.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Monday, October 19, 2009

BERITA EKONOMI

PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN (19/10/2009)

Ekonomi dijangka pulih tahun depan


KUALA TERENGGANU: Ekonomi negara dijangka pulih dan mencatat pertumbuhan positif mulai tahun depan dengan menyandarkan kepada angka tunjuk ekonomi global yang dalam arah aliran pemulihan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, berkata pemulihan ekonomi akan membawa kemakmuran kepada negara yang turut diterjemahkan menerusi peningkatan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Dalam suku pertama dan kedua tahun ini, ekonomi negara menguncup seiring dengan situasi global. Bagaimanapun, pengucupan pada suku kedua lebih kecil iaitu 3.9 peratus berbanding enam hingga tujuh peratus pada suku pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kedua di sini, semalam.

Seramai 568 graduan yang mengikuti pengajian tiga tahun di KIST Induk di Bachok menerima diploma masing-masing.

Awang Adek berkata, tidak dinafikan dalam keadaan ekonomi yang lembap, ramai yang berhadapan dengan masalah diberhentikan kerja, namun keadaan itu hanya bersifat sementara.

“Apabila ekonomi pulih, pelaburan bertambah, sudah tentu peluang pekerjaan akan wujud. Mereka yang diberhentikan itu akan diambil semula bekerja," katanya.

Katanya, negara mengalami kekurangan eksport yang agak ketara iaitu kira-kira 20 peratus dan apabila kilang-kilang ini kembali beroperasi tahun depan, majikan akan kembali mengambil pekerja.

Beliau berkata, kerajaan juga banyak mengadakan program latihan dan kemahiran untuk mereka yang diberhentikan kerja.

"Sebenarnya di negara ini kerja memang banyak, cuma ada antara kita yang suka memilih kerja.

“Peluang kerja begitu banyak di sektor perladangan dan restoran tetapi kebanyakannya tidak diminati pekerja kita," katanya.

No comments:

Post a Comment