.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Thursday, October 14, 2010

PRINSIP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM

EKONOMI MERUPAKAN PERKARA YANG TERPENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA & SEBAHAGIAN BIDANG ILMU YANG TERKANDUNG DALAM BIDANG SAINS SOSIAL.


Dalam Laporan Daya Saing Dunia berasaskan kajian institute for Management Development (IMD)di Switzeland menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-10 negara yang terbaik di dunia.(Ulasan dari Timbalan perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin)

Ahli sarjana Islam, Hasanuz Zaman, menggariskan ekonomi sebagai ilmu pengetahuan & penggunaan perintah dan peraturan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam perolehan & penggunaaan sumber alam - untuk memenuhi kepuasan manusia, membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah & kepada masyarakat seluruhnya.

Surtahman Kastin Hasan mengatakan bahawa ekonomi sebagai ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat dalam memperoleh, menggunakan atat menguruskan sumber alam untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan Allah.

Profesor Dr. yusuf Al-Qardhawi menjelaskan bahawa islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukan oleh kesukaran hidup dan perubutan makanan daripada mengenal Allah, menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan akhirat yang lebih baik dan kekal abadi.

Abu urwah (2007) membincangkan secara ringkas beberapa asas ekonomi islam iaitu:
a) Allah memberikan kekayaan kepada makhluk-Nya dan Dia pemilik sebenar kepada segala kejadian seperti mana dalam (surah Luqman ayat 20)
.
b) Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperoleh di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang baik, sejahtera dan kekal abadi di akhirat kelak seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama-sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Bukhari)

c) Manusia tidak boleh mengabaikan kehidupan dan bahagiannya di dunia ini dan hendaklah berkerja sekuat-kuatnya untuk mendapatkan kebaikan didunia dengan cara yang paling adil dan dibenarkan oleh undang-undang sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-A'raaf ayat 32)

d) Manusia mestilah berlaku baik dan adil terhadap sesama manusia dan hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat serta membantu orang dalam kesempitan berdasarkan dalam(surah An-Nahl ayat 90).

e) Manusia tidak dibenarkan melakukan kerosakan di atas muka bumi milik Allah.

No comments:

Post a Comment