu mata wang kepada ekonomi sesebuah negara.[4]

JOHOR

1.a.Apakah maksud nilai ditambah ? [1]
b.Dengan menggunakan jadual berangka jelaskan bagaimana nilai ditambah dapat menyelesaikan maslah pengiraan dua kali[5]
2.a.Apakah maksud pendapatan persendirian dan pendapatan bolehguna ? [2]
b.Jelaskan bagaimana pendapatan persendirian dan pendapatan bolehguna dihitung.[4]
3.Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan seseorang individu.[6]
4.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat-penawaran aggregat(AE-AS), terangkan kesan peningkatan cukai sekaligus terhadap tingkat keseimbanagan pendapatan negara..[6]
5.a.Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? [2]
b.Peningkatan harga barang akan mengurangkan nilai wang .Jelaskan

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Berhati-hati dijalan raya..semoga beraya dengan baik bersama keluarga tersayang..
jangan lupa study..periksa STPM dah dekat tu..

Thursday, September 10, 2009

KATA MUTIARA

1) Kecewa atau tidak, semua tergantung Anda, tergantung bagaimana Anda menyikapi kegagalan. Berharap sedikit hanya akan menghambat Anda mengoptimalkan potensi Anda.
2) Lebih banyak Anda mencoba, akan mendekatkan Anda kepada sukses, meskipun Anda akan mengalami banyak kegagalan.
3) Namun cuma itulah yang kita diperlukan, karena kita sering tidak tahu mana yang akan berhasil.
4) Kebahagian yang didapatkan oleh orang yang menghindari kekecewaan adalah kebahagian yang semu, dia bukan bahagia tetapi hanya tidak kecewa saja.
5) Banyak perusahaan yang dimulai dengan modal besar bangkrut, sebaliknya bisnis dengan modal kecil banyak yang berhasil. Jadi bukan uang yang menentukan keberhasilan Anda!
6) Ubahlah sudut pandang Anda terhadap kegagalan, maka Anda tidak akan kecewa terhadap kegagalan yang Anda alami, setidaknya kekecewaan Anda akan sedikit atau sementara saja.

Thursday, September 3, 2009

SOALAN RAMALAN PERCUBAAN

1.Huraikan matlamat makroekonomi
2.Terangkan perbezaan KDNK dengan KNK dan mengapa PBFLN bernilai negatif
3.Terangkan aliran pusingan dua sektor
4.Terangkan kegunaan data pendapatan negara
5.Terangkan keseimbanagn pendapatan negara mengikut AD AS
6.Bagaimana kadar bunga di tentukan oleh Keynes
7.Terangkan tujuan permintaan wang
8.Terangkan kepentingan perdagangan antarabangsa dijlankan oleh sesebuah negara
9.Apakah yang dimaksudkan devaluasi dan bagaimana devaluasi mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit.
10.Terangkan perbezaan KDNK dengan KNK dan mengapa pfbln bernilai negetif

Thursday, August 20, 2009

JAWAPAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Tiga kebaikan perdagangan antarabangsa yang bebas ialah:
• Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara.
Melalui perdagangan antarabangsa, sesebuah negara dapat mengimport barang yang tidak dikeluarkan dalam negara daripada negara lain. Jadi, rakyat sesebuah negara dapat menikmati lebih banyak jenis barang.

• Meluaskan pasaran.
Perdagangan antarabangsa menggalakkan eksport dan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar- besaran. Ini mewujudkan faedah ekonomi bidangan dan meningkatkan tingkat guna tenaga serta keluaran negara.

• Menikmati faedah pengkhususan.
Perdagangan antarabangsa membolehkan pengkhususan pengeluaran barang dijalankan antara negara. Melalui pengkhususan, tingkat pengeluaran bertambah dan kualiti barang turut meningkat. Selain itu, tingkat penggunaan juga meningkat.

Tuesday, August 18, 2009

skema jawapan

bab 3: KEANJALAN PERMINTAAN
1.( a ) keanjalan permintaan harga(Ed)mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan harga barang tersebut.

( b ) contoh 1:
Apabila harga barang X meningkat sebanyak 20%, kuantiti diminta barang X merosot sebanyak 40%. Maka, nilai keanjalan permintaan harga ialah:
Ed = (-40%/20%) = - 2

contah 2 :
Pada harga RM5, kuantiti diminta barang X ialah 100 unit. Apabila harga naik ke RM6, kuantiti diminta barang X merosot kepada 80 unit. Maka, nilai keanjalan permintaan harga ialah,
Ed= [(80 - 100/100)]/[(6 - 5/5)]
= -1

2.( a ) keanjalan permintaan silang mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan barang lain.
( b ) Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, hubungan antara dua barang ialah barang pengganti. Sebaliknya, apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, hubungan antara dua barang ialah barang penggenap.

Contoh :
Apabila harga barang X naik sebanyak 20%, kuantiti diminta barang Y meningkat sebanyak 40%. Oleh itu,

oleh sebab nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, barang X dan barang Y merupakan barang pengganti.
Contoh :
Apabila harga barang X naik sebanyak 20%, kuantiti diminta barang Y berkurang sebanyak 40%. Oleh itu,

oleh sebab nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, barang X dan barang Y merupakan barang penggenap.
3.( a ) kereta merupakan barang keperluan untuk pengguna. Kereta mempunyai pengganti lain seperti bas, teksi dan LRT. Oleh itu, kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan pengguna beralih kepada kemudahan pengangkutan lain yang lebih murah. Maka, keanjalan permintaan harga bagi kereta adalah anjal.

