Islamic Widget

Monday, October 22, 2012
MODUL SKOR A-C EKONMI 2 BAHGAIAN D
BAHAGIAN D
13. a. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga. [2]
b. Jadual dibawah menunjukkan data tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia dari tahun
2003 hingga 2005.
Butiran 2003 2004 2005
Tenaga buruh (juta) 9178 9573 9801.2
Guna Tenaga (juta) 8862.1 9271.2 9411.1
Berdasar jadual di atas
i.Hitungkan kadar pertumbuhan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2004 dan 2005.[4]
ii.Hitungkan kadar pengangguran pada tahun 2004 dan 2005. [2]
iii.Terangkan mengapa wujud arah pengaliran kadar pengangguran sedemikian. [2]
14.Jadual dibawah menunjukan data perakaunan pendapatan negara Malaysia pada tahun 2005.
Butiran RM juta
Penggunaan awam
Penggunaan swasta
Pelaburan awam
Pelaburan swasta
Perubahan stok
Eksport barang dan perkhidmatan
Import barang dan perkhidmatan
Subsidi
Pendapatan faktor bersih luar negeri
Cukai tak langsung
Susut nilai 64 592
215 876
55 161
43 769
-1 059
609 133
492 928
12 000
-21 470
10 000
-5 000
Sumber: jabatan Perangkaan (disesuaikan)
(a) Apakah maksud perubahan stok? Mengapakah nilai perubahan stok negative pada tahun 2005?
[2]
(b) Hitung keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga pasaran dan keluaran dalam negeri kasar kos faktor. [2]
(c) Hitung keluaran negara kasar kos faktor . mengapakah nilainya berbeza daripada nilai KDNK harga pasaran? [3]
(d) Hitung keluaran negara bersih kos faktor` [1]
(e) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama dengan jawapan anda dalam (d)? Jelaskan. [2]
15.Jadual di bawah menunjukkan jumlah penawaran dan indeks harga pengguna pada tahun 2001-
2004
Tahun Jumlah nilai penawaran wang
(RM billion) Indeks harga pengguna
2001 329.7 107.0
2002 390.8 109.9
2003 401.4 115.7
2004 434.5 118.9
a, Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran wang dan indeks harga pengguna ? [2]
b.Hitungkan kadar pertumbuhan penawaran wang dari tahun 2002 hingga tahun 2004 [2]
c. Hitungkan kadar inflasi dari tahun 2003 hingga tahun 2004. [2]
d.Apakah yang dimaksudkan denganTeori Kuantiti Wang ? Jelaskan bagaimana data yang
diberikan dapat menerangkan Teori Kuantiti Wang. [4]
16. Jadual di bawah menunjukkan data tentang jumlah cukai, jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.
Tahun Jumlah cukai
(RM juta) Jumlah perbelanjaan kerajaan (RM juta) KDNK
(RM juta)
2001
2002
2003
2004 61 491
66 861
64 891
70 759 97 989
103 768
113 536
116 831 211 227
219 988
231 674
247 880
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2004/2005)
a. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kerajaan? [1]
b. i. Hitung belanjawan kerajaan Malaysia pada tahun 2001 hingga
tahun 2004. [2]
ii.Terangkan arah aliran belanjawan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [1]
c. Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2]
d. Hitung kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2]
e. Berdasarkan jawapan anda pada soalan (b) dan (c), adakah pengalaman Malaysia selaras dengan teori keseimbangan pendapatan negara? Huraikan. [2]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment