.: Berita pendidikan ekonomi,program TG6, panduan menjawab ekonomi STPM & motivasi pelajar.

Islamic Widget

Monday, November 12, 2012

STPM DAH BERMULA..

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM SEMUA...SEMOGA ANDA ORANG YANG TERBAIK DALAM MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN...

Monday, October 22, 2012

MODUL SKOR A-C EKONMI 2 BAHGAIAN D

BAHAGIAN D 13. a. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga. [2] b. Jadual dibawah menunjukkan data tenaga buruh dan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2005. Butiran 2003 2004 2005 Tenaga buruh (juta) 9178 9573 9801.2 Guna Tenaga (juta) 8862.1 9271.2 9411.1 Berdasar jadual di atas i.Hitungkan kadar pertumbuhan tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2004 dan 2005.[4] ii.Hitungkan kadar pengangguran pada tahun 2004 dan 2005. [2] iii.Terangkan mengapa wujud arah pengaliran kadar pengangguran sedemikian. [2] 14.Jadual dibawah menunjukan data perakaunan pendapatan negara Malaysia pada tahun 2005. Butiran RM juta Penggunaan awam Penggunaan swasta Pelaburan awam Pelaburan swasta Perubahan stok Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Subsidi Pendapatan faktor bersih luar negeri Cukai tak langsung Susut nilai 64 592 215 876 55 161 43 769 -1 059 609 133 492 928 12 000 -21 470 10 000 -5 000 Sumber: jabatan Perangkaan (disesuaikan) (a) Apakah maksud perubahan stok? Mengapakah nilai perubahan stok negative pada tahun 2005? [2] (b) Hitung keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga pasaran dan keluaran dalam negeri kasar kos faktor. [2] (c) Hitung keluaran negara kasar kos faktor . mengapakah nilainya berbeza daripada nilai KDNK harga pasaran? [3] (d) Hitung keluaran negara bersih kos faktor` [1] (e) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama dengan jawapan anda dalam (d)? Jelaskan. [2] 15.Jadual di bawah menunjukkan jumlah penawaran dan indeks harga pengguna pada tahun 2001- 2004 Tahun Jumlah nilai penawaran wang (RM billion) Indeks harga pengguna 2001 329.7 107.0 2002 390.8 109.9 2003 401.4 115.7 2004 434.5 118.9 a, Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran wang dan indeks harga pengguna ? [2] b.Hitungkan kadar pertumbuhan penawaran wang dari tahun 2002 hingga tahun 2004 [2] c. Hitungkan kadar inflasi dari tahun 2003 hingga tahun 2004. [2] d.Apakah yang dimaksudkan denganTeori Kuantiti Wang ? Jelaskan bagaimana data yang diberikan dapat menerangkan Teori Kuantiti Wang. [4] 16. Jadual di bawah menunjukkan data tentang jumlah cukai, jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia. Tahun Jumlah cukai (RM juta) Jumlah perbelanjaan kerajaan (RM juta) KDNK (RM juta) 2001 2002 2003 2004 61 491 66 861 64 891 70 759 97 989 103 768 113 536 116 831 211 227 219 988 231 674 247 880 (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2004/2005) a. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kerajaan? [1] b. i. Hitung belanjawan kerajaan Malaysia pada tahun 2001 hingga tahun 2004. [2] ii.Terangkan arah aliran belanjawan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [1] c. Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2] d. Hitung kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2002 hingga tahun 2004. [2] e. Berdasarkan jawapan anda pada soalan (b) dan (c), adakah pengalaman Malaysia selaras dengan teori keseimbangan pendapatan negara? Huraikan. [2]

MODUL SKOR A-C EKONOMI 2

BAHAGIAN C 9. a. Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah? [2] b. Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan mengapa kaedah nilai ditambah digunakan untuk menghitung pendapatan negara. [8] 10. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) huraikan kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara apabila berlaku. a. Penurunan cukai pendapatan [5] b. Peningkatan kos bahan mentah [5] 11. Terangkan proses penciptaan wang yang berlaku apabila seorang pelabur memasukkan wang tunai sebanyak RM 10 000 sebagai simpanan semasa di sebuah bank perdagangan. [10] 12 a. Apakah yang dimaksudkan dengan devaluasi? Nyatakan syarat-syarat untuk menjayakan dasar devaluasi. [5] b. Bagaimanakah dasar devaluasi dapat membaiki defisit imbangan pembayaran? [5]