( b )Minyak petroleum merupakan input atau faktor terpenting dalam sector pengeluaran dan pengangkutan. Minyak petroleum juga tidak mempunyai pengganti hampir. Oleh itu, permintaan terhadap minyak petroleum adalah tidak anjal. Walaupun harga minyak petroleum naik dengan banyak dalam pasaran dunia, kuantiti diminta minyak petroleum akan berkurang sedikit sahaja.

( c )Garam merupakan barang keperluan asas yang penting. Garam tidak mempunyai pengganti hampir. Oleh itu, permintaan terhadap garam adalah tidak anjal sempurna. Walaupun harga garam naik dengan banyak, kuantiti diminta garam tidak berubah atau tetap sama.

4.Tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga :

Bilangan harga barang pengganti
… semakin banyak barang pengganti, maka semakin anjal permintaan barang tersebut
kepentingan sesuatu barang
… jika sesuatu barang itu adalah sangat penting, maka permintaan terhadap barang tersebut bersifat kurang anjal
… contoh permintaan terhadap barang keperluaan seperti air dan elekterik
Jangka masa
… permintaan terhadap sesuatu barang adalah bersifat tidak anjal dalam jangka masa pendek
… hal ini demikian kerana dalam jangka masa pendek permintaan sukar berubah

5.Nilai keanjalan permintaan harga bagi garam adalah sifar atau tidak anjal sempurna kerana walaupun harga garam naik atau turun, kuantiti diminta garam adalah tetap sama. Keadaan ini berlaku kerana garam merupakan barang mesti dan tidak mempunyai pengganti hampir. Selain itu, perbelanjaan membeli garam hanya melibatkan sebahagian kecil daripad pendapatan pengguna.

Berdasarkan rajah di atas, walaupun harga garam naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta garam adalah tetap sama sebanyak Q0. maka, nilai keanjalan permintaan harga bagi garam adalah sifar.
Sebaliknya, nilai keanjalan permintaan harga bagi teh melebihi satu atau anjal kerana apabila harga teh naik atau turun sedikit, kuantiti diminta teh akan berubah dengan kadar yang besar. Keadaan ini berlaku kerana teh merupakan barang yang kurang penting kepada pengguna. Selain itu, teh mempunyai banyak barang pengganti seperti kopi dan minuman koko.

lukis gambar rajah

Berdasarkan rajah di atas, walaupun harga teh naik sedikit P0 ke P1, kuantiti diminta teh merosot dengan banyak daripada Q0 kepada Q1. maka, nilai keanjalan permintaan harga bagi teh adalah lebih daripada satu atau anjal.

6. ( a ) Permintaan terhadap sesuatu barang adalah anjal apabila peratusan perubahan kuantiti
diminta melebihi peratusan perubahan harga barang tersebut. Bagi barang yang mempunyai permintaan anjal, kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan dengan banyak. Kesannya, jumlah perbelanjaan pengguna akan berkurangan.
lukis gambar rajah
Berdasarkan rajah di atas, apabila harga barang ialah P0, kuantiti diminta ialah Q0. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pengguna adalah sebanyak 0P0CQ0. Apabila harga naik ke P1, kuantiti diminta berkurangan kepada Q1. Jumlah perbelanjaan pengguna yang baru adalah sebanyak 0P1AQ1. Oleh sebab keluk permintaan DD adalah anjal, tambahan perbelanjaan pengguna sebanyak P0P1AB akibat kenaikan harga adalah lebih kecil daripada kurangan perbelanjaan pengguna sebanyak Q1BCQ0 akibat pengurangan kuantiti diminta. Maka, kesan bersihnya ialah jumlah perbelanjaan pengguna akan berkurang.

( b ) Permintaan terhadap sesuatu barang adalah tidak anjal apabila peratusan perubahan kuantiti diminta kurang daripada peratusan perubahan harga barang tersebut. Bagi barang yang mempunyai permintaan tidak anjal, kenaikan harga yang banyak akan memyebabkan kuantiti diminta berkurangan sedikit sahaja. Kesannya, jumlah perbelanjaan pengguna akan meningkat.

lukis gambar rajah

Berdasarkan rajah di atas, apabila harga barang ialah P0, kuantiti diminta ialah Q0. Oleh itu, jumlah perbelanjaan pengguna adalah sebanyak 0P0CQ0. Apabila harga naik ke P1, kuantiti diminta berkurangan kepada Q1. Jumlah perbelanjaan pengguna yang baru adalah sebanyak 0P1AQ1. Oleh sebab keluk permintaan DD adalah tidak anjal, tambahan perbelanjaan pengguna sebanyak P0P1AB akibat kenaikan harga adalah lebih besar daripada kurangan perbelanjaan pengguna sebanyak Q1BCQ0 akibat pengurangan kuantiti diminta. Maka, kesan bersihnya ialah jumlah perbelanjaan pengguna akan meningkat.

7.( a ) Keanjalan permintaan pendapatan (EY) mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan pendapatan pengguna.
( b )Konsep keanjalan permintaan pendapatan digunakan oleh pengeluar untuk memaksimumkan keuntungan. Apabila Negara semakin maju, pendapatan penduduk akan meningkat. Dengan ini, pengguna cenderung menambahkan perbelanjaan terhadap barang mewah pada kadar yang lebih besar seperti kereta mewah dan jam tangan mewah. Oleh itu, pengeluar akan menambahkan penawaran barang mewah dengan banyak untuk memenuhi permintaan dan cita rasa pengguna.

Bagi barang mesti, walaupun pendapatan pengguna meningkat, perbelanjaan terhadap barang mesti akan bertambah pada kadar yang sedikit sahaja. Oleh itu, pengeluar tidak akan menambahkan penawaran barang mesti dengan banyak.

Bagi barang bawahan, apabila pendapatan meningkat, pengguna akan mengurangkan perbelanjaan terhadap barang bawahan. Oleh itu, pengeluar akan mengurangkan penawaran barang bawahan.

