.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Tuesday, April 21, 2009

EKONOMI 2:KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Bermula hari ini saya akan membincangkan soalan-soalan yang berkaitan tajuk Keseimbangan Pendapatan Negara,Saya harap pelajar dapat mencuba terlebih dahulu dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui komen atau pun melalui emel.
Selamat mencuba....

BAHAGIAN B
1.a)Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor?[2]
(b)Jelaskan kesan terhadap aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor apabila wujud campur tangan kerajaan dalam konomi.4]
2.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor ditentukan berdasarkan pendekatan perbelanjaanagregat – penawaran agregat.[6]
3.Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pelaburan.[6]
4.a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda?[2]
(b)Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai pengganda ekonomi dua sektor dihitung.[4]
5.Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.[6]
6.Terangkan kesan terhadap keluk permintaan agregat (AD) atau keluk penawaran agregat (AS) apabila berlaku
(a)Peningkatan pelaburan autonomi.[2]
(b)Peningkatan eksport bersih.[2]
(c)Peningkatan teknologi.[2]
7.(a) Lukis gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat(AS).[6]
8.a)Takrifkan keluk penawaran agregat).[2]
(b)Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan swasta terhadap keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi berdasarkan pendekatan permintaan agregat (AD) – penawaran agregat (AS). [4]

1 comment:

  1. SALAM....
    Tahniah cikgu kerana bjaya mewujudkan blog ekonomi...
    semoga dapat menjadi panduan dalam pembelajaran subjek ekonomi pelajar ting.6...

    marilah bersama meningkatkan prestasi akademik smk bukit tunggal...

    smk bukit tunggal menuju ke destInasi CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG....

    ReplyDelete