MODUL SKOR A-C EKONOMI 2

BAHAGIAN B 1.Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara menghitung pendapatan negara. [6] 2.a. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita? [2] b. Terangkan dua kelemahan menggunakan pendapatan perkapita sebagai ukuran kemakmuran sesebuah negara. [4] 3.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan bagaimana peningkatan perbelanjaan kerajaan dapat mengurangkan pengangguran.[6] 4. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana pengurangan kadar bank terhadap bank-bank perdagangan ketika guna tenaga penuh akan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi negara 5. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana nilai wang diukur [6] 6. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara lompang inflasi dengan lompang deflasi. [6] 7. Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang biasa dilakukan oleh negara anda. [6] 8. Terangkan bagaimana faktor yang berikut menjadi penghalang pertumbuhan ekonomi. a. Pertumbuhan penduduk yang pesat [3] b. Kekurangan modal [3]

Thursday, October 4, 2012

SOALAN EKONOMI 2 PERCUBAAN TERENGGANU BAHAGIAN B 1.Huraikan tiga matlamat utama dasar makroekonomi yang ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi [6] 2.a.Apakah maksud pendapatan perkapita ?Bagaimanakah pendapatan perkapita diukur ? [2] b.Terangkan dua kegunaan pendapatan perkapita kepada sesebuah negara [4] 3.Dengan menggunakan jadual,huraikan proses penggadaan yang berlaku apabila perlaburan meningkat dalam ekonomi dua sektor [6] 4.Huraikan tiga fungsi bank pusat sebagai juru bank kepada kerajaan [6] 5.Dengan menggunakan pendekatan permintaan aggregat-penawaran agregat (AD-AS) jelaskan dua sebab yang mewujudkan stagflasi [6] 6.a.Jelaskan kadar syarat perdagangan ?. [2] b.Terangkan dua langkah untuk membaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara membangun .[4] 7.Apakah maksud imbangan perdagangan ?. Terangkan bagaimana dasar devaluasi digunakan untuk mengatasi defisit imbangan perdagangan. [6] 8.Jelaskan tiga faktor yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. [6]

Thursday, June 14, 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU TINGKATAN ENAM.. Bermula tahun 2012 bermula lembaran baru kepada pelajar STPM dengan sistem modular berasaskan peperiksaan setiap semester..Bagi mata pelajaran ekonomi sukatan nya sudah berubah..daripada 2 kertas kepada 4 kertas.. Kertas 1 ditawarkan semesta 1, Kertas 2 Semester 2, kertas 3 semester 3 dan kertas 4 kertas projek(kerja kursus) Pembahagian markah adalah seperti berikut : kertas 1 - 32 peratus Kertas 2 - 32 peratus Kertas 3 - 16 peratus Kertas 4 - 20 peratus

Monday, March 5, 2012

PERANAN WANG DALAM EKONOMI

APA ITU WANG...

Wang adalah benda diterima umum sebagai alat perantaraan untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang diingini.

Nilai wang ialah keupayaan sesuatu mata wang untuk memperolehi barang dan perkhidmatan atau pun kuasa beli wang.Nilai wang semakin kecil apabila inflasi semakin bertambah.

Wang syiling,wang kertas dan deposit semasa merupakan wang M1
Wang hampir atau separa ialah wang yang disimpan dalam bank..M1+ simpanan = M2

Monday, January 16, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Semoga semua berada dalam keadaan ceria dan sentiasa yakin....untuk memperolehi kejayaan.
bermulalah awal tahun dengan azam baru untuk terus maju ke hadapan...

ANDA SEBENARNYA BERADA DIPIHAK YANG BIJAK KERANA SENTIASA MERANCANG UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN ANDA..
SELAMAT MAJU JAYA....