Tuesday, July 7, 2009

PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain (6)
2.Imbangan pembayaran defisit boleh disebabklan akaun semasa.Terangkan(6)
3.Terangkan prinsip faedah berbanding (6)
4.(a)“Imbangan pembayaran defisit boleh disebabkan oleh akauan semasa atau akaun modal.’ Terangkan. [6]
(b)Huraikan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit. [4]

Wednesday, July 1, 2009

KEANJALAN PERMINTAAN

BAHAGIAN B

1.( a ) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga?
( b ) Dengan menggunakan contah barangka ,jelaskan bagaimana keanjalan permintaan harga diukur.
2.( a ) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang?
( b )Bagaimanakah nilai keanjalan permintaan silang dapat digunakan untuk membezakan
antara barang pengganti dengan barang penggenap?
3.Huraikan keanajalan permintaan harga bagi barang berikut :
( a ) kereta
( b ) minyak petroleum
( c ) garam
4.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan.
5.Jelaskan mengapa garam mempunyai nilai keanjalan sifar berbanding dengan minuman teh yang dianggap mempunyai keanjalan lebih daripada satu.
6.Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan kesan kenaikan harga terhadap jumlah perbelanjaan pengguna jika keanjalan permintaan harga bagi suatu barang adalah
( a ) anjal
( b ) tidak anjal
7.( a ) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan pendapatan?
( b ) Bagaimanakah konsep keanjalan permintaan pendapatan berguna bagi seseorang pengeluar?
8.Terangkan jenis keanjalan permintaan harga yang berikut.
( a ) Anjal
( b ) Tidak anjal
( c ) Anjal sempurna

Saturday, June 27, 2009

TAHNIAH SEMUA DAPAT MASUK "U'

Cikgu mengucapkan sekalung Tahniah..
Kepada pelajar SMKBT yang dapat masuk Universiti.
Belajar bersungguh-sungguh ketika di Universiti..

Semoga anda berjaya ...

1. Nor Farehah ekonomi UMT.
2. siti Aisyah UUM
3. Hasni UNIMAS
4. Zubaidah UTM
5. Noreida UUM
6. Nor Aziela UUM
7. Norizan UUM
8. Che Wan UUM
9. Che Suliana UMT
10.Mohd Ridhuan UMT
11.Nor Asma Haida UNITAR
13.Ruhani UMT
14.Suraya UPSI
15.Norliyana UUM
16.Hafizan UMP
17.Hadi UUM
18.Umi UUM
19.Khairunisa UUM
20.Nora UITM
21.Nurshiela UKM
22.Wan Nazila UKM
23.Nurul Aini UM
24. Dan sesiapa sahaja yang dapat masuk Universiti....

Jangan lupa cikgu dan SMK.Bukit Tunggal....

Monday, June 15, 2009

Selamat bersekolah semula

Pastikan anda melakukan yang terbaik untuk diri anda bermula dari sekarang...

Peperiksaan STPM akan tiba,
Usahalah bersungguh-sungguh
Ulangkajilah bersungguh-sungguh
Buat latihan banyak-banyak
Buat soalan tahun lepas acap kali
Lihatlah skema sebagai rujukan
Jangan lupa tanya guru anda jika ada kemusykilan

Sesungguhnya anda adalah seorang yang berjaya

USAHA BERTERUSAN PASTI BERJAYA

Tuesday, June 9, 2009

SOALAN SPOT UNTUK TAJUK BELANJAWAN

SELAMAT MENCUBA.....

a. Apakah yang dimaksudkan belanjawan negara dan perbelanjaan mengurus [3]
b. Tahun 1999 2000 2001
hasil 58675 61864 69011
Perbelanjaan mengurus 46699 56547 61132
Perbelanjaan pembangunan 21463 25032 30258

i. Hitungkan belanjawan keseluruhan pada tahun 1999,2000 dan 2001[2]
ii.Terangkan arah aliran belanjawan dan jelaskan mengapa keadaan yang sedemikiam belaku[2]
iii.Nayatakan sumber pembiayaan negara[1]
iv.Hitungkan peratusan perbelanjaan pembangunan daripada jumlah perbelanjaan keselruhan pada tahun 2000 dan 2001[2]

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT DATANG KE KEM KEPIMPINAN TG6 PULAU REDANG



Selamat Datang kepada peserta kem kepimpinan pelajar tingkatan enam SMK.Bukit Tunggal ke Pulau Redang

28 - 30 MEI 2009


Semoga anda dapat mengaplikasi ilmu dan menikmati keindahan Pulau Redang

PENGENALAN EKONOMI

Assalamualaikum wmt..
Kepada pelajar tingkatan enam bawah yang mengambil mata pelajaran ekonomi, pengajaran sekarang yang perlu awak pelajari ialah

1.Faktor-faktor pengeluaran
2.Jenis barangan
3.Masalah Ekonomi

Sila rujuk nota Ulangkaji ekonomi asas tingkatan 4 & 5 ataupun Buku Mikroekonomi bahagian pengenalan ekonomi

