Islamic Widget

Monday, October 22, 2012
MODUL SKOR A-C EKONMI 2 BAHGAIAN D
BAHAGIAN D
13. a. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga. [2]
b. Jadual dibawah menunjukkan data tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia dari tahun
2003 hingga 2005.
Butiran 2003 2004 2005
Tenaga buruh (juta) 9178 9573 9801.2
Guna Tenaga (juta) 8862.1 9271.2 9411.1
Berdasar jadual di atas
i.Hitungkan kadar pertumbuhan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2004 dan 2005.[4]
ii.Hitungkan kadar pengangguran pada tahun 2004 dan 2005. [2]
iii.Terangkan mengapa wujud arah pengaliran kadar pengangguran sedemikian. [2]
14.Jadual dibawah menunjukan data perakaunan pendapatan negara Malaysia pada tahun 2005.
Butiran RM juta
Penggunaan awam
Penggunaan swasta
Pelaburan awam
Pelaburan swasta
Perubahan stok
Eksport barang dan perkhidmatan
Import barang dan perkhidmatan
Subsidi
Pendapatan faktor bersih luar negeri
Cukai tak langsung
Susut nilai 64 592
215 876
55 161
43 769
-1 059
609 133
492 928
12 000
-21 470
10 000
-5 000
Sumber: jabatan Perangkaan (disesuaikan)
(a) Apakah maksud perubahan stok? Mengapakah nilai perubahan stok negative pada tahun 2005?
[2]
(b) Hitung keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga pasaran dan keluaran dalam negeri kasar kos faktor. [2]
(c) Hitung keluaran negara kasar kos faktor . mengapakah nilainya berbeza daripada nilai KDNK harga pasaran? [3]
(d) Hitung keluaran negara bersih kos faktor` [1]
(e) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama dengan jawapan anda dalam (d)? Jelaskan. [2]
15.Jadual di bawah menunjukkan jumlah penawaran dan indeks harga pengguna pada tahun 2001-
2004
Tahun Jumlah nilai penawaran wang
(RM billion) Indeks harga pengguna
2001 329.7 107.0
2002 390.8 109.9
2003 401.4 115.7
2004 434.5 118.9
a, Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran wang dan indeks harga pengguna ? [2]
b.Hitungkan kadar pertumbuhan penawaran wang dari tahun 2002 hingga tahun 2004 [2]
c. Hitungkan kadar inflasi dari tahun 2003 hingga tahun 2004. [2]
d.Apakah yang dimaksudkan denganTeori Kuantiti Wang ? Jelaskan bagaimana data yang
diberikan dapat menerangkan Teori Kuantiti Wang. [4]
16. Jadual di bawah menunjukkan data tentang jumlah cukai, jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.
Tahun Jumlah cukai
(RM juta) Jumlah perbelanjaan kerajaan (RM juta) KDNK
(RM juta)
2001
2002
2003
2004 61 491
66 861
64 891
70 759 97 989
103 768
113 536
116 831 211 227
219 988
231 674
247 880
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2004/2005)
a. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kerajaan? [1]
b. i. Hitung belanjawan kerajaan Malaysia pada tahun 2001 hingga
tahun 2004. [2]
ii.Terangkan arah aliran belanjawan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [1]
c. Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2]
d. Hitung kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2]
e. Berdasarkan jawapan anda pada soalan (b) dan (c), adakah pengalaman Malaysia selaras dengan teori keseimbangan pendapatan negara? Huraikan. [2]
MODUL SKOR A-C EKONOMI 2
BAHAGIAN C
9. a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah? [2]
b. Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan mengapa kaedah nilai ditambah
digunakan untuk menghitung pendapatan negara. [8]
10. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) huraikan
kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara apabila berlaku.
a. Penurunan cukai pendapatan [5]
b. Peningkatan kos bahan mentah [5]
11. Terangkan proses penciptaan wang yang berlaku apabila seorang pelabur memasukkan wang tunai sebanyak RM 10 000 sebagai simpanan semasa di sebuah bank perdagangan. [10]
12 a. Apakah yang dimaksudkan dengan devaluasi? Nyatakan syarat-syarat untuk menjayakan
dasar devaluasi. [5]
b. Bagaimanakah dasar devaluasi dapat membaiki defisit imbangan pembayaran?
[5]
MODUL SKOR A-C EKONOMI 2
BAHAGIAN B
1.Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara menghitung pendapatan negara. [6]
2.a. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita? [2]
b. Terangkan dua kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara. [4]
3.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan bagaimana peningkatan perbelanjaan kerajaan dapat mengurangkan pengangguran.[6]
4. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana pengurangan kadar bank terhadap bank-bank perdagangan ketika guna tenaga penuh akan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi negara
5. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana nilai wang diukur [6]
6. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara lompang inflasi dengan lompang deflasi. [6]
7. Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang biasa dilakukan oleh negara anda. [6]
8. Terangkan bagaimana faktor yang berikut menjadi penghalang pertumbuhan ekonomi.
a. Pertumbuhan penduduk yang pesat [3]
b. Kekurangan modal [3]
Thursday, October 4, 2012
SOALAN EKONOMI 2 PERCUBAAN TERENGGANU
BAHAGIAN B
1.Huraikan tiga matlamat utama dasar makroekonomi yang ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi [6]
2.a.Apakah maksud pendapatan perkapita ?Bagaimanakah pendapatan perkapita diukur ? [2]
b.Terangkan dua kegunaan pendapatan perkapita kepada sesebuah negara [4]
3.Dengan menggunakan jadual,huraikan proses penggadaan yang berlaku apabila perlaburan meningkat dalam ekonomi dua sektor [6]
4.Huraikan tiga fungsi bank pusat sebagai juru bank kepada kerajaan [6]
5.Dengan menggunakan pendekatan permintaan aggregat-penawaran agregat (AD-AS) jelaskan dua sebab yang mewujudkan stagflasi [6]
6.a.Jelaskan kadar syarat perdagangan ?. [2]
b.Terangkan dua langkah untuk membaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara membangun .[4]
7.Apakah maksud imbangan perdagangan ?. Terangkan bagaimana dasar devaluasi digunakan untuk mengatasi defisit imbangan perdagangan. [6]
8.Jelaskan tiga faktor yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [6]
Subscribe to:
Posts (Atom)