.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Sunday, February 6, 2011

KAJIAN TENTANG SIKAP PELAJAR EKONOMI


SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN EKONOMI TINGKATAN ENAM SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam dengan menggunakan analisis min . Satu set soalan soal selidik digunakan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan enam , seramai 230 orang terlibat dalam kajian ini di enam buah sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu.

Soal selidik ini mengandungi 45 soalan yang terbahagi kepada dua iaitu lima soalan bertumpu kepada latar belakang pelajar dan 40 soalan yang terdiri daripada sikap pelajar terhadap pembelajaran, sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi, sikap pelajar terhadap pengajaran guru, sikap pelajar terhadap guru dan sikap pelajar terhadap rakan sebaya. Kaedah analisis min, peratus dan frekuensi digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menerangkan sikap-sikap pelajar yang berbeza terhadap mata pelajaran ekonomi tingkatan enam. Analisis min dapat menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar.

Dapatan penyelidikan mendapati sikap pelajar terhadap pengajaran guru merupakan faktor yang utama, diikuti oleh sikap palajar terhadap guru merupakan faktor yang ke dua dalam menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi. Guru memainkan peranan yang penting terhadap perubahan sikap pelajar ke arah yang lebih positif, manakala sikap pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke tiga, sikap pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran ekonomi merupakan faktor yang ke empat dan faktor yang ke lima ialah pengaruh rakan sebaya bagi menentukan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi .

Catatan..Kajian ini untuk Tesis Master of Educations

1 comment:

  1. Assalam cikgu... saya pelajar master pendidikan ekonomi di UKM. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tesis cikgu master cikgu. boleh saya tau macam mana untuk saya mendapatkan bahan tersebut?

    ReplyDelete