.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Monday, January 18, 2010

FORMAT DAN KAEDAH MENJAWAB EKONOMI STPM

FORMAT PEPERIKSAAN STPM

BAHAGIAN A
30 SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA
BAHAGIAN B – ESEI RINGKAS
LAPAN SOALAN – JAWAB 5 SOALAN
BAHAGIAN C – ESEI PANJANG
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN
BAHAGIAN D – KUANTITATIF
EMPAT SOALAN – JAWAB DUA SOALAN

Bahagian A (Objektif)
30 Soalan–jawab semua
Masa 1jam : 1 soalan = 2 minit

Bahagian B (Esei ringkas)
8 soalan pilih 5 sahaja
Masa 1 jam : 1 soalan = 10 minit

Bahagian C (Esei Panjang)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Bahagian D (Kuantitatif)
4 soalan pilih 2 sahaja
Masa ½ jam : 1 soalan = 15 minit

Panduan menjawab bahagian A

• Pastikan jawapan yang dipilih.
• Jangan buang masa dengan soalan sukar.
• Beralih kepada soalan mudah.
• Jika ada dua pilihan, ` cuba dan teka`
• ingat: masa hanya 2 minit satu soalan.

Panduan menjawab bahagian B

• Pilih 5 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 10 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..hanya 6 markah sahaja …fikirkan banyak mana isi
perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah

Panduan menjawab bahagian C

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah. [10 M]
• Fikirkan banyak mana isi perlu dimasukkan.
• Pembukaan dan penutup tiada markah,Tetapi boleh membuat untuk menunjukkan
kemantangan menghasilkan idea ekonomi

Panduan menjawab bahagian D

• Pilih 2 soalan yang benar-benar boleh dijawab.
• Pastikan masa yang diambil untuk 1 soalan tidak melebihi 15 minit.
• Faham kehendak soalan, lihat markah..[10 markah]
• Perlu tunjukkan rumus dan contoh kira.
• Unit-unit kiraan (RM, unit, orang, kg) mesti diberi.
• Rajah dilukis mengikut kehendak soalan. Labelkan paksi

Monday, January 4, 2010

EKONOMI DIJANGKA KEMBALI POSITIF, KATA DELOITTE

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ini dan suku seterusnya dijangka kembali positif tahun atas tahun, menurut laporan penyelidikan oleh Deloitte.

Dengan rangsangan fiskal dan kewangan yang berterusan dan eksport yang akan semakin baik, pemulihan diunjurkan lebih kukuh daripada jangkaan, kata firma itu dalam laporan "Unjuran Ekonomi Asia Pasifik" yang dikeluarkan Rabu.

Laporan tentang Malaysia berkata dalam jangka panjang, prestasi dijangka bergantung kepada kemampuan ekonomi membuat perubahan struktur yang diperlukan.

"Malaysia, yang bercita-cita menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, jelas menuju ke arah pemulihan," katanya.

"Untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dijangka memerlukan kadar pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus, sungguhpun anggaran ini berubah mengikut tahun," kata laporan itu.

"Bagaimanapun, ekonomi dijangka mengecut di antara dua dan tiga peratus tahun ini dan akan menunjukkan pertumbuhan melebihi empat peratus tahun depan," katanya.

Sungguhpun pertumbuhan suku atas suku telah menunjukkan pemulihan yang pesat, ekonomi masih berada pada paras yang lebih rendah berbanding tahun lepas, kata laporan itu.

"Bagaimanapun, terdapat petunjuk bahawa pemulihan akan terus mengukuh pada suku ini kerana pada Oktober, eksport telah meningkat tahun atas tahun buat pertama kalinya tahun ini," katanya.

"Peningkatan 1.6 peratus didorong pemulihan pada kebanyakan pasaran eksport sunggunpun kebanyakannya dari negara-negara Asean dan China," katanya.

Laporan itu berkata, pada bulan-bulan akan datang, minyak mentah dan gas cecair asli akan mendapat faedah daripada pengukuhan harga dan minyak sawit akan meningkat sejajar dengan harga minyak mentah.

"Permintaan bagi minyak sawit dijangka kekal kukuh dan harga-harga yang meningkat akan menjana lebih pendapatan bagi pengeksport," katanya.

Menurut laporan itu, harga makanan yang meningkat pada Oktober dan harga tenaga akan lebih kukuh dengan ekonomi global yang kian pulih, yang akan membawa kepada inflasi ringan tahun depan.

"Pada jangka masa panjang, bagaimanapun, prestasi ekonomi negara bergantung kepada kemampuan ekonomi membuat perubahan struktur yang diperlukan," katanya.

"Ciri utama adalah kebolehan untuk menarik pelaburan asing swasta, terutamanya pada sektor perkhidmatan," katanya.

Beberapa langkah yang diumumkan baru-baru ini, seperti penghapusan peraturan untuk menawarkan pegangan ekuiti kepada Bumiputera dalam banyak subsektor, telah direka ke arah ini, kata laporan itu.

"Malaysia juga meninjau peluang untuk menarik pelaburan dari China dan Singapura, selain mengukuhkan hubungan dagangan dengan negara-negara ini," katanya.

Deloitte menawarkan perkhidmatan audit, cukai, rundingan dan nasihat kewangan.

Sunday, January 3, 2010

SOALAN ULANGKAJI TOPIK 1

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar Negaranakan penawaran dan kadar bunga unruk menstabilkan infalasi dan kemelesatan ekonomi

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI



InsyaAllah....Tahun ini blog cgzekonomi akan menjadi lebih mantap dan bermakna kepada semua pelajar yang mengambil STPM 2010..Oleh itu saya mengharapkan semua pelajar dapat mengikuti perkembangan dari semasa kesemasa.

Tanamkan azam yang bersungguh-sungguh untuk mempastikan mata pelajaran ekonomi itu menjadi senang dan dapat skor dalam pepriksaan..Semoga anda berjaya...