Sunday, November 27, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN EKONOMI 2

SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN SEBAIKNYA...
INGAT DAN TENGOK KEMBALI RINGKASAN NOTA, RINGKASAN SOALAN DAN SKEMA...
FIKIR DAN REVIEW SEMULA APA CIKGU DAH AJAR,ULANGKAJI,LATIHAN,TEKNIK MENJAWAB DAN SEBAGAINYA ...
INGAT DAN CUBA CATAT RINGKAS RANGKA APABILA TENGOK SOALAN PEPERIKSAAN... DITEPINYA
LEPAS TU BARULAH MENJAWAB DENGAN SEBAIKNYA..
CIKGU DOAKAN ANDA ADALAH ORANG YANG TERBAIK UNTUK MENJAWABNYA..

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN...

Tuesday, October 11, 2011

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2

SOALAN RAMALAN SKOR A-C
BAHAGIAN C

1.a.Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ?[2]
b. Bagaimanakah data Keluaran Dalam Negara Kasar benar dapat mengukur pertumbuhan Ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah Negara ? [4]
c. Huraikan dua alasan mengapa pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar benar tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajikan ekonomi sesebuah Negara. [4]
2.Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan ? Jelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor dan tunjukkan kesan perubahan ke atas aliran pusingan pendapatan dan tingkat keseimbanagan ekonomi bila ianya bertukar menjadi tiga sektor [10]
3.Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan kesan ke atas keseimbanagan pendapatan Negara apabila berlaku
a.Peningkatan tariff elektrik [5]
b.Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan.[5]
4.Dengan andaian nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan semua lebihan rizab akan
dipinjamkan,terangkan proses penciptaan kredit apabila seseorang individu menyimpan
RM10,000 dalam deposit semasa sebuah bank.[10]
5.a. Mengapakah perdagangan bebas semakin digalakkan pada masa kini.[4]
b.Terangkan mengapa kebanyakan negara mengenakan sekatan perdagangan [6]

Wednesday, October 5, 2011

SOALAN RAMALAN EKONOMI 2

MODUL KHAS SKOR A-C(RAMALAN 2011)
EKONOMI 2

BAHAGIAN B
1Terangkan matlamat makroekonomi yang ingin dicapai dalam sesebuah negara[6]
2.a.Apakah yang dimaksudkan nilai ditambah
b.Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai ditambah dihitung[6]
3.Huraikan tiga masalah yang dihadapi semasa menghitung pendapatan negara[6]
4.Terangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap harga dan pendapatan keseimbangan mengikut analisis permintaan aggregate-penawaran aggregate (AD-AS)[6]
5.Apakah maksud nilai wang. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan bagaimana nilai wang diukur.[6]
6.a. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kewangan?[2]
b. Jelaskan dua alat dasar kewangan yang digunakan untuk mengawal stagflasi[4]
7.Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kadar pertukaran boleh ubah ? Dengan
menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana sistem tersebut menentukan kadar
pertukaran sesuatu mata wang bebanding mata wang asing [6]
8.a.Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding
b.Terangkan bagaimana faedah berbanding diperolehi[6]
9.a.Apakah yang dimaksudkan devaluasi ?
b.Jelaskan bagaimana dasar devaluasi dan kesannya terhadap imbangan pembayaran sesebuah negara.[6]
10.Huraikan bagaimana faktor yang berikut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah
Negara
a.Peningkatan stok modaL[2]
b.Peningkatan kualiti buruh[2]
c.Dasar kerajaan.[2]

PERCUBAAN EKONOMI 1 TERENGGANU

BAHAGIAN C
1.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan getah apabila
a.Permintaan terhadap tayar kereta bertambah 100 % [4]
b.Pihak pengurusan FELDA membuka kawasan baru untuk peneroka yang menanam getah[3]
c.Kerajaan menjalankan dasar kouta terhadap getah [3]
2.a.Apakah maksud pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli [2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah, bandingkan keseimbangan jangka panjang pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli [8]
3.a.Terangkan bentuk-bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma bermonopoli dalam memajukan jualan mereka [4]
b.Jelaskan tiga kebaikan dan tiga keburukan iklan yang digunakan oleh pasaran persaingan bermonopoli [6]
4.a.Terangkan matlamat utama perjuangan kesatuan sekerja [4]
b.Huraikan bentuk-bentuk perjuangan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja untuk menuntut upah yang tinggi bagi ahli-ahlinya. [6]