Selamat mengulangkaji dan berjaya

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


TERIMA KASIH SEMUA !!!
INGATKAN CIKGU
SEMOGA ANDA PEROLEHI KEJAYAAN

1. Siti Aisyah Mohd nor -Selamat hari guru cgz
2. Mek Noi ex stdnt 6d - Semoga cikgu tabah dan terus berusaha untuk mendidik
3. Cg.Azman -Happy Teacher day
4 Wan ex su pppu -Selamat ari guru
5. Zati exstdnt smkbt -Jasa ckgu tak kan saya lupa
6. Sir Aziz - Berbahagialah menjadi guru
7. ex plajar 01994604520 - Dalam ajarnya ada harapan,dalam marahnya ada sayang.
8. Khabir 6ad - Dalam tegurnya ada doa
9. Saadah - Terima kasih segala tunjuk ajar mu
10.Wan Sabrina - Dalam tawa ada mesranya
11.Siti Munirah -Dalam tangannya kita terbina
12.Mazliana - Terima kasih cikgu..atas semua ilmu yang cikgu curahkan
13.Hafizan - Selamat hari guru 2009
14.R@ZEIN 6AA - Happy teacher day
15.Nurul Farehah -Jasamu dikenang Martabat mu di julang
16.Nor Asma Haida - Selamat Hari Guru,Jasamu dikenang
17 Muhamad Nurhakim - Guru pembina negara bangsa
18.Ex Pelajar 0193658146 -Jasamu tetap kukenang hingga akhir hayat
19.Azila 6A (Fun Girl) -Segala jasamu akan ku kenang
20.Liyana 6AA -Selamat hari guru semoga panjang umur
21.Azlida - Selamat Hari Guru
22.Pengetua -Guru Pembina Negara Bangsa,Terima kasih cikgu
23.Zalila Awi - Semoga cikgu akan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa
24.Mazlan Jusoh Presiden PPPU -Semoga Allah merahmati,memberkati,murahkan rezeki cikgu dunia dan akhirat
25.Nur Elissa - Semoga cikgu ceria dan semangat selalu dalam semua hal
26.Siti Fatimah Nani - Terima kasih atas segala didikan dan nasihat cikgu
27.Wawa - Semoga hidup cikgu diberkati, Semoga Sentiasa dibawah rahmat Allah.
28.Pelajar 0135924758 - Selamat Hari Guru buat cikgu Zakaria.Semoga Hidup bahagia dan Semoga Ceria selalu
29.Hafizah (Ecah)- Selamat Hari Guru
30.Cg.Rodzi - Walau siapapun anda . Selamat Hari Guru
31.Nurul Asma Zakaria - Tq everything that u give to me,it's meaning to me as a student.
32.Suzie - Selamat Hari Guru
33.Najwa - Salam Cikgu..Selamat Hari Guru
34.Afzan - Selamat Hari Guru..Terima Kasih Cikgu.Jasamu ku kenang
35.Siti Suriani - Selamat Hari Guru.Guru Pembina Negara Bangsa
36.Fakriah - Selamat Hari Guru
37.Nurul Fatihah- Cikgu,Selamat Hari Guru....

Tuesday, May 12, 2009

SOALAN RAMALAN PERTENGAHAN TAHUN

Bahagian C

1.Dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat (AS), terangkan kesan yang berlaku akibat
(a)Kenaikan harga bahan api[5]
(b)Peningkatan perbelanjaan awam[5]
2.(a)Jelaskan aliran pusingan pendapatan yang berlaku dalam ekonomi dua sektor [4]
(b)Dengan menggunakan pendekatan AE-AS, terangkan kesan pertambahan suntikan ke atas keseimbangan pendapatan negara[6]
3.Mengikut Keynes,Terangkan kesan peningkatan bekalan wang terhadap kadar bunga,pelaburan dan pendapatan negara .[10]
4.Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana sesebuah negara menikmati keuntungan dalam perdagangan antara bangsa dengan menggunakan teori faedah berbanding.[10]

Friday, May 8, 2009

SOALAN RAMALAN PERTENGAHAN TAHUN

Bahagian B
1.Tunjukkan perbezaan antara kadar pertumbuhan ekonomi dengan kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat. Bagaimanakah kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat ditentukan?[6]
2.Terangkan kegunaan data pendapatan negara[6]
3.Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, terangkan aliran pusingan pendapatan negara dalan ekonomi dua sektor.[6]
4.Terangkan jenis-jenis kegiatan ekonomi berdasarkan sektor.[6]
5.Huraikan tujuan permintaan wang oleh masyarakat[6]
6.Huraikan tiga kesan pengangguran ke atas sesebuah negara.[6]
7.Apakah yang dimaksudkan dengan hutang negara dan Terangkan bagaimanakah kerajaan mendapat pinjaman.[6]
8.a)Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, jelaskan maksudkan terkurang nilai mata wang.[4]
b)Huraikan dua kesan yang timbul apabila mata wang sesebuah negara terkurang nilai [2]

KEM KEPIMPINAN PULAU REDANG





Makluman !!
Kepada pelajar yang menyertai Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan enam



Tarikh : 28-30 Mei 2009
Tempat : Taman Laut Pulau Redang
Tempat berkumpul untuk bertolak : Pada 28 Mei 2009 bertempat di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu
Masa : 2.00 Petang

Harap maklum

Saturday, May 2, 2009

Kem Kecemerlangan SMK.Bukit Tunggal

Gambar-gambar penulis bersama dengan pelajar Kem Kecemerlangan STPM SMK.Bukit Tunggal di Anggulia Resort, Marang Terengganu







Wednesday, April 29, 2009

EKONOMI 1: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

BAHAGIAN B

1) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran? dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran dicapai. (6m)
2) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai dan dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah, jelaskan kesan terhada keseimbangan pasaran kereta tempatan jika:
(a) cukai import ke atas kereta dari luar negara dinaikkan (3m)
(b) harga besi dan keluli naik (3m)
3) Takrifkan lebihan permintaan dan lebihan penawaran. Huraikan bagaimana lebihan permintaan dan lebihan penawaran dapat dikaitkan dengan keseimbangan pasaran. (6m)
4) jelaskan kesan penemuan bijih besi yang banyak terhadap:
(a) harga kereta (3m)
(b) harga petrol (3m)
5) Analisis kesan terhadap harga dan kuantiti barang x jika
(a) harga barang pengganti X meningkat (3m)
(b) harga barang penggenap X meningkat (3m)

Tuesday, April 21, 2009

EKONOMI 2:KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Bermula hari ini saya akan membincangkan soalan-soalan yang berkaitan tajuk Keseimbangan Pendapatan Negara,Saya harap pelajar dapat mencuba terlebih dahulu dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui komen atau pun melalui emel.
Selamat mencuba....

