.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Thursday, August 20, 2009

JAWAPAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1.Tiga kebaikan perdagangan antarabangsa yang bebas ialah:
• Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara.
Melalui perdagangan antarabangsa, sesebuah negara dapat mengimport barang yang tidak dikeluarkan dalam negara daripada negara lain. Jadi, rakyat sesebuah negara dapat menikmati lebih banyak jenis barang.

• Meluaskan pasaran.
Perdagangan antarabangsa menggalakkan eksport dan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar- besaran. Ini mewujudkan faedah ekonomi bidangan dan meningkatkan tingkat guna tenaga serta keluaran negara.

• Menikmati faedah pengkhususan.
Perdagangan antarabangsa membolehkan pengkhususan pengeluaran barang dijalankan antara negara. Melalui pengkhususan, tingkat pengeluaran bertambah dan kualiti barang turut meningkat. Selain itu, tingkat penggunaan juga meningkat.

2 comments:

  1. salam.. saya nak peruncingan ekonomi 1&2 untuk trial boleh??

    ReplyDelete
  2. Bagus dedahkan macam ni..
    Minat ekonomi dan bisnes bertambah

    ReplyDelete