.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, March 22, 2009

Pengenalan Makroekonomi

Bermula Bulan Mac ini, Saya akan membincangkan soalan-soalan yang berkaitan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei nanti.Saya akan mengemukakan soalan soalan yang biasa dikemukakan dalam soalan peperiksaan. Anda dikehendaki mencuba menjawab dahulu dan insyaAllah panduan menjawab akan menyusul untuk setiap soalan yang dikemukakan

Tajuk : Pengenalan Makroenomi
BAHAGIAN B: Soalan esei Ringkas
1.Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran [6]
2 .Terangkan Dasar fiskal dan kewangan [6]
3. Terangkan matlamat dasar makroekonomi yang hendak dicapai oleh Malaysia [6]
BAHAGIAN C: Soalan Esei Panjang
1.Huraikan pembolehubah – pembolehubah makroekonomi [10]

Cadangan skema pemarkahan
1.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contahnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.
2.
Dasar fiskal - menggunakan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Dasar kewangan - menggunakan penawaran dan kadar bunga untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
3. Matlamat dasar ekonomi
-Tingkat guna teanaga penuh
-Kestabilan tingkat harga umum
-meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-membaiki imbangan pembayaran

Esei panjang
1.
Pendapatan negara/ keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untukmengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar Negaranakan penawaran dan kadar bunga unruk menstabilkan infalasi dan kemelesatan ekonomi

6 comments:

  1. ckgu, sy dop phm...

    ReplyDelete
  2. Baca btol2....insya ALLAH,awk akn faham wahai plajar ppu...
    huhu3..

    ReplyDelete
  3. hebat r cg..smpai ada blog utk eko stpm
    mcm ni snag r smua..
    smga brtmbh mahir r pelajar stpm smkbt skrg..

    ReplyDelete
  4. thaks sir you help me so much to make my makro better.

    ReplyDelete
  5. thanx 4 ur great job

    ReplyDelete