BAHAGIAN B
1.a)Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor?[2]
(b)Jelaskan kesan terhadap aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor apabila wujud campur tangan kerajaan dalam konomi.4]
2.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor ditentukan berdasarkan pendekatan perbelanjaanagregat – penawaran agregat.[6]
3.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pelaburan.[6]
4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda?[2]
(b)Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai pengganda ekonomi dua sektor dihitung.[4]
5.Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.[6]
6.Terangkan kesan terhadap keluk permintaan agregat (AD) atau keluk penawaran agregat (AS) apabila berlaku
(a)Peningkatan pelaburan autonomi.[2]
(b)Peningkatan eksport bersih.[2]
(c)Peningkatan teknologi.[2]
7.(a) Lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat(AS).[6]
8.a)Takrifkan keluk penawaran agregat).[2]
(b)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan swasta terhadap keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS). [4]

Saturday, April 18, 2009

EKONOMI 1 :MASALAH ASAS DAN SISTEM EKONOMI

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI PANJANG

1) Dengan bantuan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan kesan-kesan ke atas keluk ini jika
(a) pelaburan asing di Malaysia semakin meningkat
(b) undang-undang buruh dipinda sehingga masa bekerja dikurangkan daripada 8jam kepada 6 jam sehari
(c) sekatan dikenakan terhadap kemasukan tenaga buruh asing ke dalam negara (10m)
2) Apakah yang dimaksudkan degan kos melepas? Bagaimanakah kos melepas mempengaruhi betuk keluk kemungkinan pengeluaran? (10)
3) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran bebas?
4) "Ekonomi hanya akan mencapai tingkat guna tenaga penuh jika ekonomi mengeluarkan barang pada titik-titik sempadan keluk kemungkinan pengeluaran". Buktikan. (10m)

Monday, April 13, 2009

EKONOMI 1 : MASALAH ASAS DAN SISTEM EKONOMI

BAHAGIAN B

1) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi dan barang awam. (6m)
2) dengan memberikan contoh yang sesuai, bezakan barang awam dengan barang persendirian. (6m)
3) jelaskan tiga ciri utama yang membezakan sistem ekonomi pasaran bebas dengan sisitem ekonomi perancangan pusat. (6m)
4) Huraikan bagaimana sistem ekonomi campuran dapat menyelesaikan masalah apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan. (6m)
5) (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? (2m)
(b) Apakah andaian-andaian yang digunakan semasa melukis keluk kemungkinan pengeluaran. (4m)

jawapan

1)Barang percuma
– barang yang tidak terhad dari segi penawarannya.
-tidak mempunyai kos lepas dan boleh didapati secara percuma.
-contoh: cahaya matahari, air hujan (bukan air shj), dn udara.
Barang ekonomi
-barang secara relative adalah tidak mencukupi disebabkan kekurangan sumber ekonomi.
-penawaran yang terhad – mempunyai kos lepas dan mempunyai harga.
-contoh: barang pengguna, barang pengeluar, dan barang perantaraan.
2)Barang awam
-barang yang ditawarkan kpd semua pengguna tanpa mengambl kira sama ada mereka membayar atau tidak membayar untuk menggunakannya.
-tidak disediakan oleh sektor swasta – tidak dapat cari keuntungan daripadanya.
-disediakan oleh kerajaan – untuk kepentigan rakyat.
-contoh: perkhidmatan pertahanan seperti tentera dan polis.
3)Barang persendirian
-barang yang dimiliki oleh pihak tertentu dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya.
-barang yang ditawarkan kepada seseorang individu dan individu lain tidak dapat menikmatinya
-ditawarkan oleh sektor swasta
-contoh: kereta dan rumah.

3)Sistem ekonomi psaran bebas - tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam segala kegiatan ekonomi
Sistem ekonomi perancangan pusat – melibatkan campur tangan kerajaan dalam segala kegiatan ekonomi.

Tiga ciri utama yang membezakan system ekonomi pasaran bebas dengan system ekonomi perancangan pusat ialah:

Ciri – ciri
Sistem ekonomi pasaran bebas
Keputusan ekonomi- ditentukan oleh individu melalui mekanisme harga
Pemilikan faktor pengeluaran- dimiliki oleh individu
Matlamat- matlamat utama pengeluar adlah untuk memaksimumkan keuntungan

Sistem ekonomi perancangan pusat
keputusan ekonomi - ditentukan oleh kerajaan
pemilikan faktor pengeluaran - dimiliki oleh kerajaan
matlamat - matlamat utama kerajaan adalah untuk meningkatkan kebajikan rakyat

4)sistem ekonomi campuran - ialah sistem ekonomi yang melibatkan penyertaan bersama sektor kerajaan dan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi
Masalah apa an berapa yang hendak dikeluarkan deselesaikan melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.
-pengeluar atau firma akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan mengikut kehendak pengguna.
-jumlah keluaran yang dihasilkan oleh firma ditentukan melalui mekanisme harga.
-pihak kerajaan akan mengeluarkan barang yang tidak mampu dikeluarkan oleh sektor swasta.
-kerajaan juga mengeluarkan barang yang tidak mencukupi dalam pasaran untuk menjamin kebajikan masyarakat.