Wednesday, September 21, 2011

RENUNGAN BERSAMA

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya
Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya
... ... ... BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya
NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

Monday, September 19, 2011

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 1 TERENGGANU

BAHAGIAN B
1.Terangkan dua ciri pelaku-pelaku ekonomi dalam sistem ekonomi campuran [6]
2.Dengan memeberikan contoh yang sesuai,terangkan perbezaan antara barang penggenap dan barang pengganti.[6]
3.Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan permintaan gula berkurang.[6]
4.Dengan bantuan gambar rajah, terangkan beban cukai yang ditanggung oleh epngguna dan pengeluar apabila penawaran barang tersebut anjal. [6]
5.a.Apakah maksud keluaran purata dan keluaran sut ? [2]
b.Terangkan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut.[4]
6.Terangkan tiga perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran bermonopoli.[6]
7.a.Apakah maksud kadar bunga nominal dan kadar bunga benar.[2]
b.Berdasarkan contoh berangka,bezakan antara kadar bunga benar dan kadar bunga nominal .[4]
8.Dengan menggunakan gambar rajah,jelaskan bagaimana sesebuah firma menentukan kuantiti buruh yang digunakan untuk memaksimumkan untung.[6]

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Semoga sepanjang ramadan diberkati dan terus diberkati sehingga sekarang..Mohon Maaf segala yang tersilap..maaf zahir batin..

Monday, August 22, 2011

RENUNGAN

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Thursday, August 18, 2011

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 2 TERENGGANU

BAHAGIAN C
1.a.Apakah maksud nilai ditambah. [2]
b.Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan konsep tersebut.[5]
c."KDNK Malaysia dihitung dengan menjumlahkan semua nilai tambah yang dihasilkan oleh sektor-sektor ekonomi".Terangkan jenis-jenis kegiatan ekonomi di Malaysia berdasarkan sektor-sektor tersebut.[3]
2.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-AS), terangkan bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai sama jumlahnya secara serentak mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara [10]
3.Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat penawaran agregat (AD-AS), huraikan kesan perubahan berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara
a.Bekalan wang dalam negara bertambah [5]
b.Berlaku perkembangan infrastruktur.[5]
4.a.Bagaimanakah kadar pertukaran asing boleh ubah ditentukan ?.[4]
b.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai,terangkan kesan perubahan yang berikut tehadap kadar pertukaran asing.
i.Import negara meningkat.[3]
ii.Kemasukan pelabur asing bertambah.[3]

RENUNGAN

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

SOALAN PERCUBAAN EKONOMI 2 N.TERENGGANU

BAHAGIAN B

1. Terangkan maksud dasar fiskal dan dasar kewangan, serta huraikan bagaimana dasar tersebut mempengaruhi kestabilan tingkat harga dalam sesebuah negara [6]
2. Huraikan tiga kegunaan data pendapatan negara bagi sesebuah negara [6]
3.a.Apakah maksud kecenderungan mengguna sut ? [2]
b.Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan aggregat-penawaran aggregat (AE-AS),terangkan kesan peningkatan kecenderungan mengguna sut terhadap keseimbangan pendapatan negara. [4]
4.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila pelaburan meningkat dalam ekonomi dua sektor. [6]
5."Teori Kewangan Keynes menggambarkan bahawa keluaran negara dapat ditamabah tanpa berlaku kenaikan harga apabila penawaran wang bertambah".Jelaskan pernytaan ini.[6]
6.Huraikan tiga langkah untuk memperbaiki kadar syarat perdagangan sesebuah negara.[6]
7.Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,pengeluaran domestik, dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif.[6]
8.Huraikan bagaimana dasar kerajaan yang berikut mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
a.Perkembangan infrastruktur fizikal.[2]
b.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.[2]
c.Peningkatan taraf pendidikan.[2]

Tuesday, August 2, 2011

MUTIARA KATA

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."