5)(a) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kuantiti maksimum dua jenis barang yang dapat dikeluarkan dengan sumber ekonomi yang terhad dengan andaiantingkat teknologi tidak berubah.
(b) – Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. Oleh itu, semua sumber ekonomi dalam ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya.
- ekonomi mengeluarkan dua jenis barang sahaja, misalnya barang X dan barang Y.
- sumber ekonomi adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti. Oleh itu, sumber ekonomi tidak boleh ditambah.
- tingkat teknologi adalah tetap atau tidak berubah.

Saturday, April 11, 2009

Perakaunan Pendapatan Negara Bahagian C

Soalan bahagian C
1.Bagaimanakah Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran dikira mengikut kaedah perbelanjaan?[10]
2.Huraikan masalah yang timbul dalam menghitung pendapatan negara.[10]
3.Peningkatan Keluaran Negara Kasar sesebuah negara bagi tempoh masa tertentu menggambarkan peningkatan taraf hidup rakyatnya. Bincangkan kenyataan ini. [10]
4.(a) Terangkan maksud konsep berikut:
I.Keluaran Negara Bersih kos faktor
II.Pendapatan Persendirian
III.Pendapatan Boleh guna [6]
(b) Tunjukkan hubungan antara konsep dalam (a)[4]

Wednesday, April 1, 2009

Perakaunan Pendapatan Negara

1 April - Bermula minggu ini saya akan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan tajuk Perakauanan Pendapatan negara. Saya mengharapkan pelajar-pelajar dapat menyelesaikan soalan yang dikemukakan dan minggu hadapan akan dikemukakan pula cadangan skema pemarkahan. SELAMAT MENCUBA .....

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan negara? [2]
(b) Dengan menberikan contoh, jelaskan perbezaan maksud antara Keluaran Negara Bersih pada harga pasar dengan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. [4]
2.Dengan menggunakan contoh, jelaskan perbezaan maksud Keluaran Dalam Negara Kasar, Keluaran Negara Kasar, dan Keluaran Negara Bersih. [6]
3.Dengan menggunakan contoh sesuai, huraikan bagaimana konsep nilai ditambah digunakan dalam menghitung pendapatan negara. [6]
4.Huraikan bagaimana Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasar dihitung di Malaysia berdasarkan kaedah perbelanjaan [6]
5.Huraikan tiga kelemahan untuk menggunakan data pendapatan negara bagi membandingkan pendapatan antara negara. [6]
6.Huraikan tiga keadaan yang menyebabkan pendapatan per kapita gagal berfungsi sebagai alat yang baik untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara negara. [6]
7.Apakah maklumat–maklumat penting yang dapat diperoleh daripada data Pendapatan Negara? [6]
8.Huraikan tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara. [6]

CADANGAN SKEMA
1.a)Pendapatan negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun
(b)Keluaran Negara Bersih pada harga pasar ialah Keluaran Negara Bersih yang dihitung mengikut nilai harga pasarannya.
•Keluaran Negara Bersih pada harga pasar = Keluaran Negara pada kos faktor + cukai tak langsung – subsidi.
•Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialah Keluaran Negara Bersih yang dihitung mengikut nilai wang yang dibayar ke atas faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkannya.
•Keluaran Negara Bersih pada kos faktor = Keluaran Negara pada harga pasar + subsidi – cukai tak langsung.
2.
•Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam satu tahun. Sebagai contoh, KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai wang bagi keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tanpa mengambil kira nilai keluaran dihasilkan faktor rakyat tempatan di luar negara.
•Keluaran Negara kasar (KNK) ialah jumlah nilai barang akhir dam perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pemgeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam satu tahun. Sebagai contoh, KNK dihitung dengan menjumlahkan nilai wang bagi keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau luar negara.
•Keluaran Negara Bersih (KNB) ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai. Sebagai contoh, nilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.
3.
•Berdasarkan konsep nilai ditambah, nilai pendapatan negara dihitung berasaskan penjumlahan nilai ditambah bagi setiap peringkat pengeluaran semua barang atau perkhidmatan yang terhasil pada tahun tersebut.
•Sebagai contoh, diandaikan proses pengeluaran kertas melibatkan dua peringkat pengeluaran iaitu penghasilan kayu dan pemprosesan kertas. Andaikan harga kayu ialah RM100, harga kertas diproses ialah RM300.
•Berdasarkan contoh, nilai ditambah pengeluaran kayu = harga keluaran kayu
- harga barang perantaraan = RM100 – RM0 = RM100, dan nilai ditambah pengeluaran kertas = harga keluaran kertas – harga barang perantaraan iaitu kayu = RM300 – RM100 = RM200.
•Oleh itu, berdasarkan konsep nilai ditambah, jumlah nilai ditambah yang wujud dalam industri pengeluaran kertas yang akan dicampur ke dalam pendapatan negara ialah penjumlahan nilai ditambah bagi setiap peringkat pengeluaran kertas iaitu pengeluaran kayu dan pengeluaran kertas iaitu RM!00 + RM200 = RM300.


4.
•Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga pasar dihitung di Malaysia dengan kaedah perbelanjaan dengan menjumlahkan nilai perbelanjaan seluruh masyarakat ke atas barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan negara ini dalam tahun tertentu.
•Berdasarkan kaedah perbelanjaan, KDNK pada harga pasar Malaysia dihitung dengan mencampur beberapa kategori perbelanjaan masyarakat yang dipecahkan kepada beberapa kategori perbelanjaan seperti perbelanjaan penggunaan swasta, perbelanjaan penggunaan awam, pelaburan kasar awam dan swasta dan perubahan stok/inventori.
•Selain itu, nilai eksport barang dan perkhidmatan akan ditambah dan nilai import barang dan perkhidmatan akan ditolak untuk menghitung KDNK pada harga pasar.
•Oleh itu:
KDNK pada harga pasar = perbelanjaan penggunaan swasta + perbelanjaan penggunaan awam + pelaburan awam + pelaburan swasta + perubahan stok/ inventori + eksport barang dan perkhidmatan – Import barang dan perkhidmatan

5.Tiga kelemahan penggunaan data pendapatan negara bagi membanding pendapatan antara negara ialah:
•Terdapat perbezaan konsep penghitungan pendapatan negara.
Sesebuah negara mungkin menggunakan konsep penghitungan pendapatan negara yang berbeza dengan yang diamalkan negara lain. Contohnya sesetengah negara mengambil kira sesuatu item ke dalam pendapatan negara manakala negara lain tidak, dengan itu perbandingan pendapatan negara menjadi kurang tepat.
•Perbezaan kadar inflasi antara negara.
Sesebuah negara mungkin mengalami peningkatan kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding negara lain, dengan itu negara tersebut mengalami peningkatan pendapatan negara nominal yang lebih tinggi daripada negara lain yang mengalami kadar inflasi yang rendah walaupun pendapatan negara benarnya tidak berubah.
•Perbezaan jumlah penduduk.
Sesebuah negara mungkin mengalami perubahan jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding negara lain, dengan itu peningkatan nilai pendapatan negara tersebut tidak semestinya menunjukkan
pendapatan per kapita yang lebih tinggi berbanding negara lain yang kurang jumlah penduduknya.
6.Tiga keadaan yang menyebabkan pendapatan per kapita gagal berfungsi sebagai alat yang baik untuk
membandingkan taraf hidup rakyat antara negara ialah:
•Pendapatan per kapita tidak menggambarkan kesetaraan pendapatan antara penduduk.
Kesetaraan pendapatan antara penduduk sesebuah negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi tidak semestinya menunjukkan kesemua penduduk mengalami peningkatan taraf hidup.
•Pendapatan per kapita tidak mengalami kira perbezaan masa lapang.
Masa lapang penduduk antara negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara dengan pendapatan per kapita penduduk yang tinggi tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat jika masa lapang kurang.
•Pendapatan per kapita tidak mengambil kira perbezaan kualiti barang dan perkhidmatan.Kualiti barang dan perkhidmatan yang dinikmati oleh rakyat di sesebuah negara adalah berbeza, dengan itu sesebuah negara dengan pendapatan per kapita penduduk yang tinggi tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat jika penduduk menggunakan barang atau perkhidmatan yang lebih rendah mutumya.
7.Maklumat penting yang dapat diperoleh daripada data Pendapatan Negara adalah seperti berikut:
•Pertumbuhan ekonomi
Daripada data Pendapatan Negara, kadar pertumbuhan ekonomi, iaitu kadar perubahan keluaran negara dari tahun ke tahun dapat dihitung.
Kadar pertumbuhan ekonomi
PN benar 1 – PN benar 0
= X 100
PN benar0
di mana,
PN benar1 = Pendapatan Negara benar tahun semasa
PN benar0 = Pendapatan Negara benar tahun sebelumnya

•Tingkat taraf hidup atau kebajikan masyarakat
Tingkat taraf hidup mengukur jumlah nilai barangan yang dapat dinikmati oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara. Maka, kadar pertunbuhan taraf hidup atau kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat merujuk kepada kadar perubahan tingkat taraf hidup rakyat sesebuah negara dari tahun ke tahun.

Kadar pertumbuhan kabajikan masyarakat

•Peranan atau sumbangan pelbagai sektor
Data Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran mengukur nilai keluaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi dalam sesebuah negara. Berdasarkan data Pendapatan Negara tersebut, sumbangan pelbagai sektor terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dapat dihitung.

Sumbangan sektor

Nilai keluaran sektor
X 100
Jumlah nilai keluaran
negara

Semakin tinggi peratusan sumbangan sesuatu sektor, semakin penting peranan sektor tersebut dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

8. Tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara adalah seperti berikut:
•Perbezaan dalam tingkat harga umum
Kenaikan KNK boleh disebabkan kanaikan dalam tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK lebih tinggi daripada negara lain. Jadi, untuk membandingkan taraf hidup antara negara dengan lebih tepat, KNK benar perlu digunakan.
•Perbezaan dalam saiz penduduk
Jika kenaikan KNK diikuti oleh kenaikan saiz penduduk maka taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak semestinya meningkat. Oleh sebab itu, ukuran perbandingan taraf hidup antara negara yang lebih tepat ialah KNK benar per kapita.
•Perbezaan dalam komposisi KNK
Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Jadi, untuk menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup sesebuah negara, komposisi KNK harus terdiri daripada aktiviti yang manfaatkan rakyat negara seperti perbelanjaan pembangunan

Sunday, March 22, 2009

Pengenalan Makroekonomi

Bermula Bulan Mac ini, Saya akan membincangkan soalan-soalan yang berkaitan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei nanti.Saya akan mengemukakan soalan soalan yang biasa dikemukakan dalam soalan peperiksaan. Anda dikehendaki mencuba menjawab dahulu dan insyaAllah panduan menjawab akan menyusul untuk setiap soalan yang dikemukakan

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar Negaranakan penawaran dan kadar bunga unruk menstabilkan infalasi dan kemelesatan ekonomi

Saturday, March 7, 2009

Kem Kecemerlangan Ekonomi


6 Mac 2009,K.Terengganu – Bertempat di Angullia Resort Marang, bersama dengan pelajar SMK.Belara cikgu Zakaria telah menerangkan beberapa petua untuk memantapkan kaedah dan strategi menjawab ekonomi 2. Bersama ini disertakan panduan menjawab …

FORMAT PEPERIKSAAN STPM

BAHAGIAN A
30 SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA
BAHAGIAN B – ESEI RINGKAS
LAPAN SOALAN – JAWAB 5 SOALAN
BAHAGIAN C – ESEI PANJANG
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN
BAHAGIAN D – KUANTITATIF
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN

Bahagian A (Objektif)
30 Soalan–jawab semua
Masa 1jam : 1 soalan = 2 minit

Bahagian B (Esei ringkas)
8 soalan pilih 5 sahaja
Masa 1 jam : 1 soalan = 10 minit

Bahagian C (Esei Panjang)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Bahagian D (Kuantitatif)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Panduan menjawab bahagian A

• Pastikan jawapan yang dipilih.
• Jangan buang masa dengan soalan sukar.
• Beralih kepada soalan mudah.
• Jika ada dua pilihan, ` cuba dan teka`
• ingat: masa hanya 2 minit satu soalan.

Panduan menjawab bahagian B

• Pilih 5 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 10 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..hanya 6 markah sahaja …fikirkan banyak mana isi
perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah

Panduan menjawab bahagian C

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah. [10 M]
• Fikirkan banyak mana isi perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah,Tetapi boleh membuat untuk menunjukkan
kemantangan menghasilkan idea ekonomi

Panduan menjawab bahagian D

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..[10 markah]
• Perlu tunjukkan rumus dan contoh kira.
• Unit-unit kiraan (RM, unit, orang, kg) mesti diberi.
• Rajah dilukis mengikut kehendak soalan. Labelkan paksi.

Thursday, March 5, 2009

Tambahan soalan Ramalan 2009

1. Terangkan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan [6]

Cadangan jawapan
1. Mentadbir akaun kerajaan
2. Mentadbir hutang negara
3. Memberi pendahuluan sementara
4. Memberi nasihat kewangan

Saturday, February 28, 2009

Soalan ramalan tahun 2009 peranan wang dalam ekonomi



1. Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit. Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit untk 3 buah bank [6]

2. Terangkan tujuan permintaan wang mengikut teori kewangan keynes. [6]

3. Terangkan kesan pertambahan penawaran wang terhadap kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara [10]

cadangan Jawapan
1. Mesti dinyatakan andaian dan penerangan 3 buah bank.
Andaian
- kadar kecairan bank ialah 20%
- orang ramai menyimpan wang dalam bank. Semua urus niaga dijalankan menggunakan
cek.
- bank akan meminjamkan semua lebihan rizab.deposit asal ialah RM1000

Kemudian terangkan perciptaan kredit untuk 3 buah bank,

deposit bank A = RM1000 bank B = RM800 dan Bank C =RM640 => RM2440
Pinjaman bank A =RM800 bank B =RM640 dan bank C =RM512 =>RM1952
Nisbah rizab bank A=RM200 bank B =RM160 dan bank C = RM128 =>RM488

2. Tujuan permintaan wang mengikut teori keynes
a. Urusniaga
b. Awasan
c. Spekulasi

3. Apabila penawaran wang meningkat iaitu pergerakan keluk s1 ke s2
a. Ini menyebabkan kadar bunga akan jatuh dan wang bertambah
b. Apabila kadar bunga jatuh ini menyebabkan peningkatan dalam pelaburan
c. Apabila pelaburan meningkat menyebabkan keluk perbelanjaan aggregat bergerak ke atas dan ini menyebabkan pendapatan negara bertambah dan keseimbangan pendapatan negara baru tercapai

Thursday, February 26, 2009

Gambar penulis blog cgzekonomi


Soalan popular dalam peranan wang dalam ekonomi

Kalau kita lihat trend soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan STPM setiap tahun untuk tajuk peranan Wang Dalam Ekonomi ialah seperti berikut berdasarkan keutamaan

1. Teori wang Keynes - yang meliputi soalan
a. Tujuan permintaan wang
b. Keluk permintaan Wang
c. Pertambahan pendapatan negara dan pelaburan disebabkan penawaran wang
2. Proses perciptaan kredit
3. Peranan bank pusat
4. Nilai wang

Dibawah ini disertakan contoh soalan-soalan tahun lepas yang dikemukakan dalam tajuk ini

Soalan 2004
1.
(a) Huraikan komposisi bekalan wang M1. [2]
(b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan pertambahan bekalan wang terhadap kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara. [8]
2.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? [1]
(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana nilai wang diukur. [5]

Tahun 2005
1 .
(a) Terangkan dua fungsi bank perdagangan yang boleh mewujudkan penciptaan kredit. [2]
(b) Apakah nisbah rizab berkanun? Bagaimanakah nisbah rizab berkanun mempengaruhi
keupayaan bank mencipta deposit? [4]

Tahun 2006
1.
(a) Terangkan Teori Kuantiti Wang Fisher. [4]
(b) Huraikan dua kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher mengikut pandangan Keynes. [2]

2. Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit.
Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku. [10]

Tahun 2007
1.“Teori Kuantiti Wang memberikan gambaran bahawa dasar kewangan ialah alat yang paling
berkesan untuk mengawal inflasi..” Jelaskan penyataan ini. [6]
2.
(a) Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan Keynes.[4]
(b) Berdasarkan Teori Kewangan Keynes, jelaskan bagaimana kadar bunga ditentukan. [6]

Wednesday, February 25, 2009

Ekonomi

Bagaimana anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran ekonomi

Sila tunggu kemunculan maklumat dari blog cgzekonomi

Tajuk : Peranan wang Dalam ekonomi

(a) Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan Keynes. [4]

(b) Berdasarkan Teori Kewangan Keynes, jelaskan bagaimana kadar bunga ditentukan.[6]